minda & Hazrat Inayat Khan


-->
Consciously or unconsciously every being is capable of healing himself or others.This instinct is inborn in insects, birds, and beast, as well as in man. All these find their own medicine and heal themselves and each other in various ways.

(Hazrat Inayat Khan)
Hazrat Inayat Khan (1882-1927) adalah seorang sufi sejati. Semasa hidupnya yang begitu singkat, beliau tidak sahaja berbicara tentang kerohanian tapi juga berbicara tentang fizikal. Pandangan beliau dunia dan ukrowiah (akhirat) sesuatu pekara yang tidak dapat di pisahkan. Spiritual adalah merangkumi kedua aspek kehidupan.


Inilah sebabnya mengapa beliau berbicara tentang healing, tentang kesembuhan. Takrif Kesembuhan yang beliau bicarakan adalah luas. Tidak hanya sebatas fizikal semata-mata.Keliaran fikiran adalah penyakit, emosi yang bergelora juga penyakit, keinginan yang tak kunjung habis juga penyakit, keserkahan juga penyakit, keangkuhan juga penyakit, aklak yang buruk juga penyakit, kesombongan, ego juga penyakit maknanya pengendalian diri yang tidak sempurna adalah penyakit yang kita tidak sedar. Penyakit-penyakit ini sering berkaitan antara satu sama lain. Fizikal dapat mempengaruhi fikiran. Begitulah sebaliknya fikiran juga dapat mempengaruhi fizikal.Kesihatan haruslah bersifat holistic dan menyeluruh. Tidak cukup memahami punca penyakit Kita juga harus mempelajari cara-cara perlaksanaan penyembuhan yang di jalankan.Jika kita memahami ini barulah kita dapat menyelami makna kesembuhan. Tidak semestinya dari luar tapi juga dari dalam diri kita sendiri.

Manusia dan haiwan, sampai lah keserangga dan semut memiliki kemampuan “penyembuhan”. Manusia juga memiliki kemampuan kesembuhan utk diri sendiri dan orang lain.Hanyalah kita tidak sedar akan kemampuan potensi diri kita sendiri.Kali ini menjaro mengajak anda mengenali erti kesihatan melalui nasihat beliau.Mengenal erti kesihatan bererti memberi makna kepada kehidupan.

Ilnes is an inharmony, either physical in harmony, the one acts upon the other.
Sejenak Bersama…… Hazrat Inayat Khan

Ketidak selarasan, ketidak serasian_ itu lah penyakit. Ketidak selarasan, ketidak serasian boleh bersifat fizikal, boleh juga bersifat mental. Demikian pendapat Hazrat Inayat Khan, tokoh sufi ter sohor yang berjaya mempopularkan nilai-nilai sufi di Barat.

Fizikal dan Mind ( kumpulan fikiran atau thoughts). Tidak dapat di pisahkan. Apa yang terjadi pada mind dapat menyebabkan keluhan pada lapisan fizikal.Sebaliknya pengalaman-pengalaman fizikal dapat menggelisahkan mind. Dua lapisan kesedaran ini berbeza tapi tidak terpisah.

Ilmu perubatan moden sekarang sudah dapat menerima bahawa 70% penyakit sekarang adalah di sebabkan mind (fikiran). Stres yang berlebihan tanpa di imbangi dengan relex (ketenangan) yang cukup. Ilmu perubatan moden sudah dapat menerima bahawa relex yang cukup dapat menunjang pada therapy yang mereka berikan. Bahkan fikiran yang tenang dan emosi yang tidak bergelodak dapat menjaga kesihatan dan dapat pula menghindari adan dari penyakit. Demikianlah kesan mind terhadap fizikal kita.

Sebaliknya fizikal dapat mempengaruhi mind kita. Kerana kepanasan dan kegerahan, anda menjadi gelisah . Dalam kegelisahan itu anda akan kehilangan keseimbangan,keselarasan dan keserasian. Anda marah-marah. Salah atau tidak anda akan mengomel pembantu anda, pasangan anda atau anak-anak anda. Fizikal dan mind merupakan dua lapisan kesedaran yang berbeza tetapi tidak dapat di pisahkan. Dapat di satukan dengan nafas. Dan apabila kita bicara tentang nafas, sebenarnya kita bicara tentang energy, tentang Life force_ Tenaga Kehidupan.


…….the lack of prana, or life, or energy means weakness.
Sejenak Bersama…… Hazrat Inayat Khan

Prana atau energy atau tenaga kehidupan bukanlah sesuatu yang dapat berdiri sendiri. Fizikal badan kita _dan mind kita atau lapisan kesedaran fizikal, mental juga tidak dapat berdiri dengan sendirinya. Prana, fizikal dam mental kita merupakan tri_ Tunggal. Tiga tapi satu adanya. Anda tidak boleh berbadan tanpa nafas.Anda tidak boleh berfikir tanpa nafas.Sebaliknya anda tidak boleh bernafas tanpa badan dan anda juga tidak boleh bernafas tanpa ada urusanya dengan fikiran….(Sedar atau bawah sedar bukan persoalan tapi yang penting penggunaan fikiran secara umum). Mereka yang tidak faham betul tentang kinerja ketiga unsur dalam diri manusia ini. Mereka mengolah lapisan – lapisan ini secara terpisah. Tidak mungkin dan tidak boleh. Kerana, lapisan-lapisan ini memang tidak dapat di pisahkan.

Saya sangat sependapat dengan Hazrat Inayah Khan: yang di perlukan ialah keselarasan dan keserasian ketiga unsur keperibadian kita.Pertama sekali kita harus berupaya untuk menyelaraskan fizikal, energy dan mind kita. Kalau sudah selaras baru menyelaraskan keperibadian kita yang sudah selaras itu dengan alam sekitar kita.

Latihan –latihan pernafasan yang sangat mudah dapat menyelaraskan lapisan-lapisan kesedaran dalam diri kita. Misalnya latihan pernafasan getaran Khusus yang kami gunakan dalam program Aura Therapy 1.
Tidak perlu latihan-latihan pernafasan yang berat. Yang sederhana ini pun cukup bermanfaat. Namun apa bila anda ingin menyelam pada lapisan yang lebih mendalam.Masiih banyak latihan – latihan yang lainya untuk anda amalkan.

…..the harmony of the body and the mind depends upon one’s external life, the food one eats, the one lives, the people one meets, the one does, the climate in which one lives.
Sejenak Bersama…… Hazrat Inayat Khan.

Masih banyak factor eksternal, di luar diri kita yang akan menentukan, sampai berapa lamakah kita dapat mempertahankan “ keselarasan” yang kita capai melalui latihan. Latihan – latihan pernafasan atau latihan apa pun tidak akan bermanfaat sama sekali. Apa bila tidak selari dengan pola kehidupan kita.

MAKANAN
……There are foods of theree kinds: Satva, which gives nourishemen with calm and pease; Rajas which stimulus to work and more about; and Tamas which gives sleep, laziness and confusion…..

Hazrat Inayat Khan mengakui bahawa makanan terbahagi kepada tiga bahagian utama. Makanan yang menenangkan fikiran. Kedua makanan yang membuat kita hiperaktif. Ketiga makanan yang menggelisahkan kita.

Makanan yang menenangkan fikiran adalah seperti sayur yang tidak di masak lama, hanya di celur sebentar sahaja. Misalnya gado-gado, salat, ulam-ulaman, masakan yang ditumis sebentar.Nasi,roti, kekacang kecuali kacang merah, dan hampir kesemua buah-buahan , tahu dan tempe ( makanan tradisi masyarakat Jawa). Susu atau produk susu dalam jumlah kurang 250 cc termasuk juga dalam kumpulan ini.

Makanan yang membuat kita hiperaktif seperti daging Ayam, ikan, sayur-sayuran yang di masak terlalu lama dan di goreng dengan khadar minyak yang banyak, kacang merah, bawang (termasuk, jering petai dan rokok dan makanan yang makruh), buah-buahan dalam tin dan yang tidak segar dan susu serta produk susu yang yang melebihi 250 cc termasuk dalam kumpulan ini.

Makanan yang membuat kita gelisah seperti daging yang berwarna merah misalnya lembu, kerbau, kambing, ikan aya (dalam lorat Terengganu / ikan tongkol) ikan Patin, rempah ratus yang berlebihan makanan yang terlalu manis dan terlalu pedas.
Sebagai seorang Healer atau Ahli Therapy khususnya pelajar di Menjaro, seboleh-boleh nya hindarilah memakan makanan di kelompok ketiga tapi tidak di wajibkan_ Cuma di sarankan (jangan salah faham). Jika anda keberatan atau harus juga makan daging, makanlah daging ayam atau ikan. Namun untuk memperolehi keseimbangan saya anjurkan.

Seminggu 2 kali berpuasa sunah.
Seminggu 2 kali makanlah sayur-sayuran sepanjang hari. Diet kupulan pertama.
Seminggu 2 kali makanlah buah-buahan sepanjang hari. Tidak memakan nasi sepanjang hari. Jangan takut anda tidak akan mati…insyaallah.
Apabila anda melakukan diet diatas insyaallah kesihatan anda akan terjamin.

Hazrat Inayat Khan sangat menganjurkan diet vegetarian……Artikal ini hanya sebagai panduan kesihatan dan spritual semata-mata, anda harus berkiblatkan saranan Al Quran dan Hadis sebagai rujukan sebelum anda membuat apa-apa keputusan....


There are two tings which speak against flesh-eating, one thing is the meat, as a substance, hinders spiritual progress, and the other is that the
unkindness towards the animals is a breach of moral law.




Only Personal coaching


Kursus : Hypnosis  (personal coaching )
Lokasi : Blok F Aparment Idaman, FG 12
Damansara Damai
Sg Buluh Kuala Lumpur.
Tarikh: 24.November.2010
Masa:  9.00 Malam  


P/s: Bonus Menggunakan teknik mind to comunication
Non Verbal Induction, Alpha Point dan Zero Point Energy









Kursus : Rawatan Mistik dan The Power of Ibu Amalan
akan di adakan
Lokasi : Sandakan Sabah

Pada 3.12.2010

Kursus : Membuka Mata ketiga ( Terawangan )
akan di adakan
Lokasi : Sandakan Sabah

Pada 4.12.2010

Kursus : Hypnotherapy & Mind Power
akan di adakan
Lokasi : Sandakan Sabah

Pada 5.12.2010

Kursus : Aura Bidadari & Tenaga Dalam Nur 9
akan di adakan
Lokasi : Sandakan Sabah

Pada 6.12.2010

masa: 9.00am_5.00pm
Event Organizer CIKGU KAMAL
0138888768
Yuran Kursus : On Call
Termasuk Manual dan Sijil sebarang pertanyaan sila hubungi
aura_menjaro@yahoo.com



( sila buat Pendaftaran Kursus dahulu untuk pengesahan tempat terima kasih Dari Event Organizer )