Mendapatkan Jodoh

Mendapatkan Jodoh
Biasanya apabila selesai saya mengendalikan kursus Aura Therapy, Saya akan dikelilingi oleh beberapa orang yang dari petang menunggu saya untuk menerima rawatan. terutama apabila saya tamat mengajar dalam kursus .Pesakit datang dari dalam dan luar kota ini membawa harapan dan berbagai jenis penyakit untuk saya rawat. Sebagai seorang manusia biasa saya hanya mampu berikhtiar dan selebihnya saya serahkan kepada Sang Maha Penyembuh untuk memberi keizinanya.

Mendapat Pasangan hidup, penyakit misteri dan masaalah rumahtangga merupakan pekara yang mendapat kedudukan yang paling tinggi untuk saya selesaikan.

Dengarkan keluhan mereka _

”Dulu suami saya sayang kepada saya,sekarang benci. Tolonglah, akak nak tambah kasih sayang suami kepadaku.Seperti mula-mula kahwin dulu.” Tanpa nama.

”Dulu masa “susah” kita bersama, tapi kenapa sekarang bila dah mula “senang” kau mula nak kahwin lagi. Apa yang aku korbankan selama ini hanyalah sia-sia. Aku tidak dihargai lagi”.Mawar berduri dari Kg Serada Kuala Terengganu

”Suami aku pantang tengok perempuan berdahi licin, mulalah “ulat bulu naik daun”(curang). Suamiku, apa kekuranganku sehingga kau tergamak curang kepadaku?”.Suriati dari Sg Tua

”Suamiku kasihanilah aku, aku tidak rela dimadu. Kau milik aku seorang, aku sudah mengalami susah senang dalam kehidupan ini bersamamu.” Azizah bt Sultan Gani Transfar Road Penang

“Kenapa fikiran aku selalu berserabut?Tengok muka suami mula naik serabut dan nak marah tak tentu pasal (benci terhadap suami).” Isteri tersihir Puan Putri

Berlainan pula keluhan dari mereka _

“Jantan jahanam. Habis ‘wang ringgit dan kehormatanku ‘kau kebas”. Sekarang kau nak melarikan diri. Dasar jantan tak nak bertanggungjawab.” Ayu Upm

”Berkawan sudah lama,selalu putus ditengah jalan. Si Abang mahu, aku pula tak nak,aku berkenan,Si Abang pula tak mahu... nasib - nasib.” Mastura Pasir Gudang.

”Aku ni cantik sekali,tapi kenapa tidak ada orang yang meminang. Aku kurang diberi perhatian oleh kaum pria. “ Pelaris dan Pemanis Diri”.
Hidupku sentiasa ada penghalang dalam bercinta.”
Jujun Indramayu Kuala Selangor.

”Sudah lama aku mencintainya, tapi kenapa kau buat-buat tak layan je.”Cinta tidak berbalas”. Kak Normadiah Halimatun.

Masih banyak lagi keluhan yang hampir sama nada mereka dengan apa yang saya tulis diatas. Menurut pengalaman saya kaedah rawatan yang amat sesuai dengan keluhan diatas lebih “cepat” jika anda menggunakan metode kebatinan, kerohanian atau tradisional(Aura Bidadari merupakan salah satu metode energy yang saya sebutkan di atas ). Ini disebabkan metode tersebut menggunakan energy yang sangat halus iaitu energy “batin ilahiah”.

Energy kebatinan adalah energy yang mempunyai getaran dan gelombang yang “paling rapat” dengan “Tubuh Astral”. Sedangkan jika anda perhatikan keluhan diatas, 90% rangsangan emosi dari tubuh astral mereka. Dalam lapisan tubuh astral inilah manusia mempercepatkan pancaran “aura pesona” dan aura ini berasal pada lapisan tubuh ini. Dengan menambah energy pada tubuh astral dalam “gelombang theta” anda akan melihat hasil yang luarbiasa. Sebab itulah kita melihat paranormal, dukun, bomoh akan melakukan penyatuan jiwa “ kembaran diri pesakit atau orang yang ingin disatukan cinta mereka pada waktu gelombang theta ( 12.45 malam hingga 2.15 pagi )”.

Bagai mana kita dapat selesaikan masaalah yang rumit ini melalui kacamata minda bawah sedar.? Dalam kacamata minda kami mempunyai banyak solusi yang boleh anda gunakan antaranya:

Genius Code merupakan salah satu solusi penyelesaian yang baik untuk masaalah ini. Lihat artikal sebelumnya dari penulis.

Anggukan Universal metode _ Mengisi sumpah janji Asmaul Husna dalam jiwa manusia ( Kursus Kuasa Minda Bawah Sedar ). Dengan mengembangkan 99 sifat mulia, manusia akan memancarkan “Aura Pesona” sepesonanya sifat mulia tersebut.

Repetitive Magic Power_ Memanggil jiwa yang tenang agar kembali kepada fitrah semula jadi.

Sub- Conscious Re- Porgramming_ Pada gelombang Alpha dan Theta.

Menciptakan Servo Mechanism Baru dalam hidup.

Cara menggunakanya akan saya jelaskan dalam siri siri selanjutnya………

Memulangkan Cinta dan Ilmu Pengasih Seseorang

Sekiranya anda menjadi salah seorang mangsa yang terkena ilmu pengasih dari seseorang. Tanda terkena ilmu pengasih dan kiriman jin dari seseorang dapat anda kesan dan lihat melalui tanda-tanda yang saya sertakan di bawah ini antaranya adalah:

1.Merinduinya siang dan malam, rindu yang sangat luar biasa.

2. Terbayang dalam bentuk Visual.

3. Dada terasa berdebar-debar.

4. Lelangit mulut tidak terasa geli.

5. Jari kelingking dan bawah lipatan jari kelingking kaki seperti digigit dan berdarah.

6. Urat belikat terasa berat dan kebas ( Sifat Jin Pengasih adalah bertenggek pada kawasan tersebut )

7. Terasa benci pada pasangan tanpa sebab.

8. Bahagian anak rambut ada pusar berbentuk V ( Tanda mewarisi ilmu pengasih atau jin melalui perjanjian syaitan ( saka ) ).

9. Bermimpi jatuh dari tempat yang tinggi_ tanda ada seseorang menghantar getaran pengasih.

10. Lihat pasangan anda tidur jika menggigit dan menggerakan gigi sehingga berbunyi.

11. Menguap dalam tidur.

12. Terasa seperti ada seseorang yang menindih tubuh anda , kadangkala “koma state” berlaku dalam minda juga terjadi fenomena ini, jadi anda jangan keliru. Tidak semestinya kiriman Ilmu pengasih, kiriman jin juga boleh berlaku sedemikian rupa. .

Ini merupakan sebahagian dari tanda kiriman jin dan ilmu pengasih kepada anda, saya akan tulis dengan lebih jelas dalam ilmu kerohanian ( harap bersabar).Untuk membalikan ilmu pengasih ini anda hendaklah menggunakan kaedah yang kami berikan disini mudah-mudahan berhasil.

Tidur menggunakan tidur sunah.

Bacaan dan petua sunah. ( 4 Khul )

Tiup tapak tangan dan gosok seluruh badan _ terutama 7 liang atau lubang yang berada dalam diri anda.


Tambahan dan petua

Memakai baju dengan cara terbalik.

Jika dalam tidur anda bermimpi ngeri _ terbalikkan bantal dan tepuk bantal 7x untuk memanggil kembali semangat anda yang hilang “akibat diseru atau di puja oleh seseorang” 7x tepuk bantal mewakili 7 pintu nafsu dan semangat, sambil berselawat keatas 7 Nabi.

Meletakkan lebihan air wuduk anda di hujung katil_ Untuk menyerap “ tuju”. Tuju-tuju mempunyai pantangan yang sangat unik_ ia tidak dapat melintas air.

Insyaallah anda akan terpelihara dari sihir dan mengembalikan ilmu seseorang. aura_menjaro@yahoo.com jika anda masih kurang jelas.