Kuasa Minda dan Astrologi



Kuasa Minda dan Astrologi


Baru-baru ini kita gemparkan kenaikan harga minyak, penurun harga minyak yang ketara, pertukaran pucuk pimpinan, pertikaian ketuanan melayu, keputusan pengharaman Yoga ( berkaitan mantra sahaja ), penjualan arak secara terbuka, Isu pergolakan wanita Umno, Pergolakan Pucuk pimpinan Mca dan Mic dan berbagai-bagai peristiwa pertikaian dan keputusan yang amat luar biasa dan ketara.

Bermula dengan pergolakan politik di Thailand, pengeboman di Mumbai, pembunuhan pengebom Bali, pertukaran kuasa politik di Amarika dan berbagai-bagai peristiwa besejarah. Menurut kajian Astrologi pergolakan Kuasa Politik, Kuasa Kewangan dan cara fikir manusia akan berubah setiap 100 tahun. Setiap 100 tahun, setiap 10 tahun, setiap 10 hari dan setiap minggu dipengaruhi oleh kitaran harian, kitaran tahunan dan kitaran abad.

Maka sebab itu Islam mengajar sebuah pola kitaran yang dapat membantu setabilkan peristiwa dan pemikiran manusia. Contoh kitaran harian harus di setabilkan dengan solat. Contoh solat lima waktu merupakah sebuah harian dan waktu, kitaran mingguan solat jumaat setiap minggu, Kitaran tahunan solat aidil fitri dan solat Adiladha, solat gerhana matahari dan gerhana bulan merupakan sebuah kitaran tahunan, solat sunat shukur pada setiap peristiwa sejarah besar yang berlaku dalam kehidupan kita merupakan sebuah kitaran peristiwa.


Setiap peristiwa dipengaruhi oleh tarikh, peredaran bulan, matahari, tarikan graviti bulan dan matahari, suhu, perubahan cuaca, persekitaran dan berbagai - bagai lagi faktur. Faktur ini beredar seperti bumi mengelilingi matahari,matahari dan seluruh jagat raya mengitari satu pusat garis edar.


Contoh: Kenapa ramai orang ke pusat membeli belah waktu hujung bulan.? Jawapanya kerana dapat gaji. Bagai mana kedudukan matahari dan bulan di waktu itu?. Apa yang berlaku pada peniaga lain.? Apa yang berlaku pada khadar jenayah? Apa yang berlaku pada anggota keselamatan? Semuanya akan berubah pada kitaran hari tersebut. Terutama hari gaji jatuhnya pada hari Ahad. Dan kitaran hari ini akan sentiasa berulang-ulang sampai bila-bila tidak ada penghujungnya hinggalah kita mati. Kitaran ini sentiasa hidup walaupun kita telah tiada.


Pembunuhan, kelahiran dan astrologi.

Dalam sebuah program TV “Unsolved Mysteries”, yang telah disiarkan baru-baru ini. Telah melakukan satu ujian secara live menggunakan tarikh lahir dan carta astrology. Berlatarbelakangkan segmen berkenaan satu ujian telah di jalankan pada dua puluh carta-carta kelahiran dan astrologi, di ambil secara rambang daripada orang ramai. Diantara carta kelahiran tersebut di selitkan nama dan carta-carta astrologi empat pembunuh-pembunuh bersiri: Jeffrey Dahmer, David Anak Kepada Sam Berkowitz , David Ramirez dan Ed Kemper.

Carta-carta astrologi telah diberikan untuk Carolyn Reynolds. Merupakan seorang pengamal Astrology dan Numerology yang terkenal, bagi menganalisa tarikh lahir dan hubungan Astrology mereka. Tanpa mengetahui identiti mereka, beliau mampu memberi sebuah infomasi tentang kemungkinan – kemungkinan yang akan berlaku pada empat orang pembunuh-pembunuh bersiri tersebu Dia telah mampu lakukan semua ini hanya dengan menganalisa carta kelahiran astrologi mereka

Satu eksperimen serupa dibuat oleh orang lain dengan menggunakan kaedah yang serupa. Hasilnya sukar untuk di percayai oleh kita. Hasil kajian tersebut telah di bukukan dalam sebuah buku yang menjadi kesukaan saya bertajuk “Profiles of Six Serial Killers with Astrological Commentary


Hubungan profesion, Tarikh lahir dan Astrology


Michel Gauquelin satu ahli psikologi Perancis dan ahli statistik, pada mulanya merupakan seorang yang kurang mempercayai astrologi. Dalam buku beliau, "Written in the Stars" hasil kajian, beliau dapati profesion seseorang amat berkait rapat dengan tarikh lahir, bulan dan tahun. Contoh: Individu yang kelahiran pada bulan Agust memiliki kecenderungan pekerjaan dibidang keilmuan, pengobatan, buruh, pertukangan

kayu, percetakan dan tumbuh-tumbuhan.

Penemuan Gauquelin ini telah meletakan bidang astrologi sejajar dengan ilmu sains. Gauquelin mendapati profesion tertentu mempunyai persamaan dengan kedudukan gerakan planet-planet tertentu. Frekuensi dan getaran dari planet tersebut mempengaruhi kinerja individu tersebut.


Matahari dan struktur molekul darah

Sebuah Penyelidikan yang di jalankan Oleh Dr M Takata di Jepun, telah mendapatkan pengiktirafan di Jerman dan Rusia, menunjukkan beberapa sampel-sampel darah mengalami flocculation serta leukosit (sel darah putih) mengalami gangguan bila berlaku “solar storm activity” pada sistem suria. Kesan ini dapat dirasakan pada orang yang kena amputasi dan peningkatan pada jumlah bunuh diri.


Kesan ini juga dapat di rasakan di Tasik Victoria Nyanza selaras dengan perubahan ritma matahari, aisberg-aisberg di kutup Utara dan kebuluran di India kerana kekurangan hujan.


Bukti saintifik mengesahkan astrologi

Ekoran daripada kajian-kajian diatas konsep-konsep astrologi:
Pembunuh-pembunuh bersiri boleh diidentifikasikan melalui carta kelahiran astrologi.
Terdapat hubungan profesion dan carta kelahiran astrologi mereka.

Penyakit mental dapat diramal oleh astrologi.
Hubungan planet dan alam semesta mempengaruhi manusia.
Banyak fenomena daratan dipengaruhi oleh kesan-kesan elektromagnetik dan graviti berasal dalam sistem suria.
Matahari mempengaruhi struktur molekul itu air.
Matahari mempengaruhi struktur molekul itu darah.
Model teoretis menggunakan prinsip matematik dan fizik boleh menerangkan mengapa tahap kesedaran manusia mempunyai pengaruh berkaitan dengan zodiak.
Konsep karma dapat di buktikan dan boleh menjadi kenyataan dalam hidup


Daripada konsep Astrologi ini dapat kita membuat sebuah jangkaan. Ya jangkaan yang digunakan oleh Doktor untuk meramalkan tarikh kelahiran bayi kita.

Kitaran Tahunan Astrologi


Jika sesuatu tahun itu bermula pada hari selasa seperti tahun 2008 dan tahun 2013.

· Akan melihat kelemahan pemimpin – pemimpin kerajaan

· Pembunuhan dan kehilangan bayi dan kanak-kanak

· Masaalah pengankutan terutama di air dan di darat

· Pertelingkahan antara pemimpin pemimpin negera.

· Porak peranda dalam sesebuah pertubuhan

Jika sesuatu tahun itu bermula pada hari Rabu seperti tahun 2014.

· Memperolehi pemerentahan yang baik dan adil

· Hidup dalam suasana fitnah, permusuhan dan pembunuhan

· Kehidupan sosial yang hancur

· Berlakunya kemarau yang berpanjangan

· Wabak aneh penyakit menular

· Kadar jenayah akan meningkat


Jika sesuatu tahun itu bermula pada hari khamis seperti tahun 2009.

· Memperlihatkan kita kematian beberapa pemimpin-pemimpin penting negara.

· Hasil tanaman menjadi subur.

· Kehidupan di sesebuah negara menjadi aman dan tenteram.

· Harga barangan menjadi stabil.

· Fitnah dan adudomba menjadi perkara biasa dalam sesebuah pertubuhan.


Jika sesuatu tahun itu bermula pada hari jumaat seperti tahun 2010.

· Terjadinya rusuhan kaum yang hebat.

· Sistem pemerentahan lumpuh seketika sehingga memerlukan campurtangan polis dan tentera.

· Rakyat menjadi sensara. Huru hara yang ketara.

· Kebangkitan kekuatan supranatural dan sihir menjadi jadi.

· Kepercayaan karut menjadi pegangan hidup.


Jika sesuatu tahun itu bermula pada hari Rabu seperti tahun 2011.

· Pemusuhan dikalangan rakyat jelata.

· Musim kemarau dan wabak penyakit

· Kematian ramai orang yang berilmu

· Ajaran agama semakin dilupai.

· Perniagaan merosot

· Isteri semakin engkar terhadap suami.

· Barlaku penghijrahan dalam sesebuah negeri

_____________________________________

Kursus Aura Therapy akan di adakan

Lokasi :Kuala Lumpur .Peta & Lokasi

Pada: 4.1.2009 (AHAD )

masa: 9.00am_5.00pm

Event Organizer Nor Akmaliza

016 2965644 & 012 9642466

Yuran Kursus Rm 475.00

( sila buat Pendaftaran Kursus dahulu untuk pengesahan tempat

terima kasih Dari Event Organizer )