Renjatan Bawahan

Ilmu renjatan bawahan merupakan sebuah ilmu atau amalan yang sangat istimewa menjaro. Ilmu renjaran bawahan ( RB ) mendapat istilah dengan cara yang tidak sengaja dalam kursus Kuasa Minda Bawah Sedar yang saya kendalikan bersama Dr Anuar. Pelajar saya mengalami kesukaran untuk menyebut istilah lama yang ( merupakan istilah kuno dalam bahasa melayu pasar ).

Maka salah seorang pelajar menjaro, dengan kemampuan suara hatinya dapat merasakan kesukaran yang saya alami sewaktu menyebut istilah “kuno” tersebut, Renjatan Bawahan merupakan sebuah latihan membangkitkan sebuah energy bio eletrik dalam bentuk renjatan..sejak saat itu secara resminya kami di menjaro menggunakan istilah “Renjatan Bawahan” RB. Jika merujuk pada latihan yang sangat unik ini.

Sejarah
Ilmu Rb merupakan sebuah keilmuan yang sangat kuno dalam aliran tasauf yang diasaskan oleh Gus Arifin Bin Ali Bin Hasan ( Pengasuh Pondok Pesentren Miftahul Huda Bratang Gede Surabaya ), Menurut beliau “aliran tenaga negatif dapat memasuki tubuh manusia melalui empat arah mata angin” kata beliau lagi “syaitan akan mendatangi anak adam melalui arah hadapan, kiri, kanan, dan belakang” dua arah yang tidak dapat didatangi syaitan adalah dari “atas dan bawah” . Menurut beliau lagi “bahagian atas di hubungkan dengan perkara kemuliaan dan di bahagian bawah berkaitan dengan kerendahan diri kita” atas alasan inilah maka kunci kekuatan manusia terletak pada kemuliaan dan kerendahan diri.

Pada kesempatan lain yang dapat saya kutip dari pelajaran beliau “Apa yang Allah jadikan adalah terbaik” Rb merupakan sebuah sistem energy yang sangat hebat untuk memecah hijab energy yang menutupi diri anda. Terutama hijab yang menutupi mata batin anda. Jika energy anda tidak meningkat, akibat ada “block energy” pada sesuatu bahagian, biasanya Latihan Rb ini kami gunakan untuk memicu energy dari point Rb naik pada titik mata batin. Bila energy Rb naik dia akan memecah “hijab energy” yang menutupi mata batin anda.

Latihan rb ini kami buktikan dalam klass dalam masa 10 hingga 20 minit latihan pertama sahaja, hijab mata batin terbuka. Bila hijab lapisan pertama terbuka anda akan melihat sebuah screen TV pada layar batin. Cahaya tersebut berupa kilatan cahaya yang amat cerah dan memancar. Warnanya tidak dapat anda jelaskan dengan kata – kata. Semakin cerah dan jelas cahaya tersebut, menandakan semakin terbuka luaslah hijab batin. Ini merupakan proses pertama untuk memecahkan hijab yang menutupi mata batin.

Kesannya :












1.Ada kes yang saya lihat pelajar terlompat-lompat akibat renjatan eletrik bio yang di hasilkan oleh latihan ini namun begitu terpancar aura kegembiraan pada wajah mereka.
2.Bahagian dua alis mata anda terasa seperti ada sebuah tekanan.
3.Terasa seperti ada bunyi sebuah letupan di bahagian otak anda, akibat pemecahan hijap yang berlaku.
4.Kepala anda seperti ada gerakan seperti terkejut ( ini menunjukkan ada regangan dalam minda anda),
5.Melihat seperti ada “pancaran bunga api di malam merdeka”.
6.Ada juga yang menangis teresak esak melihat kalimah suci dalam bentuk subliminal ini terjadi pada peserta tri tunggal wanita kami .
Ini adalah sebahagian pengalaman para peserta kursus Kuasa minda bawah sedar anda. P/s Mohon peserta hubungi saya jika ada pengalaman yang baru yang anda alami aura_menjaro@yahoo.com.

Pada pemecahan lapisan hijab energy yang kedua, para peserta akan melihat cahaya yang berwarna_warni. Ini melambangkan bahawa Rb energy telah bersatu dengan energy yang “bersifat kerja” contoh energy berwarna “merah” merupakan sebuah energy yang bersifat panas dan memusnahkan. Dalam layar batin anda melihat cahaya merah, ini menunjukan energy yang bersifat keberanian mula muncul dalam diri anda.

Apa yang menjadi masaalahnya_ anda dilarang “mengambil tugas” energy Rb dengan membayangkan “cahaya merah” ini merupakan kesalahan yang sangat besar. Sebab “Energy Rb” bersifat “kerendahan diri dan sopan santun ( pencerminan sifat Allah Al Halim )” bukan dengan keegoan. Biarlah energy ini mentajalikan sifatnya secara semulajadi. Allah tahu apa yang terbaik untuk anda. Jadi tidak perlu menunjukkan ego anda dihadapan Allah dengan mengatur urusannya mengikut keinginan anda. Biarkan anda melihat sahaja segala perubahan energy berlaku mengikut kehendaknya. Tugas anda hanyalah menjalankan “syariat” bukan meletakkan makrifat sebagai “ Penghargaan”

Saya teringat sebuah kisah yang di ceritakan oleh seorang pelajar saya tentang bagaimana seorang guru mencapai pencerahan jiwa “ guru tersebut telah mempelajari sebuah ilmu kerohanian dengan ratusan guru kebatinan. Semua ilmu yang di pelajari tidak memberi hasil yang memuaskan. Sehingga guru tersebut merasa sangat kecewa. Beliau mengatakan semua ilmu kerohanian ini adalah penipu gurunya juga penipu. Beliau melepaskan semua keinginan untuk mempelajari dengan sangat kecewa, selepas itu beliau memperolehi pencerahan yang sangat luar biasa ” Melepas segala keinginan merupakan cara yang terbaik untuk melepaskan kekecewaan dari pembelajaran. Itu adalah hambatan bagi sebuah pencapaian pencerahan. Ikhlas dan pasrah

Selanjutnya lepaskan segala keinginan anda. Pasrah dengan ikhlas sehingga anda menuju pada pembukaan hijab yang seterusnya. Fasa seterusnya anda akan melihat “Alam haiwan” pada dimensi yang keempat.....”Alam makhluk” yang aneh ( sifat manusia yang bercampur ) yang sangat menyeramkan pada dimensi seterusnya....... “Alam pemandangan” dan “Alam kekosongan” pada lapisan berikutnya. ( saya akan jelaskan dengan lebih mendalam di artikal selanjutnya )

Selepas pembukaan hijab anda melihat_ seterusnya anda merasakan_ seterusnya anda akan beralih perpindahan alam_ “fasa Meraga sukma” atau “perjalanan Astral”. Pada tingkatan ini kami akan membimbing anda melalui program khas “Pengembaraan Spiritual” secara intensif. Bagi pelajar yang telah mengikuti bimbingan khas pengembaraan spiritual sila anchor pengalaman anda dengan “ Yasin ayat 85 ”. Minta di hafal dalam bentuk photograf. Visual mempunyai kesan yang lebih baik dalam “anchor”. Lihat anchor dalam laman tentang “hypnosis anchor sistem”. Saya ada beri contoh dalam bentuk video.

Perkara yang paling penting dalam mengamalkan Ilmu Renjatan Bawahan ini adalah melupuskan segala keinginan anda. Keinginan merupakan “sebuah energy” yang mengiringi energy Rb untuk memperlambatkan proses pencapaian kerohanian anda. Bagaimana energy “keinginan” memperlambatkan proses pencapaian rohani anda? Energy keinginan merupakan energy kasar yang sangat berat. Bila berat, energy ini tidak sesuai untuk proses kerohanian, energy ini lebih sesuai dengan fizikal. Keinginan sangat sesuai disulami dengan gerakan fizikal.

Pada tahun bulan mei 1998, berlaku kegawatan ekonomi yang sangat parah menyebabkan Kohar kehilangan perniagaan dan segala-galanya. Kohar mengambil keputusan yang sangat drastik iaitu melakukan kepasrahan secara total kepada Allah. Kohar melakukan istikosah robubiah, mendekatkan diri kepada Allah. Melakukan khalwat menyepikan diri di Gunung Ledang. Berbekalkan ilmu kerohanian kohar mengamalkan amalan kerohanian untuk memperoleh kesaktian agar beliau dapat bangkit kembali dari musibah yang besar ini.

Pada suatu malam sedang beliau khusyuk melakukan amalan yang beliau perolehi dari “kursus minda bawah sedar” . Beliau melakukan amalan tersebut sambil mengikuti alunan zikir munajat Al Rumi ( juga boleh dibeli dalam kursus tersebut) . Tiba- tiba tape –recodernya jatuh dan rosak. Rupa-rupanya daerah gunung ledang ini mempunyai tikus yang sangat banyak.
“ wah ini dah melampau ni” bisik hati Kohar lagi. Aku harus melakukan sesuatu, sejak saat itu Kohar mula memelihara seekor kucing. Sekarang ini kohar boleh hidup dengan tenang tanpa gangguan tikus lagi_ sambil meneruskan amalan kerohanian. Kohar merasa sangat terhutang budi kepada kucingnya.

Dia sangat sayang pada kucing tersebut.
Pada suatu hari seorang petani datang untuk meminta nasihat kerohanian daripada kohar. Petani tersebut datang sambil membawa sedikit susu untuk kucing yang berjasa kepada kohar. Melihat perbuatan petani tersebut terfikir pula Kohar untuk memberi sebuah penghargaan kepada kucing yang telah banyak berjasa kepadanya. “ setidaknya aku harus memberi susu untuk kucing kesayangan ku ini” bisik Kohar didalam hatinya. Tapi bagai mana aku harus ke kedai setiap hari untuk membeli susu... Kohar mendapat satu idea iaitu dengan membeli seekor lembu beliau akan mendapat susu yang cukup untuk keperluan kucingnya. Sejak hari itu kohar memulakan amalan kerohanian tanpa ada gangguan dari tikus dan dalam masa yang sama Kohar mendapatkan bekalan susu dari lembunya.

Bila ada lembu mesti memerlukan makanan. Dari membeli makanan di kedai haiwan lebih baik menanam jagung untuk keperluan dan makanan untuk “Si Jongol” nama timangan lembu kesayangan Kohar tersebut.Bercucuk tanam selama beberapa bulan menyebabkan Kohar menjadi kelelahan. “ wah kalau ada isterikan bagus_ boleh jaga aku dan picit aku jika aku lelah dan penat”.
Akhirnya Kohar berkahwin dengan seorang Janda yang masih muda dari perkampungan di kaki Gunung Ledang.

Nah namanya isteri_ ya ada saja keinginannya yang diminta. “ jiran mempunyai kerusi set, kita masih lagi begini..? Hari ini Tv, besok dapur gas, lusa motor. Keinginan semakin bertambah dan Gunung Ledang sudah tidak mampu memenuhi keinginan-keinginan tersebut. Kohar harus keluar mencari pekerjaan di Kota Besar. Namanya keinginan _ yang satu belum selesai, keinginan lain pula muncul.
Kohar mula lupa tujuan asal beliau ke Gunung Ledang.untuk melepaskan urusan Dunia semuanya itu gara- gara SEEKOR TIKUS SAHAJA.