Kuasa Minda & Lubang Hitam


-->
Black Hole atau Lubang hitam merupakan sebuah fenomena yang amat luar biasa yang sangat menarik untuk di amati. Black Hole ini terbentuk hasil dari kehancuran energy atau bahan api. Fenomena ini dapat di contoh kan seperti sebuah kebakaran di plantar minyak yang besar, para petugas kebakaran biasanya menggunakan sejenis bom api dan di letupkan dengan kuasa ledakan yang tinggi. Apa yang akan berlaku ledakan tersebut akan menarik api yang sedang terbakar. Maka berlakulah kematian kebakaran dengan serta merta.
Dengan istilah lain apabila 2 gelombang yang mempunyai asas kekuatan yang sama, bergerak dengan kelajuan yang sama ditemukan dengan kekuatan yang sama juga akan membentuk "zero point". Akan tercipta kosong gelombang atau kematian gelombang. Kosong merupakan asas dari penciptaan gelombang. Kosong merupakan sebuah gelombang yang sangat hebat dan luar biasa. Inilah asas penciptaan dan terjadinya black hole.
Dengan kekuatan kosong yang luar biasa ini Black Hole mampu menarik apa saja kearahnya sehingga sehingga akal kita tidak mampu mencerna kekuatan kosong yang di milikinya, misalnya black hole mampu menarik masa, cahaya,bunyi, bintang dan segala - galanya. Daya graviti black hole sangat kuat menarik apa yang mengelilinginya misalnya cahaya. Belum ada satu kekuatan di bumi ini dapat membelokkan cahaya melalui daya tarikan . Tetapi blach hole mampu melakukanya.

Kita beranggapan bahawa setiap bintang di cakrawala
ini mampu kita lihat, sebenarnya tidak demikian kajian menunjukan bahawa cahaya bintang-bintang ini tidak dapat melepaskan diri dari lubang hitam disebabkan lubang hitam ini merupakan masa yang berkerapatan tinggi di dalam sebuah ruang yang tidak terhingga. Bahkan mampu menangkap partikel-partikal terpantas seperti proton cahaya.
Dalam dunia NLP, Mirror dan Matching merupakan sesuatu yang asas untuk berjaya dan mencapai impian manusia. Paling popular adalah ungkapan yang mengatakan "andainya anda ingin menjadi seorang jutawan, anda harus bertingkah seperti jutawan, bercakap seperti jutawan, berjalan seperti jutawan" insyaallah anda juga akan menjadi jutawan.
Perbuatan meniru aksi ini bukanlah milik Nlp semata mata tapi telah di terokai sejak 1400 tahun yang lalu oleh seorang Insan mulia junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W dalam prilaku yang di namakan Sunah Nabi. Nlp hanya meniru apa yang telah di ajarkan oleh Insan Mulia ini. Untuk anda menjadi seorang insan yang baik anda harus meniru apa yang di lakukan oleh Junjungan besar ini.
Berjalan cara sunah, tidur cara sunah, bercakap cara sunah, makan cara sunah. Ini akan mempengaruhi cara anda berfikir cara Nabi, bertindak cara Nabi dan Akhlak juga cara Nabi. Ini bukan sebuah sunah atau metode biasa, ini merupakan cara yang Allah berikan dalam mendidik kita sebagai umat Akhir Zaman bahkan telah teruji dalam kajian pakar pakar Nlp, Hypnosis dan Minda.Yang jelas selombang yang sama akan menarik sifat gelombang yang sama juga. Manusia merupakan makhluk yang holistik satu pekara berubah ianya akan mempengaruhi sifat-sifat yang lain juga.

Black Hole menarik semua masa, cahaya, bunyi, bintang dan segala – galanya kearahnya di sedut kearahnya menembusi ruang dan masa serta demensi yang tidak di ketahui.Perlu kita mengambil perhatian kaedah penarikan yang di lakukan oleh black hole ini adalah dengan cara putaran , seperti pusaran air yang menarik sesuatu kearahnya. Kaedah ini juga dapat kita lihat dalam ibadah haji dan ritual tarian Sufi Jalaludin Al Rumi tarikat tertentu dan berbagai-bagai ritual kerohanian menggunakan teknik seperti apa yang mereka amati dalam merenung cakrawala. Semuanya menggunakan teknik putaran.

Dengan cara kita merenung dan meniru penciptaan alam semesta dapat kita pelajari bahawa proses penarikan sesuatu dapat di lakukan dengan cara putaran. Sekarang mari kita merenung dan mengambil manfaat cara Black Hole bekerja, jadikan pengetahuan ini sebagai alat untuk mengambil keputusan dan tindakan.

Pengetahuan tentang cara black Hole bekerja boleh di aplakasikan menggunakan berbagai media. Antara media yang sangat terkenal dikalangan ahli pengkaji diri dan minda adalah media tanah, air, api dan angin. Elemen ini di gabungkan dengan cara Black Hole bekerja dan di ambil manfaatnya untuk merealisasikan impian dalaman dan luaran anda.

Menggunakan Media Air Black Hole aplakasi Wang

Disamping menggunakan teknik yang telah di ajarkan guru saya. Saya menggunakan teknik ini untuk mencapai impian saya. Saya mempunyai impian untuk memperbaiki status kewangan saya. Setiap kali saya mandi saya akan menggunakan baldi jarang sekali saya menggunakan pancuran air.

Baldi tersebut saya isikan dengan air sehingga penuh. Saya putarkan ( kacau ) air tersebut seperti saya kacau air teh untuk menghancurkan gula. Saya kacau air tersebut dengan cara berputar ke arah dari kanan ke kiri lawan arah jam. Saya kacau semakin lama semakin laju sehingga terlihat jelas pusaran air seperti pusaran black hole.

Kita semua sudah sepakat dan faham bila keadaan ini, berlaku ia akan membentuk sebuah gelombang menarik sesuatu kearahnya. Saya menggunakan niat agar Allah mengkabulkan segala impian saya. Semakin laju putaran air yang saya putarkan maka semakin kuatlah gelombang yang di pancarkan untuk menarik niat saya kearah air tersebut.

Saya lakukan teknik di atas selama 4 hingga 5 min. Sambil saya berniat untuk mencapai tahap kewangan yang baik. Setelah itu saya menitiskan 2 hingga 3 titik minyak “Zafaron Ghonimah” merupakan minyak yang berwarna merah. Warna merah merupakan warna yang merangsang “nafsu berkeinginan” untuk memiliki sesuatu. Setelah itu saya putarkan lagi air tersebut untuk kali kedua sambil saya berniat untuk mendapatkan wang.

Saya fokus pada titik tengah air yang berputar sambil saya mengatakan dalam hati “ saya bersama wang , wang berada di dalam diri saya dan saya menyatukan diri saya dengan wang kerana Allah Taala.” Saya ulangi sebanyak 7 kali. Saya ucapkan kalimat ini dalam hati berterusan sambil tangan saya mengacau air di dalam baldi tersebut.

Seterusnya saya mandi dengan menggunakan gayung. Setiap siraman air yang menyentuh kepala saya. Saya akan mengatakan dalam hati saya “ ya Allah saat ini saya menerima 1 ringgit, seterusnya siraman kedua saya mengatakan lagi saya menerima 2 ringgit, siraman ketiga saya menerima 3 ringgit sehinggalah pada siraman seterusnya 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10 ringgit. Pada siraman ke 10 saya ucapkan lagi saat ini saya menerima 10 ringgit, 20, 30, 40, 50, 60, 70, 80, 90, 100. Pada siraman seterusnya saya ucapkan lagi saat ini saya menerima 100 ringgit, 200, 300, 400, 500, 600, 700, 900, 1000.

Saya lakukan pada siraman seterusnya 1000, 2000, 3000 dan sebanyak-banyaknya. Begitulah seterusnya saya ucapkan berterusan sehinggalah ratusan juta dll. Ingat anda harus ucapkan “ saat ini saya menerima….” Bukan “berikanlah saya wang” . Minda bawah sedar anda akan bekerja untuk mendapatkan apa yang anda ucapkan. Jika anda ucapkan berikanlah saya wang, minda bawah sedar anda percaya bahawa anda perlukan wang kerana anda tidak ada wang.

Jika anda ucapkan saat ini anda menerima wang, minda bawah sedar anda percaya anda sudah memiliki wang. Minda bawah sedar anda akan bekerja mengikut apa yang anda ucapkan. Saya bukanlah di lahirkan dalam keadaan yang serba mencukupi. Sesuatu keajaiban berlaku dalam masa 3 minggu saya lakukan teknik ini. Saya mendapat rezeki entah dari mana tapi cukup untuk saya buat modal membuka sebuah Restoran makan di jalan sungai tua batu cave. Alhamdulilah saya tidak pandai memasak apatah lagi mengurus kedai makan ini, tapi saya terus menerus menggunakan teknik di atas ; masaalah kewangan saya selesai.


Saya juga berjaya membuka sebuah Agensi Mengurus kemasukan pembantu rumah tangga dengan tidak menggunakan modal, modal saya hanyalah pasrah dan mengadu kepada Allah dengan wahana dan sarana penelitian saya pada air dan black hole. Saya menciptakan teknik ini sehingga menjadi sebuah fenomena dalam industri penjualan minyak wangi yang dapat menjana pendapatan dan membangkitkan seri wajah. Beberapa orang duta produk tersebut menjadi jutawan dari hasil penelitian saya pada air, niat dan alam semesta amin.


Hampir bertahun-tahun teknik ini membantu beberapa tokoh perniagaan di negara kita, sehingga ada yang bergelar Dato, Tan Sri dan sebagainya mencapai tahap kedudukan yang di segani di mata masyarakat. Sesuatu yang anda perlu anda ambil sedikit perhatian , sewaktu anda ucapkan 1 ringgit, 2 ringgit, 3 ringgit dan seterusnya sebaik-baiknya anda menggunakan emosi. Agar apa yang anda ucapkan tersebut tertanam di dalam minda bawah sedar anda. Maksud emosi disini adalah samaada anda menangis, menjerit atau menyanyi-nyanyi kecil dengan menggunakan melodi ini sebagai contoh…