Aplikasi Murnikan fikiran















The Power of your Sub Conscious Mind

( Aplikasi Murnikan fikiran )



Kebanyakan orang berfikir bahwa semua yang berlaku dalam minda kita dan tahap emosional kita adalah sesuatu yang tidak dapat dikawal bahkan terlalu susah untuk dikawal. Mari kita lihat dan faham emosi dan fikiran dalam persepsi yang berbeza dari apa yang pernah kita faham sebelum ini.

Emosi dan fikiran

Sudah dijelaskan hukum Quantum Fizik, seluruh penciptaan adalah tenaga. Tenaga bergetar mengikut getaran-getaran tertentu. Getaran yang bergetar itu terbahagi kepada dua bahagian :

1. Getaran yang bergetar dengan perlahan. Terdiri dari semua perkara yang dapat di sentuh, raba, lihat, kecap, cium dan dapat di terima oleh akal dan indera manusia. Penyelesaiannya juga harus dengan gelombang yang sama. Contoh: Jika anda mempunyai masalah penyakit_ solusinya harus bersifat fizkal tidak boleh menggunakan emosi untuk menyelesaikan masalah tersebut.

2. Getaran yang bergetar pada kecepatan tinggi. Adalah terdiri dari realiti yang ghaib dan hanya dapat di rasakan; seperti kebahagian, cinta, kasih sayang, emosi, amarah. Semua benda yang tidak nampak seperti fikiran dan perasaan, memiliki getaran tenaga yang sangat tinggi dan sangat dahsyat kekuatannya, bahkan melampaui kelajuan cahaya.

Emosi stress terdiri dari gelombang tenaga jenis kelajuan tinggi, sebab itulah perubahan yang berlaku pada tahap fizikal menjadi sangat cepat. Begitu juga cara dan teknik memurnikannya juga sangat cepat. Tenaga emosi juga tidak dapat di musnahkan tapi dapat bertukar bentuk dan sifatnya. Di sebut sebagai persepsi atau paradigma yang anda miliki pada emosi tersebut. Anda hidup di dalam dunia ini melalui persepsi yang anda ciptakan sendiri.

Latihan : Simfoni Therapy

Persepsi ini juga yang menutupi suara hati dan fikiran kita semua :

1.Dengarkan lagu kegemaran anda berulang kali. Sebagai contoh anda dengarkan lagu popular kumpulan rock search yang bertajuk Isabela. Hayati liriknya dan fahami maknanya. Apakah lagu itu menggabungkan diri anda dengan seseorang?. Jika ada biarkan emosi tersebut menyeliputi diri anda, baik emosi berbentuk kebahagiaan atau emosi berbentuk kedukaan.

1. 2. Tukarkan emosi tersebut dari hubungan kepada seseorang, kepada sebuah perasaan bahagia. Maksud saya anda tukarkan perasaan mencintai seseorang kemudian berpisah. Kepada mencintai perasaan bahagia kemudian perasaan bahagia itu pergi meninggalkan anda angkara peristiwa-peristiwa yang belaku dalam hidup anda. Maka emosi negatif wujud dalam diri anda. Isabela merupakan simbol atau lambang kepada perasaan bahagia yang ada dalam diri anda. Anda akan merasakan emosi negatif yang ada dalam diri anda hanyalah sebuah persepsi minda sahaja. Sebuah ilusi yang di ciptakan oleh minda bawah sedar anda.

3. Ubah lirik dari isabela kepada perasaan bahagia. Ingat isabela hanyalah lambang kepada perasaan yang bahagia. Dalam kursus 'The Power of your Sub Conscious Mind' yang kami anjurkan Isabela di takrifkan sebagai Anchoring Sistem. Apabila anda mengubah satu lirik dari lagu tersebut keseluruhan persepsi anda tentang lagu dan peranannya dalam membentuk emosi positif akan berubah secara holistik atau menyeluruh.

Sila hubungi saya jika anda perlukan maklumat lanjut tentang latihan di atas. Dengan mendapatkan energy yang harmoni dari pengolahan emosi anda dalam latihan Simfoni Therapy ini. Anda di nasihatkan untuk meneruskan dengan latihan yang kedua yang kami berikan dalam muka surat selanjutnya.

Kembali kepada fitrah yang murni

Dalam iktiar kita kembali kepada fikiran yang murni, terkendali dari emosi yang negatif. Para ahli sains dan akademik telah menemukan bahawa jantung mula terbentuk dan berdenyut di saat tubuh kita bersifat janin lagi bahkan sebelum otak manusia terbentuk. Jantung merupakan organ utama dalam kehidupan fizikal dan spritual manusia.

Para ilmuan saraf sudah menemukan bahawa ada 40 ribu sel atau neuron di jantung. Ini merupakan bukti penting bahawa jantung memiliki sistem jaringan saraf sendiri, sering di sebut "otak dalam jantung”. Jantung juga memiliki kecerdasan tersendiri. Jantung mempunyai medan elektromagnet 500 kali ganda lebih kuat daripada otak. Medan tenaga ini boleh di ukur dengan magnetometer dengan jarak 3 meter di luar badan fizikal manusia. Penjelasan ini di perkuatkan lagi dengan pelajaran tokoh spiritual yang mengatakan bahawa manusia mempunyai medan tenaga yang terus menerus dan saling melengkapi antara satu sama lain.

Ketika medan tenaga jantung mengalir lebih kuat ke otak, ilmuan menemukan bahawa perasaan dan informasi yang terkirim dari jantung ke otak mempunyai kesan transformasi pada fungsi otak, akan melahirkan ketajaman intuisi yang lebih tinggi dan meningkatkan perasaan kemakmuran sejahtera. Komunikasi antara jantung dan otak yang baik, akan menghasilkan keseimbangan antara kedua organ tersebut dalam menangani stress, memasuki kondisi kreatif dan kedamaian hati yang bersamaan.

Oleh kerana hubungan yang erat antara kedua organ ini. Jantung mula dilihat sebagai saluran atau penghubung jiwa, kesedaran tinggi atau energy spiritual yang wujud di saat alam kandungan lagi. Dengan kata lain jantung merupakan tempat ketenangan jiwa manusia. Dengan berpandukan penemuan ini, dapat membantu kita mengenal pasti tujuan utama otak sebagai reseptor spritual cahaya dan energy ilahi. Perkembangan dalam dunia medikal seperti, neurobiologi, neurokimia dan neuropsikologi menggunakan penggambaran seperti PEP (positive emission tomograpy ) dan SPECT ( single photon emisson computer tomography ) untuk mengenali berbagai lokasi di otak, kesibukkannya dan khususnya di bahagian depan otak ( frontal lobe ) berfungsi mengembangkan kesedaran spritual manusia. Pada akhirnya sains dapat menyatu ajaran spiritual untuk membuktikan bahawa manusia mempunyai kapasiti melalui perpaduan jantung dan otak untuk mencapai tingkatan batin dalam merasakan cinta dan memahami konsep ketuhanan.


Latihan Meditasi Sufi dalam menangani stress dan emosi

Stress bukanlah suatu yang harus dilawan atau dimusuhi. Stress atau "Rasa Tegang" merupakan Petanda Kehidupan. Melalui latihan ini saya mengajak Anda untuk memahami sifat Stress dan mewarnai kehidupan Anda dengan warna-warna cerah Kenyamanan minda dan emosi

1. Duduk bersila dalam suasana yang nyaman dan selesa.Tarik nafas melalui hidung, keluarkan melalui mulut. Lakukan dengan perlahan-lahan sehingga anda merasa sangat tenang dan santai.


2. Ucapkan di dalam hati anda ” ya allah setiap kali saya melakukan latihan ini saya semakin tenang, semakin santai semakin dekat saya bersama mu ya Allah” ucapkan sebanyak 27 kali dengan lembut dan yakin, sehingga terasa getaran alpha di seluruh tubuh badan anda.


3. Cuba dengarkan denyutan jantung anda, sambil meletakkan tapak tangan anda di jantung.Setiap kali terasa denyutan jantung tukarkan irama jantung anda dengan zikir kepada ilahi. Sehingga terasa ada energy dari sekitar jantung anda naik ke bahagian kepala anda. Energy tersebut terasa seperti ada arus elektrik yang bergerak ke kepala anda. Rasakan energy tersebut membakar emosi dan fikiran liar anda. Tubuh anda akan terasa seperti bergerak sendiri. Lakukan latihan ini selama 20 minit. Insyaallah anda akan mendapat manfaat yang sebesar-besarnya.


aura_menjaro@yahoo.com