Kuasa Minda dan Jantina

Kuasa Minda dan Jantina

Lelaki atau perempuan mana satu anda mahu

Sebilangan pasangan yang mendirikan rumahtangga, bukan sahaja menghadapi masaalah mendapatkan cahya mata tetapi menghadapi masaalah pemilihan jantina. Disini ada beberapa teknik kawalan minda dan tip yang dapat anda gunakan sebagai panduan ( tidak di jamin 100% berhasil ) Hanya sebagai landasan ilmiah dan infomasi sahaja.

Kuasa Minda

1.Tampalkan gambar baby lelaki atau perempuan di hadapan cermin muka. Sambil anda mempersiapkan diri anda dihadapan cermin, Tataplah gambar tersebut sambil anda menyentuh gambar tersebut. Ucapkan dalam hati “ Ya Allah kurniakan hamba mu cahaya mata seindah ini sambil tersenyum” .

2. Hiasi diri anda dengan peralatan baby, contoh : bila mandi guna sabun baby, bedak guna bedak baby, sarung bantal gunakan hiasan baby. Cara ini akan merangsang minda anda bekerja secara “subliminal dan semula jadi”.

Tip Tambahan


Tip 1 : Makanan

Untuk mendapatkan anak perempuan suami harus memperbanyakan memakan makanan beralkali. Manakala isteri pula harus mengambil makanan yang berasid. Jika mahukan anak lelaki. Pihak suami perlu memperbanyakan makanan berasid,manakala isteri Memperbanyakan makanan beralkali.

Makanan beralkali terdiri daripada sayur-sayuran, buah-buahan, putih telor dan sebagainya. Makanan berasid pula terdiri daripada makanan seperti daging merah, makanan laut, susu, gula , coklat, makanan dalam tin, jeruk dan sebagainya.

Tip 2 : Masa

Selalu melakukan hubungan intim sebelum datang haid dapat membantu anda mendapatkan anak perempuan. Tetapi jika anda melakukan sebaliknya iaitu bersama selepas sahaja haid anda mungkin mendapat anak laki-laki. Untuk memastikan waktu pilihan anda dengan tepat, kira seminggu awal atau seminggu selepas kedatangan haid.

Tip 3 : Kedalaman

Suami tidak perlu memasukan “Pak Awang” terlalu dalam pada vargina isteri jika mahukan anak perempuan. Namun lakukan sebaliknya sekiranya anda mahukan anak lelaki. Untuk pengetahuan anda, sebagai sebuah landasan ilmiah Gen atau Kromoson X ( Lelaki ) dan Gen atau Kromoson Y ( perempuan ). Mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Boleh diumpamakan disini Gen X seperti pelari maraton yang mempunyai stamina yang kuat, manakala Gen Y pula atlit pelari pecut yang kurang stamina. Oleh yang demikian sekiranya suami memasukan “Pak Awang” terlalu dalam kebarangkalian Gen Y sampai ke destinasinya sangat tinggi.

Tip 4 : Kemuncak

Faktur kemuncak juga penting dalam cara pemilihan jantina. Untuk mendapatkan jantina perempuan, suami perlu sampai ke puncak sebelum isteri. Sekali-lagi sebagai landasan ilmiah, ketika isteri sampai ke puncak, isteri akan mengeluarkan cecair berbentuk alkali. Tetapi jika sebaliknya suami sampai kepuncak selepas isteri. Mungkin anda mendapat anak lelaki.

Tip 5 : Faktor Persediaan Isteri

Isteri boleh membasuh Vargina dengan menggunakan satu sudu cuka bersama semangkuk air sekiranya mahukan anak perempuan. Jika anda mahukan anak laki-laki, cuci vargina menggunakan semangkuk air yang di campurkan dengan satu sudu soda supaya vargina lebih beralkali. Atau anda menggunakan Gurah Vargina ( semburan wanita menjaro ) mengandungi ph 9.9 alkali. Amalkan 3kali sehari untuk mengekalkan paras ph pada vargina anda.

Tip 6 : Kedudukan

Postur atau posisi dalam melakukan hubungan seksual merupakan salah satu pekara yang memberi kesan kepada jantina bayi anda. Jika suami berada dalam posisi di bawah, manakala isteri berada dalam posisi di atas ini akan membantu untuk memdapatkan anak perempuan. Jika kedudukan suami berada di posisi atas anda akan mendapatkan anak laki- laki

Hubungan Usia Ibu dengan kelahiran Jantina Anak


Anda boleh memilih samaada untuk memiliki anak lelaki atau perempuan, berpandukan carta dibawah ini, carta ini terdiri daripada petak usia isteri dan bakal bulan kelahiran bayi. Misalnya anda merancanga untuk menerima kelahiran bayi pada tahun hadapan 2009 pada usia 27 tahun. Pilih bulan yang menunjukan kemungkinan bayi yang lahir adalah lelaki. Bulan yang dianggap sesuai bersalin anak lelaki adalah februari, april, julai hingga oktober dan disember.

Jika anda ingin melahirkan anak pada bulan oktober, anda perlu berusaha sembilan atau sepuluh bulan sebelum itu iaitu Disember 2008 hingga januari 2009.

Carta kuno ini berasal dari Peking China, ini berusia 700 tahun, carta kuno ini ditemukan baru-baru ini setelah lama tertanam di kawasan makam Raja China berhampiran Peking. Panduan ini menjadi ikutan beribu-ribu pasangan suami isteri di seluruh dunia dan ia semakin popular apabila ramalan carta ini 99% tepat. .