
Niat Inson Mata Aji Semar.........
(Kepada masyarakat jawa, saya mohon maaf , sebab saya sendiri pun tidak faham apa maksud ...kalimat di atas ). Saya hanya memetik kalimat Seniman Agung Allahyarham P. Ramlee. Apa yang saya faham ialah Niat Inson
(Bermaksud Niat Saya.... selebihnya apa aje lah......asal faham)
Merupakan dua kalimah sakti untuk membuka dan menutup pintu gua, di dalam gua itu ada harta dan wang berjuta., di bawakan oleh 40 penyamun. Niat juga di gunakan untuk membuka pintu “ Gua Hati Anda” dan anda akan memperolehi harta dan wang yang berjuta akan datang kepada anda melalui 40 atau lebih cara untuk mendapatkanya sama ada melalui cara “menyamun atau dengan cara ikhlas” “rela atau terpaksa” yang penting anda akan mendapatkanya.
Apakah sebenar niat itu ?
Bagaimana niat ini bekerja?
Benda Apakah niat ini jisim atau tenaga?
Di perbuat dari pada bahan apakah niat ini?
Niat ini makhluk atau sifat ?
Bertanyalah perlahan-lahan dalam hati anda apakah jawapan dari soalan saya di atas.....anda akan terkejut dengan jawapan dari hati anda ( bukan dari analisa fikiran), maka anda akan faham kenapa hati menjadi nahkoda dalam kehidupan kita dan Cahaya Ilahi dalam pembentukan akhlak kita............
Dengan lafas Bismilahhirohmannirohim ( sila perbetulkan bacaan anda dalam bahasa Q’uran). Saya memulakan topik ini dengan hati yang sangat ikhlas dengan fakta yang telus dan saya bershukur atas ilmu yang telah diberikan.
Menjaro: Jika bacaan anda bagus, rukuk anda bagus, sujud anda kemas dan cantik. Jika anda tidak ada niat langsung untuk melakukan solat apakah solat anda sah ?
Peserta : Tidak sah, ( mereka menjawab serentak )
Menjaro: ( sambil berselawat, di ikuti oleh para peserta kursus ). Kenapa..?
Peserta : Niat merupakan syarat sah solat...........
Menjaro: Sambil tersenyum........... jika solat tidak sah tanpa niat, apakah anda pergi kerja tanpa niat itu sah? Anda makan tanpa niat itu sah ? anda belajar tanpa niat itu sah?
Peserta: Tidak............
Menjaro: sebab itu anda bosan dengan pekerjaan anda, sebab itu anda makan tidak pernah menikmati makanan anda dan anda rakus dalam mencari makanan, sebab itu anda belajar susah untuk otak anda untuk memahami apa yang anda belajar..............
Sifat Manusia
Tidak ada kesilapan dalam hidup anda. Anda tahu segala musibah dan kegembiraan semuanya adalah terbaik untuk anda. Allah beserta dengan anda dalam membuat segala keputusan. Pilihanya adalah yang tepat untuk anda, segalanya mengandungi hikmah.Anda tidak akan komplin dalam menerima musibah dan kegembiran, bagi anda menerima musibah dan kegembiraan adalah sama.
Jika anda berzikir fikiran akan bertanya untuk apa saya berzikir ?
Virus spritual dari fikiran mula menyerang diri anda.
Bila hati anda berkata saya bekerja kerana Allah, saya berzikir agar hati saya menjadi tenang kerana allah............ fikiran anda akan diam . Stop.
Tiada alasan lagi untuk tidak menjalankan dengan sempurna. Stop.
Ini amanah dari Allah. Stop.
Ini merupakan “locking mind teknik” untuk mengunci pergerakan fikiran. Stop.
Untuk apa ?
Sebab Apa ?
Hati akan faham dan menjalankan apa yang anda sarankan termasuk saranan spritual asmaq tunggal “ Allah”. Anda akan lihat bagaimana efektifnya jika niat di gunakan sebagai jambatan dalam jiwa anda. Anchorkan setiap saranan jiwa anda setiap 6 minit.