Kuasa minda & Kebencian

Seorang suami datang berjumpa saya dalam keadaan marah-marah yang luar biasa kepada bekas bini dia. “Tolong!!! Saya mau bercerai saja dari isteri yang kejam dan kurang ajar, mulut dia suka mengumpat suami, cerita keburukan suaminya kepada isteri-isterinya yang lain ( kebetulan dia ada banyak bini ), Saya sudah tidak tahan lagi hidup bersamanya, asyik makan sahaja, sehingga badan dah jadi macam badak, hubungan seks pun sesak nafas dibuatnya kerana berat badan yang tidak terkawal ini menyebabkan dia sering tidur sendirian melakukan hubungan seks pun bukan dengan rela, katanya lagi pekerjaan isterinya lembab, banyak menjawab, degil, cepat penat. Mulut pula berbau busuk, kemaluan tidak pandai jaga berair macam longkang Alam flora, pemalas, suka ungkik2 tentang makanan dan wang ringgit, penting diri sendiri, ada jantan simpanan yang di perolehi dari laman sosial di Internet dan pemarah”


Demikian luahan rasa bekas suaminya kepada saya pada suatu petang. Begitu benci dia kepada bekas Isterinya, emosi dia tidak habis di situ aja, lain pula dengan bini dia orang dayak “ kuat cemburu, perangai macam orang gila, suka menjerit-jerit, begaduh sikit bini dia naik tangan ke muka suami, sampai suami trauma nak jawab panggilan telepone dari dia, segala sms suami semua di siasat di tambah lagi dengan jelmaan Syaitan yang boleh di arah sesukahati dia, nasib baiklah dia mengandung kalau tidak dah lama si suami ceraikan dia.”


Si suami datang kepada saya dengan keadaan yang sangat marah dan benci sekali kepada kedua-dua isteri yang di nikahi di selatan Thai sedikit masa dahulu. Kebencian dan kemarahan dia kepada bekas isteri dan isterinya begitu kuat sekali. Setelah saya menggunakan teknik “Kuasa Minda dan Kebencian” ini dalam masa 10-15 minit dia sudah boleh ketawa dan menyedari tanggung jawabnya kepada anak dan keluaga yang sering dia abaikan kerana lebih fokus pada kerja dan wang untuk mengejar cita-citanya.


Sehingga saat artikal ini di tulis si suami tersebut mula merasa betapa pentingnya anak dan keluaga dari wang ringgit. Dia mula tersedar apa yang berlaku dalam hidupnya adalah kesilapanya sendiri. Kebenciaan yang beliau tanam kepada kedua isterinya itu mula bertukar. Beliau tidak membenci kedua – dua isterinya, bahkan ketawa dan tersenyum. Fokus hanyalah anak ....

Bila kita mula memahami misteri alam semesta bahawa energy dapat di ubah dengan menggunakan minda, maka anda dapat melepaskan diri dari lingkaran kebencian diri anda kepada orang lain. Kebencian akan membuat anda hidup gelisah, ketakutan, dada anda berdebar, kesan muka nampak tua, serta anda akan menarik orang-orang untuk membenci anda, mudah marah dan trauma sepanjang hidup anda. Terutama pada wanita yang ingin mencari pasangan nampak begitu ketara terutama pada bahagian lutut ada kesan hitam.


Bagaimana saya mengubah persepsinya pada suatu petang telah menjadi rahsia saya yang sangat saya jaga agar tidak ada orang tahu bagai mana saya me naturalkan rasa marah dan benci saya kepada seseorang.Namun pada malam ini saya mendedahkanya agar pembaca mendapatkan manfaat dari ilmu ini.

Pada dasar manusia normal mempunyai koleksi orang-orang yang tidak di s

ukai, benci dan marah. Bila anda memahami sesuatu hal bahawa marah, benci, tidak di sukai merupakan sebuah emosi. Itu sahaja tidak ada lebihnya. Emosi merupakan sebuah energy yang pada dasarnya boleh di ubah bentuk walaupun tidak boleh di musnahkan.


Latihan Tahap 1

Tarik nafas yang penuh dan dalam. Lalu anda menghembuskanya melalui mulut sebanyak-banyaknya. Lakukan beberapa kali sehingga anda merasa selesa.

Sekarang anda membayangkan Mr Bean di hadapan anda. Dengan cara meminta alam bawah sedar anda menciptakan Mr Bean. Saya yakin anda akan merasa sangat sulit untuk membayangkan Mr Bean berada di depan Anda. Sulit sekali bukan? membayangkan di hadapan Anda terjatuh dari langit seorang yang sangat cerdik, pintar, pandai namun sangat melucukan, yakni Mr Bean yang matanya besar, hidungnya sangat mancung, tersenyum sangat lebar dan idearnya sangat nakal.

Begitu sangat sukar membayangkan, bagaimanapun anda sekarang tersenyum-senyum melihat Mister Bean di depan anda. Ok anda sekarang sudah nampak jelas Mr Bean di hadapan anda. Bersama bayangan Mr Bean anda menarik nafas melalui hidung, masukan bayangan tersebut melalui dada anda dan bayangan tersebut menyebar keseluruh badan anda.

Anda bersatu dengan Mr Bean, sifat minda bawah sedar adalah tidak dapat membezakan antara hayalan atau bohongan. Minda bawah sedar anda akan menjalankan apa yang anda saran, bayangkan, dengarkan dan rasakan. Sekarang minda bawah sedar anda percaya bahawa anda adalah Mr Bean yang tersenyum lebar, senyuman nakal. Nikmati sejenak menjadi Mister Bean sehingga anda merasakan “gila”-nya. Baru lanjutkan ke tahapan berikutnya.

Latihan Tahap 2


Pada tahapan ini saya menyarankan suami tersebut membayangkan Isteri-isterinya yang di benci. Dia memulakan dengan membayangkan isterinya yang gemok kedempol itu. Pada pandangan saya suami ini memang seorang yang tak guna dan tidak pandai bershukur pada jodoh yang Allah berikan kepadanya. Tergamak dia kutuk fizikal isterinya di hadapan saya. Pada hal isteri tersebutlah yang menolong dalam perniagaanya macam lembu di buatnyer... Tapi Alhamdulilah dia sedar mencela sifat Isteri sama seperti mencela maha mencipta.


Bagaimana kamu ingin di kasihi Allah jika kamu mengadap Allah dengan m

embawa “bibit kebencian terhadap penciptaanya” . Kebencian tersebut akan tumbuh melampaui kecintaan. Ok kita sambung lagi latihan tahap 2 ini.

Suami tersebut telah saya “anchorkan” minda separa sedarnya agar terus berada di dalam pengaruh Mr Bean rekaan mindanya. Saya suruh dia membayangkan keadaan fizikal sebenar isterinya yang gebu, gempal dan gemok tersebut. Apabila bayangan isterinya yang 3G tersebut di lihat dengan jelas. Saya memperdalamkan lavel kejelasaanya menjadi semakin jelas. Stop


Saya pengaruh fikiranya untuk mencipta kaki gajah isterinya bertukar menjadi kaki lembek seperti itik terkangkang luas. Semakin luas semakin baik. Gantikan tapak kaki Isterinya seperti tapak kaki itik... kitakan bermain dengan minda. Apa apapun kita boleh lakukan..... Tapi hanya dengan menggunakan f

ikiran sahaja.

Nah, sekarang saya memerintahkan suami tersebut ( Mr Bean rekayasa minda ) mula menjadi tukang gunting rambut. Saya berkata kepadanya , sekarang kamu menjadi Mr Bean mau buat apa pada rambut isteri mu? Mau di cukur botak dan tinggal bentuk huruf 2010 he he he silakan.... lakukan sekarang juga. Barulah kita kelangkah seterusnya.

Sekarang, mari kita hias wajah isteri mu pula kata saya kepada suami tersebut. Kulit mukanya mau diganti warna apa? Jadi berwarna merah ? Jadi berwarna hitam pekat? Atau berwarna hijau ular sawa ha ha ha… Lakukanlah sekarang juga! Baru anda teruskan latihan ini.


Apa kata kita beri cat warna-warni kepada kulit muka isteri anda? Saya cadangkan anda lukiskan logo 1 Malaysia dari dahi hingga ke bawah bibir isteri anda he he he kita cat dari pipi ke pipi dengan warna bendera malaysia. Kita warnakan telinga dia dengan warna merah jambu warna Valentine day he he he. Boleh

juga bulu hidungnya di tarik sepanjang 6 meter meleret ke lantai he he he. Warnakan bulu hidung isteri anda dengan warna seperti warna uban. Baru kita teruskan dengan latihan berikutnya.


Matanya di buatkan menjadi bulat dan terjojol sehingga nampak urat urat mata yang berselirat. Atau sepetkan seperti mata orang dayak. Lakukan mengikut kemahuan anda. Perutnya yang berlipat lipat di gantungkan dengan buah limau he he he. Bibirnya di buat menjadi terjuih dan di letakan puting baby sekali he he he. Di tumbuhkan misai yang lebat Di-bonding sekali. Hidungnya di perluaskan lubang hidungnya atau di buat mancung. Biar sedikit gila seperti Mr Bean ....

“Kemudian kita terus ke bahagian mulutnya” saran saya kepada

suami tersebut supaya mulut Isteri 3G tersebut di luaskan seperti huruf “O” giginya yang kecil di perbesarkan dan di beri warna emes supaya senyum tak sumbing. Gigi taring di panjang sehingga 1 kaki. Semua gambaran mental yang saya saran kepada suami tersebut di pertahankan dalam mindanya...


Bajunya di pakaikan dengan baju T ada gambar Mr Bean dan berseluar pendek, coba anda bayangkan bagai mana rupa isterinya berpakaian begitu. Nah, sekarang Anda boleh menambahkan dia berlari-lari atau mundar-mandir di catwalk seperti seorang foto model he he…


Silakan terus bermain-main dengan Fikiran Anda, sebebas mungk

in, seliar mungkin, segila mungkin, selucu mungkin…. Tetapi yang perlu diingat adalah ini hanya untuk bermain dengan Fikiran Anda seFikiran Anda, bukan untuk menceritakannya ke orang lain. Kunci yang terpenting setelah bermain dengan Fikiran Anda, adalah memetik…Hikmah

Rasakan perasaan Anda sekarang. Apakah anda semakin nyaman, apakah lebih nyaman, apakah lebih enak? Perkara yang terpenting adalah pada saat emosi dalam diri kita sudah natural lagi, kita secepatnya memetik butir-butir hikmah dari kejadian yang telah kita alami dengan orang tersebut.


Heninglah sejenak, ingatlah kembali saat anda berjalan bergandeng tangan anak di tengah anda dan isteri dan anda di kiri kanan. Pengalaman indah dan segala kebaikan isteri bersama anda . Amati, amati dan amati. Pasti ada sebutir hikmah yang boleh diambil. Pasti ada… Dan, ambillah. Simpanlah dalam hati. Agar terjadi perubahan yang lebih baik dalam diri ini.

Kadang bahu kita menjadi lebih kuat saat ada tekanan dalam hidup. Kadang kala masaalah membuat diri ini menjadi lebih kreatif. Kadang kala suara kasar melatih hati menjadi lebih sabar. Kadang kala makian, kutukan dan cemuhan membangunkan diri yang tertidur. Kadang kala didiamkan membuat kita sadar ada kekeliruan dalam diri… Tinggalkan masalahnya, hanya petiklah hikmahnya.


Kekuatiran saya


Nah, persoalannya sekarang. Bagaimana jika orang yang anda benci itu baca artikel ini. Dia pasti tahu perubahan wajah Anda, yang sebelumnya masam dan kusam sekarang tiba-tiba jadi sen

yum-senyum sendiri…

Semoga orang yang anda benci menyapa: “Ini mesti Baca artikel Kuasa Minda dan benci…”. He he he rasakan, Saya tidak mau bertanggung jawab, aaah… Akhir kata, saya ingin menyampaikan berikut ini:

Adalah hak Isteri Anda untuk marah-marah

Adalah hak Isteri Anda untuk membenci anda…

Namun,

Adalah hak Anda juga untuk menjadi suami dengan baik.

Adalah hak Anda juga untuk memberikan yang terbaik.

Adalah hak Anda juga untuk memaafkannya.

Adalah hak Anda juga untuk tetap mencintainya.


Sebenarnya saya menulis artikal di atas untuk memberi input kepada pembaca berserta dengan tradisi kami di menjaro memberi latihan yang sesuai dan dapat di manfaatkan. Sebab saya 100% percaya bahawa Ilmu merupakan sedekah yang baik. Apa yang menjadi kebanggaan saya adalah, dalam diam ada seorang insan juga bernama suami telah menghantar email yang panjang ingin berkongsi pengalaman beliau dengan kita, setelah melakukan teknik di atas selama 3 hari sebelum beliau tidur.

Saya seorang peminat penulisan En Hanafi yang terkenal sebagai seorang pakar dalam ilmu yang “tak logik” menjadi logik. Dengan menggunakan kuasa minda menjadi tema dalam penulisan beliau. Setelah saya membaca artikal terbaru tentang kebencian terus saya print dan mengamalkan.


Yakin atau tidak itu bukan persoalan saya, tapi tidak rugi 1 sen pun jika saya mencoba latihan yang diberi, saya lakukan latihan ini sebab sindiran yang dilontarkan dalam tulisan tersebut 90% kena atas batang hidung saya sendiri. Saya mempunyai seorang isteri yang menetap di Kelantan dan mempunyai orang anak. 4 orang perempuan dan 3 orang laki – laki. Isteri saya seorang yang bodoh, tidak cerdik dan tidak boleh harap dalam urusan formal.


Pekara ini membuat saya benci padanya, tak boleh harab, bodoh, lembab dan slow. “Benci” merupakan perkataan yang saya sangat faham apa maksudnya. Saya membiarkan kebencian ini bersarang bertahun-tahun bahkan hampir sepanjang perkahwinan saya yang berusia 15 tahun. Sebuah tempuh yang sangat panjang untuk saling memahami. Ternyata tidak saya saling tidak memahami antara satu sama lain. Saya melihat isteri saya sebagai Makhluk tuhan yang paling aneh dengan berbagai kesalahan watak.


Misalnya bukan sahaja keras hati tapi juga keras kepala. Sebutkan sahaja sebarang “adat buruk” pasti ada pada dirinya, dia tidak pernah berubah. Tetap sahaja dengan kelakuan lama . Kesanya yang tersisa dalam jiwa saya adalah “kebencian”. Isteri saya tidak pernah berubah “ Tidak ada satupun kebaikan yang aku lakukan di mata mu” keluh isteri saya pada suatu hari” . Memang demikianlah psikologi dan minda manusia bekerja. Mata yang melihat dengan kebencian akan buta memandang kebaikan seseorang.

Isteri saya mencadangkan saya berjumpa bomoh, ustad dan pakar nasihat perkahwinan untuk menyelamatkan rumahtangga kami berdua. Mungkin abah kena belajar tentang ilmu perkahwinan. Saya menolak mentah-mentah permintaan isteri saya, “alasanya semua masaalah ini berpunca dari awak bukan dari saya” kata saya sambil menghayunkan sebuah tamparan ke pipi isteri saya pada satu ketika dahulu.


Saya seperti di rasuk oleh “kebencian”, kebencian itu merusakan dari hati yang busuk. Sehingga mengalir kebahagian dada dan dada saya mula terasa sakit. Saya sendiri tidak suka kepada kebencian. Saya cuba menghilangkanya tetapi tidak berhasil. Kembali saya berfikir bagaimana dia nak menghilangkan kebodohan dia kerana dia tidak bersekolah tinggi. Kembali saya teringat artikal En Hanafi tentang suami malang tersebut membenci isterinya kerana gemuk, gebu dan gempal. Membenci sesuatu yang Allah berikan kepadanya.


Saya lakukan latihan tersebut selama 3 hari dan menggunakan program Air pada artikal sebelum ini.Menjadi pemicu kepada menolak kebencian. Pada hari yang ketiga lain yang saya bayangkan lain pula minda bawah sedar saya merespone. Saya melihat tubuh isteri saya mengeluarkan satu sinar yang sangat indah. Saya melihat wajah keibuan dan wajah anak - anak saya muncul satu persatu. Cahaya tersebut seperti karomah penyelamat rumah tangga saya. Saya pada satu ketika pernah tersilap memanggil nama anak-anak saya, ini membuktikan minda bawah sedar saya telah delete data dan maklumat tentang anak2 saya.


“ sudahlah, pekara itu sudah berlalu,” kata isteri saya dengan selamba dan muka yang manis, sewaktu saya memohon maaf dan sesal. Isteri saya selalu berkata bergitu. Dia seolah- olah tidak mempunyai “ ikatan dengan masa yang lalu”. Sebab itulah dia mudah memafkan saya. Dia begitu kuat dan tawakal, dia tidak pernah kurang ghairah hidupnya. Miskipun saya menangkap kesedihan di matanya. Dia di cintai Allah, Oh... jiwa yang Indah.


Saya memandangnya dengan penuh takjub, tidak ada sesuatu pun yang kurang pada dirinya, dia memiliki sesuatu yang harus dia miliki. Dan dulu semua perkara yang dia sebut akan membuat saya sakit hati, walaupun pekara kecil. Sekarang saya yang harus berubah bukan isteri saya. Perjalanan hidup mangkin panjang, mungkin pendek, mungking tidak semudah membalikkan tapak tangan. Tapi saya tahu kemana harus saya tuju, mau kemana dan hendak kemana... hati ku dengarkanlah. Terima kasih En Hanafi.




Kursus Hypnosis
akan di adakan
Lokasi : Institut Pengurusan Kesihatan

Bangsar. Kuala Lumpur

Pada: 10.2. 2010
masa: 9.00am_5.00pm
Event Organizer SERI ROHANI MAT SAYUTI
019 2667945 atau rohani7779@yahoo.com
Yuran Kursus : On Call

Termasuk Manual dan Sijil sebarang pertanyaan sila hubungi
rohani7779@yahoo.com


( sila buat Pendaftaran Kursus dahulu untuk pengesahan tempat terima kasih Dari Event Organizer )


Berminat untuk menjadi Event Organizer Kami Sila Hubungi

aura_menjaro@yahoo.com