Tafakur Alam Kematian

Panduan Menghadapi Kematian Dengan Tersenyum

Hari ini merupakan hari jumaat, merupakan penghulu kepada sekelian hari. Pada hari jumaat tahun 2002 saya berada di pulau Jawa di daerah Tuluangagung. Selepas pulang dari mengerjakan solat jumaat , sementara menunggu waktu solat asar saya melihat manusia yang sangat ramai mengusung keranda. Barlaku sebuah kematian di kampung Sumber Gempol TulungAgung. Hati saya tersentuh melihat peristiwa tersebut.

Pada malamnya kebetulan Pengasuh Perguruan Tenaga Dalam Pemungkas Pak Haryadi mengadakan istiadat Istikhosah Robubiah. Sebuah amalan rutin perguruan kami bermunajat kepada Allah melalui Asmaul Husna. Bertujuan membersihkan hati. Setelah membaca Amalan Asmaqul Husna beramai-ramai. Kami di ajar melakukan sebuah teknik "Tafakur Alam Kematian" yang merupakan dasar kepada Panduan Menghadapi Kematian dengan Tersenyum.

Kami menangis beramai-ramai bila amalan ini kami lakukan, penuh keinsafan. Kami merasakan dan melihat sebuah kejadian yang sangat menakutkan, menyenangkan dan mengasyikan selama melakukan latihan “Tafakur Alam Kematian” . Kebetulan sewaktu saya melayari internet saya terjumpa dengan sebuah penulisan yang sangat indah ini. Mengingatkan kembali nastalgia saya tentang alam kematian.Tulisan yang indah ini saya masukan dalam blog saya agar kita mendapat manfaat yang sangat hebat dan besar.

Talkin Diri Sendiri

Talkin yang dibaca utk orang yg meninggal dunia di terjemahkan dalam Bahasa Malaysia.


Masa baca tu, sebut2lah nama sendiri. kalau tak terasa meremang, sama2lah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang mudah setelah mambaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yg kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat, InsyaAllah.. WALLAHU A'LAAMM.

Bismillahhirrahmannirrahim. Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Maha suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Maha suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Maha besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat AllahTaala..

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawabersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah kamu berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut. Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.

*Mereka berkata:
~Siapakah Tuhan kamu?
~Siapakah Nabi kamu?
~Apakah Agama kamu?
~Apakah kiblat kamu?
~Siapakah saudara kamu?
~Apakah pegangan iktikad kamu?
~Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?*

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati. Hendaklah kamu jawab begini:
~Allah Taala Tuhanku,
~Muhammad nabiku,
~Islam agamaku,
~kitab suci Al-Quran ikutanku,
~Baitullah itu kiblatku,
~malahan solah limawaktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
~Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
~bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muh
ammad dur rasulullah".

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar. Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhanakan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalhamdulillahi rabbil alamin. Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut" Firman Allah swt, "Demi masa,

sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran." Surah Al-A'sr Dari Abdullah bin 'AmrR.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupunpun satu ayat.

Sumber yang indah ini saya petik dari:
http://sentuhanklassik.blogspot.com/2008/04/talkin-untuk-diri-kita.html

Semoga Allah Memberi Sesuatu Yang Terbaik Kepada Penulis. Amin

Tafakur Alam Kematian

Tafakur Alam kematian merupakan sebuah teknik mengingati alam kematian yang hampir sama dengan penulisan di atas, ini merupakan sebuah kejutan kepada saya. Seolah olah penulis dapat menyelami dan memahami alam kematian. Bagi saya ini bukanlah sebuah kebetulan tapi seolah-olah ada campurtangan ghaib dalam memberi peringatan kepada kita melalui ilmunya.

1.Duduk dengan nyaman dalam posisi bersila atau di kerusi.Tarik nafas perut di kembungkan _ Buang nafas sambil perut di kempiskan lakukan 25 kali sehingga anda tenang.

2.Setelah anda benar-benar tenang mulakan dengan fokus pada dada anda ( pada hati anda ). Gunakan “AAA meditation” teknik ini ada saya ajarkan dalam kursus Aura Therapy dan Kuasa Minda Bawah sedar sila berhubung dengan saya aura_menjaro@yahoo.com untuk penjelasan tekniknya.untuk mengenal pasti lokasi pusat fokus anda.

3.Setelah mengenal pasti pusat fokus anda perlahan-lahan anda membaca syahadah 3 kali pada pusat fokus tersebut, sehingga terasa getaran menyebar keseluruh tubuh badan anda.

4.Kemudian anda membaca apa yang anda baca dalam solat subuh. Bermula dari doa iftitah, fatihah, ayat lazim,doa Qunut, doa rukuk, doa iktidal, doa sujut, doa duduk diantara dua sujud, doa tahiat dan salam. Sehingga terasa getaran dan kesejukan ayat suci tersebut di bahagian dada anda.

5.Relak seluruh tubuh anda, dengar gunakan mp3 asmaul husna dengan suara yang sangat perlahan seolah- olah hampit tidak kedengaran. Jadikan mp3 Asmaul Husna sebagai sebual sub liminal masej yang merangsang suara hati anda keluar. Ini sangat penting kerana sifat hati kita akan meniru suara tersebut. Dalam proses peniruan ini akan menghasilkan sebuah suara kedua_ itulah suara hati.Lakukan latihan ini selama 10-20 min.

6. Setelah mendengarkan mp3 tersebut mulakan program kan hati anda dengan bertanyakan soalan talkin

Siapakah Tuhan kamu?
iapakah Nabi kamu?
Apakah Agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Tanya soalan tersebut berkali kali tapi jangan mencari jawapan. Terus bertanya, terus bertanya dengan suara yang lembut, tenang dan relaks. Terus bertanya tapi jangan mencari jawapan. Sebab jawapan yang anda perolehi adalah dari fikiran anda, bukan dari hati.

Ingat jawapan yang akan anda perolehi adalah dalam bentuk Visual yang berlatar belakang alam kematian diri anda dan perasaan bahagia, sedih, pilu dan penuh dengan keinsafan. Tolak dan jangan ambil peduli apa yang anda perolehi dalam proses pertanyaan tersebut. Terus sahaja bertanya. Sehingga anda memperolehi sesuatu yang tidak dapat anda jelaskan dengan kata kata.

Jadikan sesuatu itu sebuah alat untuk memotivasikan diri anda dalam kehidupan harian anda untuk menghadapi kematian dengan tersenyum. Tidak ada apa yang anda keluhkan dalam kehidupan anda. Semuanya anda bershukur dengan kurniaan ilahi.

Salam. Aura_menjaro@yahoo.com