Mendapatkan Jodoh

Mendapatkan Jodoh
Biasanya apabila selesai saya mengendalikan kursus Aura Therapy, Saya akan dikelilingi oleh beberapa orang yang dari petang menunggu saya untuk menerima rawatan. terutama apabila saya tamat mengajar dalam kursus .Pesakit datang dari dalam dan luar kota ini membawa harapan dan berbagai jenis penyakit untuk saya rawat. Sebagai seorang manusia biasa saya hanya mampu berikhtiar dan selebihnya saya serahkan kepada Sang Maha Penyembuh untuk memberi keizinanya.

Mendapat Pasangan hidup, penyakit misteri dan masaalah rumahtangga merupakan pekara yang mendapat kedudukan yang paling tinggi untuk saya selesaikan.

Dengarkan keluhan mereka _

”Dulu suami saya sayang kepada saya,sekarang benci. Tolonglah, akak nak tambah kasih sayang suami kepadaku.Seperti mula-mula kahwin dulu.” Tanpa nama.

”Dulu masa “susah” kita bersama, tapi kenapa sekarang bila dah mula “senang” kau mula nak kahwin lagi. Apa yang aku korbankan selama ini hanyalah sia-sia. Aku tidak dihargai lagi”.Mawar berduri dari Kg Serada Kuala Terengganu

”Suami aku pantang tengok perempuan berdahi licin, mulalah “ulat bulu naik daun”(curang). Suamiku, apa kekuranganku sehingga kau tergamak curang kepadaku?”.Suriati dari Sg Tua

”Suamiku kasihanilah aku, aku tidak rela dimadu. Kau milik aku seorang, aku sudah mengalami susah senang dalam kehidupan ini bersamamu.” Azizah bt Sultan Gani Transfar Road Penang

“Kenapa fikiran aku selalu berserabut?Tengok muka suami mula naik serabut dan nak marah tak tentu pasal (benci terhadap suami).” Isteri tersihir Puan Putri

Berlainan pula keluhan dari mereka _

“Jantan jahanam. Habis ‘wang ringgit dan kehormatanku ‘kau kebas”. Sekarang kau nak melarikan diri. Dasar jantan tak nak bertanggungjawab.” Ayu Upm

”Berkawan sudah lama,selalu putus ditengah jalan. Si Abang mahu, aku pula tak nak,aku berkenan,Si Abang pula tak mahu... nasib - nasib.” Mastura Pasir Gudang.

”Aku ni cantik sekali,tapi kenapa tidak ada orang yang meminang. Aku kurang diberi perhatian oleh kaum pria. “ Pelaris dan Pemanis Diri”.
Hidupku sentiasa ada penghalang dalam bercinta.”
Jujun Indramayu Kuala Selangor.

”Sudah lama aku mencintainya, tapi kenapa kau buat-buat tak layan je.”Cinta tidak berbalas”. Kak Normadiah Halimatun.

Masih banyak lagi keluhan yang hampir sama nada mereka dengan apa yang saya tulis diatas. Menurut pengalaman saya kaedah rawatan yang amat sesuai dengan keluhan diatas lebih “cepat” jika anda menggunakan metode kebatinan, kerohanian atau tradisional(Aura Bidadari merupakan salah satu metode energy yang saya sebutkan di atas ). Ini disebabkan metode tersebut menggunakan energy yang sangat halus iaitu energy “batin ilahiah”.

Energy kebatinan adalah energy yang mempunyai getaran dan gelombang yang “paling rapat” dengan “Tubuh Astral”. Sedangkan jika anda perhatikan keluhan diatas, 90% rangsangan emosi dari tubuh astral mereka. Dalam lapisan tubuh astral inilah manusia mempercepatkan pancaran “aura pesona” dan aura ini berasal pada lapisan tubuh ini. Dengan menambah energy pada tubuh astral dalam “gelombang theta” anda akan melihat hasil yang luarbiasa. Sebab itulah kita melihat paranormal, dukun, bomoh akan melakukan penyatuan jiwa “ kembaran diri pesakit atau orang yang ingin disatukan cinta mereka pada waktu gelombang theta ( 12.45 malam hingga 2.15 pagi )”.

Bagai mana kita dapat selesaikan masaalah yang rumit ini melalui kacamata minda bawah sedar.? Dalam kacamata minda kami mempunyai banyak solusi yang boleh anda gunakan antaranya:

Genius Code merupakan salah satu solusi penyelesaian yang baik untuk masaalah ini. Lihat artikal sebelumnya dari penulis.

Anggukan Universal metode _ Mengisi sumpah janji Asmaul Husna dalam jiwa manusia ( Kursus Kuasa Minda Bawah Sedar ). Dengan mengembangkan 99 sifat mulia, manusia akan memancarkan “Aura Pesona” sepesonanya sifat mulia tersebut.

Repetitive Magic Power_ Memanggil jiwa yang tenang agar kembali kepada fitrah semula jadi.

Sub- Conscious Re- Porgramming_ Pada gelombang Alpha dan Theta.

Menciptakan Servo Mechanism Baru dalam hidup.

Cara menggunakanya akan saya jelaskan dalam siri siri selanjutnya………

Memulangkan Cinta dan Ilmu Pengasih Seseorang

Sekiranya anda menjadi salah seorang mangsa yang terkena ilmu pengasih dari seseorang. Tanda terkena ilmu pengasih dan kiriman jin dari seseorang dapat anda kesan dan lihat melalui tanda-tanda yang saya sertakan di bawah ini antaranya adalah:

1.Merinduinya siang dan malam, rindu yang sangat luar biasa.

2. Terbayang dalam bentuk Visual.

3. Dada terasa berdebar-debar.

4. Lelangit mulut tidak terasa geli.

5. Jari kelingking dan bawah lipatan jari kelingking kaki seperti digigit dan berdarah.

6. Urat belikat terasa berat dan kebas ( Sifat Jin Pengasih adalah bertenggek pada kawasan tersebut )

7. Terasa benci pada pasangan tanpa sebab.

8. Bahagian anak rambut ada pusar berbentuk V ( Tanda mewarisi ilmu pengasih atau jin melalui perjanjian syaitan ( saka ) ).

9. Bermimpi jatuh dari tempat yang tinggi_ tanda ada seseorang menghantar getaran pengasih.

10. Lihat pasangan anda tidur jika menggigit dan menggerakan gigi sehingga berbunyi.

11. Menguap dalam tidur.

12. Terasa seperti ada seseorang yang menindih tubuh anda , kadangkala “koma state” berlaku dalam minda juga terjadi fenomena ini, jadi anda jangan keliru. Tidak semestinya kiriman Ilmu pengasih, kiriman jin juga boleh berlaku sedemikian rupa. .

Ini merupakan sebahagian dari tanda kiriman jin dan ilmu pengasih kepada anda, saya akan tulis dengan lebih jelas dalam ilmu kerohanian ( harap bersabar).Untuk membalikan ilmu pengasih ini anda hendaklah menggunakan kaedah yang kami berikan disini mudah-mudahan berhasil.

Tidur menggunakan tidur sunah.

Bacaan dan petua sunah. ( 4 Khul )

Tiup tapak tangan dan gosok seluruh badan _ terutama 7 liang atau lubang yang berada dalam diri anda.


Tambahan dan petua

Memakai baju dengan cara terbalik.

Jika dalam tidur anda bermimpi ngeri _ terbalikkan bantal dan tepuk bantal 7x untuk memanggil kembali semangat anda yang hilang “akibat diseru atau di puja oleh seseorang” 7x tepuk bantal mewakili 7 pintu nafsu dan semangat, sambil berselawat keatas 7 Nabi.

Meletakkan lebihan air wuduk anda di hujung katil_ Untuk menyerap “ tuju”. Tuju-tuju mempunyai pantangan yang sangat unik_ ia tidak dapat melintas air.

Insyaallah anda akan terpelihara dari sihir dan mengembalikan ilmu seseorang. aura_menjaro@yahoo.com jika anda masih kurang jelas.

Renjatan Bawahan

Ilmu renjatan bawahan merupakan sebuah ilmu atau amalan yang sangat istimewa menjaro. Ilmu renjaran bawahan ( RB ) mendapat istilah dengan cara yang tidak sengaja dalam kursus Kuasa Minda Bawah Sedar yang saya kendalikan bersama Dr Anuar. Pelajar saya mengalami kesukaran untuk menyebut istilah lama yang ( merupakan istilah kuno dalam bahasa melayu pasar ).

Maka salah seorang pelajar menjaro, dengan kemampuan suara hatinya dapat merasakan kesukaran yang saya alami sewaktu menyebut istilah “kuno” tersebut, Renjatan Bawahan merupakan sebuah latihan membangkitkan sebuah energy bio eletrik dalam bentuk renjatan..sejak saat itu secara resminya kami di menjaro menggunakan istilah “Renjatan Bawahan” RB. Jika merujuk pada latihan yang sangat unik ini.

Sejarah
Ilmu Rb merupakan sebuah keilmuan yang sangat kuno dalam aliran tasauf yang diasaskan oleh Gus Arifin Bin Ali Bin Hasan ( Pengasuh Pondok Pesentren Miftahul Huda Bratang Gede Surabaya ), Menurut beliau “aliran tenaga negatif dapat memasuki tubuh manusia melalui empat arah mata angin” kata beliau lagi “syaitan akan mendatangi anak adam melalui arah hadapan, kiri, kanan, dan belakang” dua arah yang tidak dapat didatangi syaitan adalah dari “atas dan bawah” . Menurut beliau lagi “bahagian atas di hubungkan dengan perkara kemuliaan dan di bahagian bawah berkaitan dengan kerendahan diri kita” atas alasan inilah maka kunci kekuatan manusia terletak pada kemuliaan dan kerendahan diri.

Pada kesempatan lain yang dapat saya kutip dari pelajaran beliau “Apa yang Allah jadikan adalah terbaik” Rb merupakan sebuah sistem energy yang sangat hebat untuk memecah hijab energy yang menutupi diri anda. Terutama hijab yang menutupi mata batin anda. Jika energy anda tidak meningkat, akibat ada “block energy” pada sesuatu bahagian, biasanya Latihan Rb ini kami gunakan untuk memicu energy dari point Rb naik pada titik mata batin. Bila energy Rb naik dia akan memecah “hijab energy” yang menutupi mata batin anda.

Latihan rb ini kami buktikan dalam klass dalam masa 10 hingga 20 minit latihan pertama sahaja, hijab mata batin terbuka. Bila hijab lapisan pertama terbuka anda akan melihat sebuah screen TV pada layar batin. Cahaya tersebut berupa kilatan cahaya yang amat cerah dan memancar. Warnanya tidak dapat anda jelaskan dengan kata – kata. Semakin cerah dan jelas cahaya tersebut, menandakan semakin terbuka luaslah hijab batin. Ini merupakan proses pertama untuk memecahkan hijab yang menutupi mata batin.

Kesannya :












1.Ada kes yang saya lihat pelajar terlompat-lompat akibat renjatan eletrik bio yang di hasilkan oleh latihan ini namun begitu terpancar aura kegembiraan pada wajah mereka.
2.Bahagian dua alis mata anda terasa seperti ada sebuah tekanan.
3.Terasa seperti ada bunyi sebuah letupan di bahagian otak anda, akibat pemecahan hijap yang berlaku.
4.Kepala anda seperti ada gerakan seperti terkejut ( ini menunjukkan ada regangan dalam minda anda),
5.Melihat seperti ada “pancaran bunga api di malam merdeka”.
6.Ada juga yang menangis teresak esak melihat kalimah suci dalam bentuk subliminal ini terjadi pada peserta tri tunggal wanita kami .
Ini adalah sebahagian pengalaman para peserta kursus Kuasa minda bawah sedar anda. P/s Mohon peserta hubungi saya jika ada pengalaman yang baru yang anda alami aura_menjaro@yahoo.com.

Pada pemecahan lapisan hijab energy yang kedua, para peserta akan melihat cahaya yang berwarna_warni. Ini melambangkan bahawa Rb energy telah bersatu dengan energy yang “bersifat kerja” contoh energy berwarna “merah” merupakan sebuah energy yang bersifat panas dan memusnahkan. Dalam layar batin anda melihat cahaya merah, ini menunjukan energy yang bersifat keberanian mula muncul dalam diri anda.

Apa yang menjadi masaalahnya_ anda dilarang “mengambil tugas” energy Rb dengan membayangkan “cahaya merah” ini merupakan kesalahan yang sangat besar. Sebab “Energy Rb” bersifat “kerendahan diri dan sopan santun ( pencerminan sifat Allah Al Halim )” bukan dengan keegoan. Biarlah energy ini mentajalikan sifatnya secara semulajadi. Allah tahu apa yang terbaik untuk anda. Jadi tidak perlu menunjukkan ego anda dihadapan Allah dengan mengatur urusannya mengikut keinginan anda. Biarkan anda melihat sahaja segala perubahan energy berlaku mengikut kehendaknya. Tugas anda hanyalah menjalankan “syariat” bukan meletakkan makrifat sebagai “ Penghargaan”

Saya teringat sebuah kisah yang di ceritakan oleh seorang pelajar saya tentang bagaimana seorang guru mencapai pencerahan jiwa “ guru tersebut telah mempelajari sebuah ilmu kerohanian dengan ratusan guru kebatinan. Semua ilmu yang di pelajari tidak memberi hasil yang memuaskan. Sehingga guru tersebut merasa sangat kecewa. Beliau mengatakan semua ilmu kerohanian ini adalah penipu gurunya juga penipu. Beliau melepaskan semua keinginan untuk mempelajari dengan sangat kecewa, selepas itu beliau memperolehi pencerahan yang sangat luar biasa ” Melepas segala keinginan merupakan cara yang terbaik untuk melepaskan kekecewaan dari pembelajaran. Itu adalah hambatan bagi sebuah pencapaian pencerahan. Ikhlas dan pasrah

Selanjutnya lepaskan segala keinginan anda. Pasrah dengan ikhlas sehingga anda menuju pada pembukaan hijab yang seterusnya. Fasa seterusnya anda akan melihat “Alam haiwan” pada dimensi yang keempat.....”Alam makhluk” yang aneh ( sifat manusia yang bercampur ) yang sangat menyeramkan pada dimensi seterusnya....... “Alam pemandangan” dan “Alam kekosongan” pada lapisan berikutnya. ( saya akan jelaskan dengan lebih mendalam di artikal selanjutnya )

Selepas pembukaan hijab anda melihat_ seterusnya anda merasakan_ seterusnya anda akan beralih perpindahan alam_ “fasa Meraga sukma” atau “perjalanan Astral”. Pada tingkatan ini kami akan membimbing anda melalui program khas “Pengembaraan Spiritual” secara intensif. Bagi pelajar yang telah mengikuti bimbingan khas pengembaraan spiritual sila anchor pengalaman anda dengan “ Yasin ayat 85 ”. Minta di hafal dalam bentuk photograf. Visual mempunyai kesan yang lebih baik dalam “anchor”. Lihat anchor dalam laman tentang “hypnosis anchor sistem”. Saya ada beri contoh dalam bentuk video.

Perkara yang paling penting dalam mengamalkan Ilmu Renjatan Bawahan ini adalah melupuskan segala keinginan anda. Keinginan merupakan “sebuah energy” yang mengiringi energy Rb untuk memperlambatkan proses pencapaian kerohanian anda. Bagaimana energy “keinginan” memperlambatkan proses pencapaian rohani anda? Energy keinginan merupakan energy kasar yang sangat berat. Bila berat, energy ini tidak sesuai untuk proses kerohanian, energy ini lebih sesuai dengan fizikal. Keinginan sangat sesuai disulami dengan gerakan fizikal.

Pada tahun bulan mei 1998, berlaku kegawatan ekonomi yang sangat parah menyebabkan Kohar kehilangan perniagaan dan segala-galanya. Kohar mengambil keputusan yang sangat drastik iaitu melakukan kepasrahan secara total kepada Allah. Kohar melakukan istikosah robubiah, mendekatkan diri kepada Allah. Melakukan khalwat menyepikan diri di Gunung Ledang. Berbekalkan ilmu kerohanian kohar mengamalkan amalan kerohanian untuk memperoleh kesaktian agar beliau dapat bangkit kembali dari musibah yang besar ini.

Pada suatu malam sedang beliau khusyuk melakukan amalan yang beliau perolehi dari “kursus minda bawah sedar” . Beliau melakukan amalan tersebut sambil mengikuti alunan zikir munajat Al Rumi ( juga boleh dibeli dalam kursus tersebut) . Tiba- tiba tape –recodernya jatuh dan rosak. Rupa-rupanya daerah gunung ledang ini mempunyai tikus yang sangat banyak.
“ wah ini dah melampau ni” bisik hati Kohar lagi. Aku harus melakukan sesuatu, sejak saat itu Kohar mula memelihara seekor kucing. Sekarang ini kohar boleh hidup dengan tenang tanpa gangguan tikus lagi_ sambil meneruskan amalan kerohanian. Kohar merasa sangat terhutang budi kepada kucingnya.

Dia sangat sayang pada kucing tersebut.
Pada suatu hari seorang petani datang untuk meminta nasihat kerohanian daripada kohar. Petani tersebut datang sambil membawa sedikit susu untuk kucing yang berjasa kepada kohar. Melihat perbuatan petani tersebut terfikir pula Kohar untuk memberi sebuah penghargaan kepada kucing yang telah banyak berjasa kepadanya. “ setidaknya aku harus memberi susu untuk kucing kesayangan ku ini” bisik Kohar didalam hatinya. Tapi bagai mana aku harus ke kedai setiap hari untuk membeli susu... Kohar mendapat satu idea iaitu dengan membeli seekor lembu beliau akan mendapat susu yang cukup untuk keperluan kucingnya. Sejak hari itu kohar memulakan amalan kerohanian tanpa ada gangguan dari tikus dan dalam masa yang sama Kohar mendapatkan bekalan susu dari lembunya.

Bila ada lembu mesti memerlukan makanan. Dari membeli makanan di kedai haiwan lebih baik menanam jagung untuk keperluan dan makanan untuk “Si Jongol” nama timangan lembu kesayangan Kohar tersebut.Bercucuk tanam selama beberapa bulan menyebabkan Kohar menjadi kelelahan. “ wah kalau ada isterikan bagus_ boleh jaga aku dan picit aku jika aku lelah dan penat”.
Akhirnya Kohar berkahwin dengan seorang Janda yang masih muda dari perkampungan di kaki Gunung Ledang.

Nah namanya isteri_ ya ada saja keinginannya yang diminta. “ jiran mempunyai kerusi set, kita masih lagi begini..? Hari ini Tv, besok dapur gas, lusa motor. Keinginan semakin bertambah dan Gunung Ledang sudah tidak mampu memenuhi keinginan-keinginan tersebut. Kohar harus keluar mencari pekerjaan di Kota Besar. Namanya keinginan _ yang satu belum selesai, keinginan lain pula muncul.
Kohar mula lupa tujuan asal beliau ke Gunung Ledang.untuk melepaskan urusan Dunia semuanya itu gara- gara SEEKOR TIKUS SAHAJA.

Genius Code

Genius Code digunakan untuk menyelesaikan masalah, memperoleh gagasan-gagasan baru atau menjawab pertanyaan serta persoalan yang menghantui fikiran kita. Maklumat dan solusi untuk menyelesaikan permasalahan kita dapat dilakukan sewaktu anda tidur. Genius code bekerja sewaktu anda tidur, maka manfaat-manfaat tersebut dapat diperoleh tanpa harus menggunakan waktu khusus untuk berfikir atau merenung. Ibarat kata pepatah “ sambil menyelam minum air” sambil beristirahat kita berfikir, fisikal yang letih kembali segar, sambil beberapa persoalan juga dapat diselesaikan.

Jika dibandingkan dengan proses intelektual dan proses kreatif seperti biasanya, Genius Code memiliki beberapa kelebihan. Selain efisien dalam hal memanfaatkan waktu, Genius Code juga bersifat semulajadi dan genuine. Karena proses yang terjadi pada dasarnya adalah mengambil dan mengolah resource dan informasi yang ada dalam diri kita sendiri, yang telah terakam dan ter-file dalam minda bawah sedar kita. Sehingga hasil pemikiran Genius Code juga bersifat Unique, dalam erti kata untuk suatu persoalan yang sama, dapat diselesaikan hanya mengunakan tidur.

Latihan Genius Code

Pejamkan mata Anda sekarang! Apa yang Ada lihat? hitam. Sekarang fikirkan suatu objek , Objek apapun tidak menjadi masaalah asalkan ia bersifat fizikal. Sekarang pejamkan mata Anda! Apa yang Anda lihat? Ya, objek itu yang anda lihat. Mengapa? Kerana fikiran Anda sedang berkerja memikirkan benda itu. Genius Code berkerja pada gelombang otak Alpha-Theta, iaitu diantara gelombang Beta (normal, state of awareness) dan Delta. Apa yang terjadi adalah kita tidur dengan nyenyak dan otak kita sudah tidak dapat menerima rangsangan atau informasi dari indera kita.

Hypnotist dan Hypnotherapist menyebut gelombang Alpha-Theta sebagai Hypnosis State atau Suggestible State. Untuk mempertahankan otak agar dapat berkerja dalam keadaan Genius Code, kita harus mempertahankan gelombang otak agar tetap berada di gelombang Alpha-Theta. Perlahan-lahan kita tinggalkan gelombang Beta, seperti saat biasanya kita mulai tertidur, namun bertahan agar tidak berterusan sampai ke Delta. Berikut langkah-langkah latihan untuk mencapai Genius Code state

1. Persiapan
Paparkan issue atau permasalahan yang ingin kita selesaikan dan sejelas mungkin dalam sekeping kertas. Baca berulang-ulang sampai secara visual kita dapat membacanya tanpa perlu kita melihat kertas itu lagi. Kalau perlu kuatkan suara anda. Sehingga secara auditori telinga kita dapat mendengarnya meskipun pada saat kita sudah tidak membacanya lagi. Biarkan kertas dan alat tulis tetap berada di tempat tidur kerana akan digunakan untuk secepat mungkin mencatat output dari Genius Code state.

2. Memulakan
Lakukan Relaksasi. Nyamankan diri Anda secara fisik. Gunakan pakaian yang longgar. Kendurkan otot-otot yang tegang dan kendurkan bahagian-bahagian tubuh yang terasa kaku. Lalu pejamkan mata dan rasakan kenyamanan di seluruh tubuh sampai kendur dan ringan. Lakukan Affirmasi “Aku lakukan Genius Code. Badanku tidur dengan nyaman. Fikiranku berfungsi optimal untuk menemukan jawapan atas persoalan ….. (sebutkan issue yang akan Anda fikirkan).

Perlahan-lahan munculkan secara visual (sambil tetap memejamkan mata) gambaran issue yang telah Anda tuliskan di selembar kertas tadi. Visualkan senyata mungkin tulisan-tulisan Anda di depan mata Anda. Jika tadi Anda membacanya dengan suara kuat, dengarkan kembali di telinga Anda suara ketika Anda membacanya tadi.

3. Memproses
Perlahan-lahan rasakan tubuh Anda semakin ringan dan visualisasi Anda mulai mengabur (tidak se”vivid” ketika Anda mulai melakukan visualisasi). Rasakan bahwa Anda mulai tidak dapat menggerakkan anggota badan Anda, seperti menggerakkan kaki, menggerakkan leher atau memindahkan tangan. Tapi Anda masih tetap mendengar suara yang masuk ke telinga Anda. Jaga agar Anda tetap boleh mendengar suara dari luar meskipun Anda sudah tidak dapat bereaksi lagi terhadap rangsangan tersebut. Saat ini Anda sudah mulai masuk ke Genius Code state.

4. Hasil
Perlahan-lahan Anda akan mulai memperoleh hasil dari Genius Code state . Visual Anda akan melihat gambar atau tulisan-tulisan lain yang merupakan jawapan dari persoalan-persoalan yang tadi Anda ajukan. Telinga Anda akan mulai mendengar suara yang merupakan gagasan-gagasan baru atas rencana-rencana Anda. Anda merasakan ada keinginan-keinginan untuk melakukan aktiviti yang merupakan langkah-langkah konkrit untuk meyelesaikan permasalahan Anda.

Jika Anda tiba-tiba terjaga dari tidur dan berhubung dengan realiti, segera catat apa yang terakhir Anda lihat, dengar atau rasakan sebagai hasil dari Genius Code Anda. Kerana ini berasal dari Unconscious, jika Anda tidak segera mencatatnya, boleh jadi Anda akan segera kehilangan. Cara lain untuk segera me-record hasil Genius Code Anda adalah dengan menyiapkan alat perakam seperti Ipod atau Tape Recorder.

Proses ini boleh dilanjutkan kembali bila anda kembali melanjutkan tidur. Baik untuk issue yang sama maupun issue yang lain. Pada saat-saat awal kita melatih Genius Code, boleh jadi saat bangun tidur tubuh kita merasa kurang selesa. Mungkin terasa pegal, berat atau seperti gejala kurang tidur lainnya. Perkara ini normal kerana tubuh kita memerlukan waktu untuk mengadaptasi dengan sesuatu yang terjadi di luar kebiasaan sehari-hari. Dengan latihan yang teratur dan berulang-ulang, seluruh tubuh kita akan berdamai dengan kebiasaan baru kita (parts integration), dan lama-kelamaan ikut menikmatinya pula.

Teknik diatas merupakan sebahagian dari module kursus kuasa minda bawah sedar. Apa yang tidak di ceritakan di atas adalah teknik mendapatkan energy agar teknik ini bekerja secara lebih efektif.

Perjalanan Astral

Medan energi mempunyai sifat menarik yang dapat anda gunakan untuk mengalami “sesuatu yang jauh”. Selain untuk mempengaruhi hal-hal di sekeliling yang anda nampak mahupun abstrak , garis daya ini mempunyai kemampuan untuk membawa kecerdasan anda, kesedaran anda, pemikiran, penglihatan, pengalaman anda (ke setiap tempat yang anda bayangkan).

Bila anda mengetahui sedikit tentang perjalanan astral yang juga dikenali sebagai pengalaman di luar badan, maka kata-kata diatas jelas bagi anda. Dengan merangsang kekuatan yang tepat perjalanan astral menjadi proses yang automatik bagi anda.Apakah sebenarnya perjalanan astral ini? Setakat ini belum ada keterangan atau gambaran yang tepat mengenainya. Anda hendaklah mengalaminya sendiri, barulah anda akan mengetahui apakah yang terjadi sebenarnya apabila melakukan perjalanan astral. Anda akan mengetahui dengan keyakinan sendiri, yang mana ianya lebih jelas daripada keterangan lisan atau bertulis.

Perjalanan astral anda sebenarnya dimulai dan berakhir di bangku kerusi atau tempat tidur. Anda duduk atau terlentang seenaknya dan menutup mata. Orang lain akan menyangkakan anda sedang tidur nyenyak, tetapi sebenarnya dalam kepala anda terkembang pemandangan yang sangat berlainan. Ketika anda melakukan perjalanan astral, anda akan merasakan diri anda berjalan atau mengembang menjauhi badan.

Pada ketika ini, degupan jantung, pernafasan Kesedaran anda dan semua factor yang membuatkan badan fisik dapat bergerak dan terus hidup, seperti anda sedang tidur. Kesedaran anda mengenai dunia itulah perbezaannya. Anda akan berada diruang yang sangat berbeza. Menggunakan teknik rangsangan CD Perjalanan Astral ( Astral Projection ) , anda akan dapat pergi kemana yang anda mahu dalam sekelip mata. Semua pancaindera anda akan pergi bersama-sama anda. Anda akan dapat melihat, mendengar, menghidu, merasakan suasana disekeliling anda berada.

Dalam perjalanan astral ini juga, seluruh alam semesta ini akan dapat anda jelajahi. Anda mungkin akan bertemu dengan orang lain yang juga sedang melakukan perjalanan astral. Ketika ini anda dapat berkomunikasi atau berbincang dengan orang-orang tersebut. Tahap perjalanan astral merupakan pintu ke tahap yang lebih mengkagumkan dan sulit untuk digambarkan/dibayangkan. Anda akan mengetahui sendiri apabila anda berjaya melakukan perjalanan astral nanti

Manfaat perjalanan Astral.

Apabila anda melakukan perjalanan astral, tubuh fisik anda akan ditinggalkan ( tidur nyenyak) tetapi yang sebenarnya dengan penuh kesedaran dan dalam keadaan berjaga anda dapat pergi ke tempat-tempat yang anda kehendaki. Semasa melakukan perjalanan astral, anda akan berada jauh dari badan fisik untuk sementara dan apabila badan memerlukan sesuatu ketika “pergi” anda akan masuk kembali ke dalam badan dengan secepat kilat dan meninggalkan perjalanan astral anda tadi.Sebaiknya sebelum melakukan perjalanan astral, carilah tempat yang selesa, tenang/sunyi, yang mana tidak akan mengganggu proses perjalanan astral anda.

Untuk melakukan latihan perjalanan astral ini biarlah perlahan-lahan langkah demi langkah. Perjalanan astral sebenarnya telah kerap kali anda alami tanpa anda sedari seperti mimpi. Perbezaannya Cuma didalam mimpi anda tidak dapat mengawal perjalanan astral anda sedangkan dalam perjalanan astral yang sebenarnya anda dapat mengawalnya seperti kemana anda hendak pergi dan apa yang anda hendak lakukan. ( kawal mimpi merupakan sebuah solusi perjalanan Astral )

Selain itu dalam perjalanan astral anda akan mengingati segala pengalaman yang anda tempuhi apabila kembali, tetapi tidak didalam mimpi yang mana seringkali kita terlupa perkara yang kita tempuhi. CD Astral Projection , akan menjamin anda mengingat kembali semua factor dan suasana dengan jelas setelah anda kembali kedalam badan fisik. Dalam perjalanan astral, perjalanan waktunya sama dengan dunia nyata.

Ada juga yang mengatakan masa sewaktu melakukan perjalanan astral adalah lebih cepat berbanding dengan waktu sebenarnya di dunia nyata. Ianya sebenarnya bergantung kepada tahap perjalanan astral itu sendiri. Bab kata pepatah lama “orang harus belajar berjalan sebelum boleh berlari” ianya sesuai dengan suasana perjalanan astral. Pada peringkat permulaan anda hendaklah melakukan perjalanan astral sekitar kawasan anda berada, kemudian makin lama makin jauh jaraknya.

Teknik Perjalanan Astral "Kalimah Syahadah"

Untuk melakukan perjalanan astral carikan tempat yang selesa dan tenang. Keadaan duduk atau berbaring yang mana lebih selesa bagi anda. Lakukan pernafasan panjang dalam keadaan relaks/santai sebanyak 5 kali dan biarkan diri anda tenggelam di dalam ketenangan. Biarkan semuanya terjadi dengan sendirinya. Hanyutkan diri anda bersama gelombang kedamaian sama seperti anda mahu tidur. Jangan sesekali memaksa berlakunya perubahan dengan terlalu memberi penumpuan.

Ucapkan kalimah syahadah dengan perlahan, panjang dan bergema. Rasakan getaran kalimah syahadah bergerak melalui jari telunjuk anda. Arahkan niat,rasa, kesemua indera anda terhanyut dalam arus keheningan Syahadah tersebut.

Suatu saat dalam proses penghanyutan, anda akan menyedari bahawa anda berhasil, anda akan terlepas dari badan fisik. Dalam keadaan ini,cubalah melakukan perjalanan ke suatu tempat yang anda ingin. Buatlah perjalanan astral ini dengan singkat walaupun betapa asyiknya anda. Kembalilah semula kedalam badan fisik dengan hanya berniat untuk kembali. Dengan pantas anda akan kembali semula kedalam badan fisik. Bukalah mata anda dan ingatkan kembali kemana anda telah pergi. Lakukan proses ini berulang kali dikesempatan yang ada. Berlatih lagi dengan gigih untuk mendapatkan hasil yang baik.

CD Astral Projection merupakan solusi yang baik untuk latihan melakukan perjalanan astral. Sebelum anda melakukan teknik “Kalimah Syahadah”

Akupinalogi ( Energy Iso- Bionic )

Akupineologi ( accupeneology ) merupakan gabungan dari perkataan “Aku” yang bermaksud titik seperti kefahaman akupuntur , “Pine” diambil dari perkataan “Pineal” merupakan sebuah kelenjar ajaib yang berada

ditengah-tengah otak yang berfungsi untuk memperkasakan kemampuan batin seseorang dan "Logy" berhubung dengan pengetahuan atau salah satu cabang ilmu pengetahuan. Jadi Akupineologi ( Accupenelogy ) bermaksud ilmu yang mengajar cara mengenali titik - titik simpulan batin dan berhubung dengan kekuatan dalaman juga disebut sebagai Iso- Bionic. Pada amnya Akupineologi, mempunyai 3 titik simpulan (medan energi) yang mengalir dalam badan. Tiga titik ini berhubung dengan berbagai fungsi dalam kehidupan. Tiga titik itu terdiri dari aliran atau garisan daya, seperti sepotong pakaian yang dibuat dari benang cotton yang berbeza-beza.Garis daya yang kita gunakan, mengalir ketitik penting yang mudah di temukan oleh tangan dan jari.Tiga titik ini ialah:

1. Titik Psinic.
Titik psinic mengalir naik dan turun antara tangan dan wajah anda. Garisan dan daya berkait dengan semua proses mental. Terletak pada I inci di atas cakra ajna (diatas titik kedua alis mata) Inilah titik tempat fokus psinic.

2. Titik Pectoral
Titik ini membentuk jaringan energi antara dada dan tangan, berkaitan dengan pekara-pekara fizikal yang dapat kita lihat, cium, raba, rasa, dan dengar. Titik ini terletak di tengah - tengah antara kedua puting susu di dua jari atas cakra Nurani atau jantung. Inilah titik tempat fokusnya titik Pectoral. Bila titik ini di fokuskan ia akan berubah menjadi satu sinar atau cahaya yang kuat.


3.
Titik Umbilica.
Medan aliran ini mengalir naik dari pusat ke tangan. Aliran ini berkaitan konsep -konsep abstrak misalnya pertumbuhan kerohanian dan aspek kehidupan yang berada di luar kedua daerah tersebut. Pusat anda merupakan fokus Umbilica. Titik ini apabila diaktifkan ia akan membentuk menjadi aliran yang kuat yang tidak terhingga. Tetapi tidak dalam bentuk pada cahaya.

Mengaktifkan titik Energy
Seorang Dr yang pernah memenangi hadiah novel berkata "Hukum alam ini sangat sederhana; Kita perlu melampaui akal dan fikiran untuk memahaminya" Untuk menjelaskan atau memahami hukum alam ini, kadang kala kita akan menjadi bingung. Sedangkan apa yang kita cari sebenarnya amat sederhana dan mudah untuk di fahami.

Ingatlah energi Iso- Bionic alam itu sederhana, namun ia agak sukar untuk di terangkan. Yang penting ialah cara menggunakanya dan membudayakan dalam kehidupan anda, Setelah anda dapat mengalirkan energi Iso - Bionic ini dengan lancar. Kehidupan anda, batin, badan dan roh menjadi tenang, sihat, dinamis dan terpenuhi. Setelah anda memastikan kualiti kehidupan manakah yang perlu anda ubah, demi kebaikan anda. Anda harus mulai mengaktifkan titik energi ghaib yang berkaitan. Cara untuk mengaktifkan,latihan untuk mendominasikan titik-titik ini akan kami terangkan dalam Akupineologi E Book sahaja. Titik ini mempunyai berbagai fungsi antaranya untuk meraih keberuntung dalam perniagaan.

Misalnya, anda berkeinginan untuk memiliki sebuah perniagaan. Itu merupakan benda matereal yang dapat lihat dan anda raba. Titik Pectoral anda berada di daerah itu, maka teknik yang berlainan dengan daerah itu akan menjamin bahawa sebuah perniagaan akan menjadi milik anda dikemudian hari. Kadang-kadang kurniaan ini akan melalui kronologi yang menghairankan dan tidak di sangka sangka dan akhirnya, akan meyakinkan anda tentang kehebatan Allah melalui ihktiar Iso- Bionic.

Atau, anda ingin mempunyai seorang kekasih. Ini berkait dengan emosi dan terutama berhubung dengan mantal. Maka anda seharusnya melakukan teknik mengaktifkan titik Psinic, supaya jodoh anda sesuai dengan keinginan anda. Anda menderita dengan sesuatu yang tidak nyata," Kekosongan dalam bidang ketuhanan" seperti yang di gambarkan oleh pengasas Menjaro En Kohar " jelasnya mungkin anda tidak dapat menunjukan apa yang salah dalam hidup anda". Ini merupakan pertunjuk yang jelas untuk menggunakan titik umbilical anda, berguna untuk menghubungkan nasib anda dengan apa yang di perlukan demi kebahagian serta kebebasan anda.

Saya tidak mahu mencadangkan anda, supaya memperhatikan terlalu pasif titik mana yang harus di gunakan pada saat dan keadaan mana anda berada. Ketiganya terdiri dari energi yang sama dan semuanya akan bekerja demi kebaikan anda. Seandainya anda menggunakan titik Pectoral untuk menarik kekasih kerana anda mengira seorang kekasih itu dapat di lihat dan di raba, maka itu bukan suatu kesalahan yang besar dan tidak mengakibatkan bahaya. Mungkin anda perlu menggunakan tenaga yang banyak untuk memperolehi hasil akhir, tetapi jika anda menggunakan pada titik yang betul, hasilnya akan menjadi lebih baik. Tetapi hasil akan menjadi lebih baik lagi jika anda menggunakan ketiga-tiga titik sekali gus.

MERAIH KEBERUNTUNGAN ISO-BIONIC
Mungkin anda tidak percaya dengan melakukan latihan selama beberapa minit sehari anda dapat meraih keberuntungan dalam perniagaan. Orang pernah mengatakan " Yang pipih tidak datang melayang, yang bulat tidak datang bergolek". Saya amat setuju dengan perpatah kuno ini. Saya akan perjelaskan bagaimana energi Iso -Bionic ini bekerja. Apa yang di lakukan oleh Akupinoelogi adalah menggunakan energi yang tersedia ada dalam diri anda dan dapat anda ambil dengan bebas. Saya memberikan satu contoh supaya anda mudah memahaminya.

Misalnya anda telah menebang sepohon kayu yang besar, setelah membersihkan ranting dan dahan. Anda perlu membawa kayu ini ke Kilang yang terletak sejauh 10 km untuk di proses menjadi papan. Anda tidak mungkin mengangkat menggunakan tangan sendirian. Anda mungkin dapat mengangkat sedikit demi sedikit, tetapi memakan masa dan tenaga yang banyak. Cara lain yang anda gunakan ialah dangan menyewa lori, ini memerlukan kos pembelanjaan yang tinggi.

Sekarang bagaimana anda sekiranya anda menggunakan energi bebas yang dapat membawa kayu ini ke kilang untuk diproses. Dan anda bertindak sebagai perancang ?. Misalnya anda merancangkan dahulu pokok yang hendak di tebang itu haruslah berada di tepi sungai, dan sungai ini harus melewati kilang pemprosesan kayu ini tadi. Apa yang perluanda lakukan ialah menolak kayu ke air. Energi alam yang bersumber dari air sungai tadi bertindak menghantar kayu itu ke Kilang , anda hanyalah bertindak sebagai pemantau aliran kayu supaya tidak tersangkut.

Kita tahu bahawa kekayaan,kesihatan dan kebahgiaan berada di tempat tertentu , Entah di mana kita tidak tahu. Setiap hari kita mendengar orang berniaga untung beribu,orang bertemu dengan harta karun, memperolehi pekerjaan dengan gaji yang besar, berniaga air oxigen untung melebihi air mineral, mendapat jodoh dengan orang kaya, mendapat perniagaan tanpa modal dan bermacam dan ribuan cara orang mendapat kebahagian.

Berbeza dengan anda berusaha setengah mati tapi hasilnya " Pergi pagi balik petang, habis gaji bayar hutang". Energi Iso-Bionic seperti sungai yang kita gunakan sebagai contoh di atas. Energi ini mengalir di dalam dan di sekelilingi kita setiap waktu. Akupineologi memberi konsep sederhana demi memberikan apa yang anda ingini dalam hidup anda. Kekuatan yang sama seperti sungai yang pekasa itu membawa kayu ke kilang. Apa yang perlu anda buat ialah merubahkan energi yang ada kepada energi yang dapat mengubah pandangan dan pemikiran anda. Resapkan lah diri kedalamnya serta membiarkan diri anda terbawa aliran energi itu....Lanjutan.....

Mengasah Kepekaan Diri

Sewaktu saya mempelajari Ilmu Tenaga Dalam, guru saya sering berpesan agar sentiasa mengasah kepekaan diri. Kepekaan merupakan sebuah elemen yang sangat penting dalam melontar energy ( telekenisis ). Dalam klass Tenaga Dalam & Kuasa Minda Bawah Sedar saya menggunakan pendekatan ini intuk membuktikan bahawa kewujudan Energy yang menjadi bahan asas dalam penciptaan.

Setiap menusia dilahirkan dengan kepekaan getaran energy yang cukup. Kepekaan kita sering naik dan turun. Jika kepekaan kita naik satu anak tangga dan turun satu anak tangga ini dah kira ok .lah... Sayangnya naik dan turun tahap kepekaan kita tidak hanya satu atau dua anak tangga. Kepekaan kita sering mengalami ‘ terjun bebas’. Dari puncak gunung kita jatuh kejurang yang dalam. Menurut kata guru besar Daya Laduni Ustad Rahmad Nuryadin sewaktu kami berbual tentang kepekaan “ apabila seseorang itu tidak mengamalkan amalan kebatinan dan pemurnian minda, kepekaan energy akan mengalami kemerosotan”.

Kenapa ini boleh terjadi.? Kerana ‘konflik – konflik’ batin yang bergejolak dalam diri kita. Kita ingin mengamalkanya, tapi minda bawah sedar menghalang. Minda bawah sedar akan menciptakan perasaan malas, boring, sia-sia, tidak berguna mengamalkannya dan lain-lain perasaan. Adat dan protokol yang merepek, seribu macam alasan lain yang membuat kita membatalkan niat kita untuk mengamalkanya. Maka terciptalah sebuah konflik di dalam diri kita.

Timbunan konflik batin macam inilah yang membuat kita tidak peka. Untuk pengetahuan anda konflik – konflik batin ini sebenarnya tidak begitu sukar untuk diatasi, bahkan dihilangkan. Kita dapat menghapus setiap konflik yang ada di dalam diri dengan satu tekanan jari, satu perentah “ delete”, maka terhapuslah semua.

Sebelum anda melakukan pekara ini, sebelum memilih command “Delete” untuk menghapus, kita mesti tahu bagaimana terjadinya konflik didalam diri, sehingg tidak timbulnya konflik baru.

Latihan

Cukup lakukan satu kali sahaja untuk memahami bagaimana terjadinya sebuah konflik

Bahagian Pertama

Sila bengkokkan salah satu jari anda, sebengkok yang mungkin.... sakit ? perhatikan dan fokus pada rasa sakit tersebut... sehingga semakin hilang setelah hilang rasa sakit tersebut. lepaskan jari anda relaks dan santai .

Bahagian Kedua

Sekarang jari yang sudah lurus ini “ diberi perentah mental” untuk membengkokkanya.... ( teknik ini merupakan sebuah teknik asas spoon bending yang saya ajar dalam klass the ‘power of your sub consciousmind lavel 2’ bab The spoon Bending Party sebuah acara yang di sertai oleh semua peserta kursus).. perhatikan , jari anda sudah memulai membengkok ... JANGAN, jangan dibiarkan membengkok, ditahan ... perentahkan secara mental untuk membengkok... tetapi kekuatan fizikal melawan... lakukan perentah mental membengkok, gerak fizikal melawan dan menahan jari dari membengkok. Terus kan proses ini .... Tidak lama kemudian anda akan mengalami rasa sakit. Rasa sakit yang sama seperti yang anda alami dalam bahagian pertama.

Dari bahagian kedua menahan secara fizikal dan membengkok secara mental, jari anda. Kita dapat membuat sebuah kesimpulan bahawa “ konflik akan menyebabkan rasa sakit”. Namun bila dikaitkan dengan bahagian pertama, “ rasa sakit akan hilang” bila diperhatikan dengan penuh kesedaran dan fokus.

Menyedari konflik-konflik dalam diri merupakan salah satu cara paling efektif untuk membebaskan diri dari berbagai konflik dalam diri. Cara ini seolah - olah kita melakukan “select all”. Kemudian tinggal kita melakukan satu perentah “delete” untuk menghapuskan konflik diri.

Ya anda melakukan pelupusan konflik dengan satu perentah, “Niat Tunggal”, bila anda ingin melupuskan semuanya sekaligus. Niat kita menjadi modal utama, tanpa niat tunggal itu kita tidak dapat berbuat apa-apa. Kekuatan niat tunggal itulah kita namakan the ‘power of intention’. Bermulanya sebuah kewujudan dengan niat dan berakhirnya sebuah kehidupan juga dengan niat, kehidupan konflik anda dapat anda akhiri dengan kekuatan niat tunggal tersebut. Tetapi tanpa ada energy niat tunggal anda pun tidak memiliki power. Kekuatan minda bawah sedar akan mengajar anda sebuah teknik pengisian energy pada Niat Tunggal Anda.

Saat ini, kita seolah-olah membiarkan konflik di dalam diri kita tetap bersarang , kerana ada sebuah penolakan dari dalam diri kita untuk berubah. Penolakan dan keengganan itu pun sesungguhnya disebabkan oleh konflik.

Keinginan untuk medalami sesuatu, tapi ada ketentuan yang melarang diriku mempelajari sesuatu dari orang yang bijak. Ada keinginan dan ada ketentuan yang bertentangan, maka terciptalah konflik dalam batin.

Dengan penuh kesedaran, pelajarilah alasan-alasan yang menyebabkan konflik dalam diri anda, anda akan terkejut sendiri. Konflik itu disebabkan oleh sesuatu yang ingin menguasai diri kita dengan memperhambakan jiwa kita. Tidak seorang pun dapat membebaskan anda dari perhambaan itu. Bila anda tidak menghendaki hal tersebut berlaku.

Memang harus ada sedikit modal kepekaan untuk memahami bahawa saat kita di perhambakan oleh sesuatu itu dan faktur-faktur di luar diri. Perhambaan itu dilakukan dengan menciptakan konflik di dalam diri. Modal kepekaan itulah yang kita cari melalui seminar, berguru dan bermuzakarah bersama orang bijak. Apabila anda memperolehinya lakukan untuk kemerdekaan diri anda.Hidup anda akan di penuhi dengan warna warni dan anda lakukan sendiri setelah anda memperolehi kemerdekaan diri. Masih dalam rangka mengasah kepekaan diri, sekarang tibalah masa untuk melakukan anjakan paradikma anda.

Psikik Bismilah

Psikik Bismilah dalam Otak Manusia

Dunia moden telah mengakui kemampuan dan dahsyatan otak manusia. Pada amnya kita tidak menggunakan lebih 5%- 10% dari kemampuanya. Selebihnya atau sisanya di kaitkan dengan alam bawah sedar.

Setelah Freud dab Jung mulai membicarakan kemampuan tersebut, termasuk alam mimpi ( mimpi merupakan pesanan alam bawah sedar kepada minda sedar) dan sebagainya. Dunia moden masih sibuk untuk mengembangkan apa yang mereka anggap sebagai ‘ potensi terpendam’.

Dalam pemahaman barat, sisa otak itu belum dioptimalkan; bahkan, ada yang berpendapat sisa otak tersebut belum berfungsi. Kita pernah mengalami sesuatu dan merasakan bahawa pengalaman itu bukan baru bagi kita.....rasanya pernah terjadi, atau setidaknya pernah terfikir sebelum ini. Atau pernah ‘terlihat’ dalam mimpi. Ini disebut sebagai pengalaman dija vu. Kejadian - kejadian seperti ini sering kali di kaitkan dengan psikik. Psikik 100% bergantung pada gudang memori, pada folder-folder dari masa yang lalu.

Masih belum terjadi pengembangan ‘kesedaran rohani’. Kita masih berada pada pengembangan psikik sahaja. Bahkan ‘blue print’ keseluruhan hidup kita dengan segala kemungkinanya pun ada di sana. Bahkan, keadaan – keadaan di luar, di dalam segala bidang , asalkan masih ada hubungan dengan hidup kita ada pula dalam cetak biru tersebut.

Sesunguhnya pada saat ini otak manusia sudah bekerja 100%. Walaupun baru sebahagian kecil kapasitinya yang anda gunakan sehari-hari. Bakinya Cuma untuk menyimpan data-data lama. Makin besar peratus yang anda gunakan dalam kehidupan seharian, walaupun hampir tidak pernah melebihi 100%, ini akan membuat manusia semakin cergas, cerdas, makin tajam. Otak semakin digunakan akan menjadi semakin kuat.

Apakah kita dapat menggunakan otak dengan peratusan yang lebih besar? Ya benar, anda boleh gunakan otak anda untuk kehidupan harian dengan peratusan yang lebih besar lagi. Tetapi untuk keperluan tersebut anda harus menciptakan space ( ruangan ). Seperti komputer, memori – memori di alam bawah sedar harus dibersihkan dahulu. Program- program yang tidak digunakan harus didelete / dihapuskan .


Mind Space

Seorang pemuda datang untuk belajar ilmu makrifat dan berguru : “ tetapi saya tidak mempunyai masa”. Saya memerlukan ilmu makrifat dan berjaya dalam masa yang singkat.... kerana saya sangat sibuk !.
Guru terse
nyum : “no problem”, sambil kita minum teh dulu ya.... jawab guru tersebut.

Satu cawan, dua cawan, tiga cawan..... dan calun murid tersebut mulai gelisah. Malah cawan yang keempat guru tersebut menuangkan teh hingga melimpah, tumpah keluar dari cawan tersebut. Pemuda tersebut sudah tidak dapat menahan dirinya “ apa yang sedang guru lakukan” ?. “Cawan saya sudah penuh..... lagipun saya datang sini bukan untuk minum teh, tapi untuk belajar ilmu makrifat dan mencapai tahap makrifat”.

Guru tersenyum lagi : “ sebab itu, nak.....sebab itu...” “ apa maksud tuan guru”? “ Cawan yang penuh tidak dapat diisi lagi, cawan jiwa mu pun sudah penuh nak. Kosongkan dulu, ciptakan sedikit ruang, supaya aku dapai mengisi jiwa dan fikiran mu”.

Ciptakan “ruang”.!!! Saat ini jiwa kita penuh, fikiran kita penuh, otak kita penuh, hati kita penuh..... ya penuh dengan memori lama, data yang tidak diperlukan lagi. Beban pada jiwa kita sudah melampaui batas. Dalam keadaan seperti ini bagaimana ingin kita isikan dengan sesuatu yang baru?.

Otak yang penuh tidak dapat berfikir lagi. Ini yang terjadi pada kaum yang buta mata hatinya. Otak mereka telah diisi dengan memori masa lalu, sehingga mereka tidak dapat hidup pada masa ini. Mereka tidak dapat berfikir tentang sesuatu yang mereka anggap lain dari apa yang ada dalam memori masa lalu mereka.

Mungkin lebih parah lagi bila hati mereka terbeban dengan rasa benci, amarah dan mereka tidak merasa indah dalam kehidupan. Bagi mereka sesuatu yang lain dari apa yang ada dalam fikiran mereka tidak mempunyai keindahan.

Bila pekara ini terjadi jiwa dan minda mereka diprogram untuk kerosakan, bukan untuk mencipta dan membangun. Para “ pencipta mereka” menyedari pekara tersebut. “ maka Dia tambahkan lagi , hati mereka terpatri dan tetutup dari kebenaran”. Demikian penuh mereka diisi, sehingga tidak ada lagi infomasi baru yang dapat mereka gunakan untuk menembusi sempadan diri mereka.Untuk memperolehi, atau lebih tepatnya, memasuki alam kesedaran psikik, bebenfikiran dan jiwa harus dikurangi. Bersihkan fikiran dan otak mu dari indoktrin.

Latihan psikik Bismilah

Jauhkan diri anda dari berkawan dengan orang yang tidak menunjang perkembangan diri anda. Jauhi dari mereka yang sentiasa bicara tentang balas dendam, kebencian dan sebagainya.

Tidak perlu membenci mereka. Tidak perlu menyayangi masa hidup yang telah anda persiakan kerana doktrin dari mereka. Maafkanlah mereka. Maafkan pula diri anda atas kesalahan yang anda lakukan terhadap diri anda, dengan mengikuti mereka secara membabi buta. Hindarilah mereka, jangan lagi bergaul dengan mereka. Sehingga anda mampu “ tidak terpengaruh” oleh mereka. Jangan lagi bergaul sehingga anda mampu “mempengaruhi mereka”.

  • Awali hari anda dengan doa mengikut ajaran dan kefahaman anda dan di tambah dengan saranan “ kuisi hari ku dengan kasih”
  • Berdoa kembali pada waktu tengahari dan beri saranan “ ku harungi hariku dengan kasih”
  • Sebelum tidur, berdoa kembali dan sarankan “ Ku Akhiri hari ku dengan Kasih”

Kasih adalah jalan yang benar “kasih adalah pencerminan sifat Allah” Maha pengasih dan maha penyayang, itu lah Dia. Kasih adalah sesuatu yang sangat lembut, sangat ringan. Kerana kasih, kasih juga melembutkan dan meringankan. Kasih tidak pernah menjadi beban, tidak mungkin menjadi beban. Makin banyak kasih dalam diri kita, semakin ringan dan lembutlah kita. Kemudian dengan kelembutan itu, laluilah alam kesedaran psikik untuk mengapai kesedaran makrifat ( kesedaran rohani).

P/s : Bagi muslim berdoalah dengan bismilah...... Bismilah merupakan sesuatu yang lengkap tidak perlu ditambah atau di kurangi. Sekurang – kurangnya 27 kali setiap kali berdoa.

Mukjizat di sebalik BISMILLAH

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM" yang bermaksud "Dengan nama ALLAH Ya ng Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."
KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Ya ng pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.
2. "BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam.." (Hadith Qudsi)
3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya..
5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
6. Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."
7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. "
8.. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya..
9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.