Histeria


Histeria bermula apabila seseorang itu memendam tekanan perasaan yang berpanjangan sehinggalah pada suatu ketika, tekanan itu tidak mampu lagi dipendam dalam hati dan melebihi had yang mampu ditanggung perasaannya. Histeria jika dilihat dari sudut pandang minda bawah sedar merupakan sebuah energy. Tekanan yang berlebihan melampaui dari apa yang mampu ditanggung oleh seseorang itu harus di lepaskan dengan cara yang wajar. Jika tidak dilepaskan energy tersebut akan mencari “out let” atau pelepasan secara yang tidak wajar. Kesanya adalah histeria. Histeria merupakan kesan dari pelepasan energy yang selama ini tersimpan di alam bawah sedar anda.

Peristiwa yang berlaku sebelum histeria, hanyalah sebuah alat untuk memicu energy tersebut keluar. Apa yang berlaku pada hari ini mereka hanya merawat kesan dari energy tersebut ( Histeria ). Kita tidak merawat punca dari histeria tersebut, kita tidak merawat wadah atau tempat punca energy histeria tersebut bertindak balas dengan persekitaran. Maka kita gagal merawat dengan holistic ( Keseluruhan ). Hasilnya Histeria datang lagi setelah rawatan diberikan


tekanan, ganguan makluk halus, ketakutan, kemarahan, pengetahuan atau sejarah kawasan yang anda tahu adanya histeria dan kegelisahan, memasuki wilayah pengetahuan dalam minda anda. Maklumat tersebut akan tersimpan pada folder conscious mind untuk di salurkan sebagai sebuah tindakan.


Conscious mind ( minda sedar ) hanya tunggu dan lihat sahaja dan belum membuat sebarang keputusan untuk bertindak.Bila berlakunya jeritan, tangisan, kejutan ( sebuah tindakan yang melibatkan emosi) RAS akan terbuka lihat gambar rajah di atas. Dengan terbukanya RAS tersebut akan menyebabkan semua maklumat tersebut memasuki Sub Conscious mind (minda bawah sedar ).


Pada Sub Conscious mind ini terletaknya super Conscious mind ( kesedaran spiritual ) merupakan potensi diri manusia. Potensi diri manusia merupakan nilai-nilai kemuliaan dan kehebatan diri ( cerminan dari sifat ilahi { Asmaul Husna } ) anda telah tertutup. akibat kemasukan energy histeria yang saya sebutkan di atas tadi.


Energy histeria merupakan himpunan beberapa sifat energy yang telah saya tuliskan di atas. Energy tersebut memasuki minda bawah sedar anda melalui saluran RAS juga dikenali suis sebagai hubungan antara minda sedar dan minda bawah sedar. Kenapa energy ini boleh masuk dan mendarat pada satu bahagian minda yang sangat penting ini.? Adalah kerana pintu RAS sudah terbuka lebar akibat dari persekitaran yang terbentuk oleh emosi.


Contoh permainan emosi:

Dalam sebuah majlis taklim di Surau Kampung kuala bekah, saya telah ditugaskan untuk berkongsi ilmu, peserta terdiri dari berbagai lapisan masyarakat yang mempunyai latar belakang pendidikan yang berbeza. Pada Setiap majlis taklim yang saya mengajar saya akan menggunakan pendekatan mesra pelajar. Saya menggunakan teknik NLP “2 way communication”. Dalam teknik ini saya akan mengajar dalam bentuk, membuka dan menerima pertanyaan dari pelajar saya. Sebarang pertanyaan akan saya jawab jika saya tahu, jika saya tidak dapat menjawab pertanyaan mereka.


Saya menyimpan soalan mereka dan saya akan mencari jawapanya kemudian hari. Dengan menggunakan pendekatan ini secara tidak sedar saya telah menambahkan ilmu pengetahuan saya. Apa yang berlaku pada majlis taklim yang saya mengajar, adalah pelajar A akan bertanya saya, belum habis soalan itu saya jawab , pelajar B pula bertanya, seterusnya pelajar C, D dan E akan bertanya.


Seterusnya akan berlaku pertanyaan demi pertanyaan tidak ada hentinya, jika saya tidak “locking” minda pelajar saya pasti pertanyaan itu akan berterusan.

Pertanyaan demi pertanyaan ini muncul apabila berlakunya rangsangan yang saya berikan kepada minda pelajar saya. Ini akan menciptakan suasana mesra antara saya dan pelajar, Mesra merupakan salah satu sifat emosi. Emosi merupakan sebuah kunci untuk membuka alam bawah sedar seseorang.


Setiap pertanyaan harus bersifat emosional bukan intellectual.

Misalnya jika kita bertanya orang “kenapa (why) anda jadi begini”.? Ini pertanyaan bersifat intellectual untuk merangsang minda seseorang berfikir beta. Tapi jika bertanya berbunyi “Bagaimana (how) anda jadi begini”? Ini akan membuat emosi seseorang akan terangsang dan membuka gerbang alam bawah sedar seseorang. Ini merupakan kalimat sakti yang digunakan oleh pakar hypnotherapy termasuk saya dalam merawat hysteria.


Pertanyaan demi pertanyaan muncul dari pelajar saya kerana saya telah menciptakan mesra sebagai sebuah emosi untuk merangsang mereka. Begitu juga dengan fenomena Histeria ini berlaku akibat dari rangsangan yang tercipta secara semulajadi akibat pelepasan emosional. Seorang pelajar menjerit akan menciptakan terkejut, ketakutan,panik ini merupakan sebuah sifat emosi. Maka segala meklumat ini akan masuk dalam minda menjadi sebuah tindakan. Maka berterusan sehingga mencapat ratusan orang yang terkena histeria. Kita harus “locking” minda mereka dari menerima emosi tersebut. Syaitan juga memanfaatkan emosi manusia sebagai sebuah alat untuk mempengaruhi minda bawah sedar dan seterusnya menjadikan ia sebagai sebuah budak suruhanya.


Apabila energy yang saya sebutkan di atas memasuki minda bawah sedar pesakit.Akan mencipta kan sesuatu kurungan yang mengurung potensi diri didalam minda bawah sedarnya sendiri. Ianya akan mendorong manusia bertindak dengan lebih agrasif dan hasil akhirnya adalah histeria. Kurungan ini akan menciptakan pelepasan emosi oleh pesakit dorongan dari energy histeria. Sedangankan dorongan yang bersumber dari potensi diri masih terkurung.

Potensi diri harus di lepaskan dari kurungan energy histeria , agar dia dapat bertindak dengan fitrah fitrah yang menjadi cerminan dari Allah. Proses melepaskan potensi diri dari ikatan energy histeria merupakan proses yang saya gunakan dalam rawatan histeria. Dengan cara memusnahkan pelindung potensi diri manusia (tekanan, makluk halus, ketakutan,kegelisahan, sejarah dan kemarahan.) dari menutupi potensi diri.


Histeria sememangnya menimbulkan misteri yang amat membingungkan di kalangan masyarakat terutama tatkala memikirkan sama ada ia sekadar gangguan psikologi biasa atau membabitkan pengaruh unsur mistik dan makhluk ghaib. Bagi saya yang sering berhadapan dan merawat pesakit histeria, terutama yang berlaku di sekolah, pusat hiburan dan ada juga di klass motivasi terutama yang melibatkan penggunaan emosi yang melampaui dari kemampuan pelajar.


Penyakit histeria ada hubungan dengan dunia ghaib. Dunia ghaib hanya berperanan sepuluh peratus berbandingkan dengan psikologi yang mewakili lapan puluh peratus dan sepuluh peratus lagi masih menjadi rahsia minda terutama dalam menciptakan halusinasi yang luar dari kawalan minda sedar dan minda bawah sedar. Seolah olah ada satu kuasa yang mempunyai kepintaran mengatur setiap kejadian dalam minda kita. Tanpa merujuk kepada persetujuan minda sedar. Inilah fungsi otak ketiga yang masih menjadi misteri alam yang tidak mampu dijelajahi oleh kemampuan fikiran manusia.


Ada beberapa pandangan ahli kaji minda yang mengatakan fungsi otak yang ketiga inilah wakaf atau wadah yang diduduki oleh entity atau sebuah kecerdasan luar yang kita tidak ketahui ada yang menamakanya makluk halus dan ada juga yang menamakanya Atma..Apabila kita melakukan solat ( dalam sujud) wadah ini terisi dengan energy. positif atau nagetif energy tersebut bergantung pada persepsi atau paradikma yang kita ciptakan sendiri “ aku seperti persepsi apa yang di sangkakan hamba ku” Al Quran.


Inilah persepsi yang menutupi potensi diri manusia. Baik potensi yang bersifat kesembuhan maupun potensi yang berkiblatkan kehidupan, potensi adalah potensi penggunaanya sahaja yang menyebabkan kita mengenali kebaikan atau keburukan. Diri sendiri yang boleh mengendalikan makluk halus yang ada dalam diri anda jika potensi dalam diri anda terbangun. Apakah potensi tersebut?. Anda pelajari jika anda berfikiran terbuka untuk menerima pembaharuan. Berani menerima perubahan diri sila daftar kursus kekuatan minda bawah sedar anda. Kami memberikan sebuah pengalaman yang tidak dapat anda ucapkan melalui kata kata hanyalah melalui perjalanan spiritual yang ada dalam diri anda. Perjalanan kedalam diri anda sendiri.


INFO: Histeria & psikologi

· Histeria dari sudut kesihatan psikologi ditakrifkan sebagai gangguan kesihatan di mana tahap kesedaran orang yang terbabit berubah dan dia tidak ingat apa yang berlaku. Mangsa menunjukkan perilaku, emosi dan pemikiran yang tidak normal.

· Berjangkitnya histeria ke khalayak ramai kerana golongan itu memiliki banyak persamaan seperti corak tekanan sama, contoh murid sekolah dan pekerja kilang; usia sebaya; lazimnya sama jantina. Media massa yang menggembar-gemburkan peristiwa histeria juga turut meningkatkan berlakunya gangguan ini apabila ia turut mempengaruhi tanggapan masyarakat.

· Fenomena histeria adalah kesan dari tekanan perasaan dan konflik emosi yang tidak terkawal. Mangsa tidak sedar apa yang berlaku tetapi dengan bantuan dan sokongan moral serta galakkan untuk kembali memuhasabah diri secara lebih realistik dan pragmatik, lazimnya mangsa akan beransur pulih.

· Jika terdapat tanda keresahan dan kemurungan, ubatan bagi mengawal tanda itu boleh membantu dan mempercepatkan proses pemulihan serta mencegah berulangnya kejadian histeria. Walau apa pun yang diusahakan, tawakal kepada Allah SWT sahajalah yang akhirnya dapat menentukan segala-galanya.

Dari sudut unsur ghaib

  • Berbeza dengan saka, santau atau sihir, histeria disebabkan makhluk halus yang tidak bertuan. Kebiasaannya makhluk itu merasuk mangsa bagi membalas perbuatan mangsa yang mengganggu atau merosakkan kediaman mereka seperti di pandang atau hutan.
  • Jin atau makhluk halus ini merasuk dan mengganggu minda mangsa sehingga menyebabkan mangsa tidak sedar apa yang berlaku dan hilang kawalan diri.
  • Jenis tekanan yang boleh mencetuskan histeria adalah bimbang keterlaluan (contohnya pelajar yang ingin mengambil peperiksaan); ketegangan terlampau yang tidak diluahkan (mangsa memendam tekanan dan perasaan marah tanpa diluahkan, contohnya mangsa buli atau teraniaya); menghadapi tekanan dalam keluarga yang berpecah belah dan berkonflik sehingga hidup tidak tenang; tekanan tempat kerja; tekanan dalam rumah tangga.
  • Mereka yang memiliki kekuatan tenaga dalam, kekuatan minda bawah sedar, kerohanian jarang histeria.
  • Bayi atau kanak-kanak turut histeria tapi mereka hanya meraung ketakutan dan jari mungkin menunjuk ke arah suatu arah.

Petua Apabila berhadapan dengan histeria:

1. Asingkan pesakit daripada orang ramai.

2. Azankan di telinga pesakit.

3. Al-Fatihah, ayat 11

5 hingga 116 dari surah al-Mukminun, ayat tiga qul dan tiupkan di telinga dan muka pesakit; jika ada air Yaasin, sapu atau semburkan ke muka pesakit.

4. Ajarlah pesakit mengucap selepas sedar dari histeria.

5. Jangan sesekali anda menguji kesedaran pesakit dengan menyuruh dia mengucap. jika tidak dapat mengucap, maknanya jin itu masih merasuknya. Biasanya orang baru kembali dari trance histeria masih bingung untuk mengucap, melainkan anda mengajarnya. Anda lihat anak mata pesakit jika ada lengkungan putih pada pupil mata .Ini menunjukan bahawa mangsa telah sedar. Lihat juga respon pesakit pada jari anda ini dapat anda mengukur tahap kesedaran pesakit yang anda rawat.

Latihan Agar anda kebal histeria

Histeria berlaku dalam wilayah Alpha dan Theta maka latih minda anda, fizikal dan rohani berada pada gelombang Beta.

1.Duduk dengan santai dan nyaman, anda boleh bersila atau di atas kerusi.

2.Ucapkan dalam hati untuk mengarah semua (mind,body dan sprit ) makanisma dalam diri anda bekerja serentak,

“Ya allah saat ini, setiap kali saya bergerak dan menyebut nama mu saya semakin sihat, segar bugar sihat walafiat ulangi setiap 5 min“

3.Tangan kanan

anda menggengam. Sambil menumbuk lembut paha anda. Dalam masa yang sama tangan kiri anda dibuka sambil menggosok paha anda. Lakukan latihan ini berterusan, maknanya tangan kanan menumbuk paha dan tangan kiri menggosok paha.

4.Kemudian bergantian tangan kiri menumbuk paha, tangan kanan menggosok paha. Lakukan dengan kecepatan yang tinggi selama 30 minit dan saling bergantian.

5.Semua gerakan ini dilakukan bersamaan dalam hati anda mengucapkan subhanllah sebanyak mungkin. Kalimah yang mulia ini mempunyai pencerminan kesucian hati anda.


Latihan yang luar biasa ini saya pelajari
dari guru silat saya. Almarhum Ustad Hanafi silat cekak, semoga allah mencucuri rahmad kepada beliau Al Fatihah. Beliau mengatakan latihan ini akan membuat saya semakin peka pada gerakan, semakin cepat pergerakan kaki dan kanan.penggunaan organ bahagian kiri dan kanan begitu juga otak kiri dan kanan semakin efektif.

Latihan yang sederhana ini akan mambuat

1.Otak kiri dan kanan anda bekerja dengan lebih bagus.

2.Menghilangkan penyakit latah dan terkejut.

3.Kewaspadaan anda semakin meningkat.

4.Sentiasa membina otak dalam gelombang beta.

5.Jika terasa histeria cepat-cepat anda gunakan kaedah ini. Insyaallah anda pasti berada pada gelombang minda waspada dan terpelihara dari histeria.

6.Menghilangkan tekanan dengan sekejap.