The Power of your Sub Consious Mind
(Kekuatan minda bawah sedar anda)
Menjana minda bawah sedar anda tidak hanya menggunakan motivasi semata-mata. Anda perlu memahami potensi diri anda dan jadikan infomasi ini sebagai piawaian atau standar untuk mengambil sebuah keputusan dan tindakan. Fahamilah, tindakan manusia 88% bergantung kepada maklumat yang di isi kedalam minda bawah sedar Pelajar menerokai minda bawah sedar untuk mengambangkan memori minda manusia. Hanya 12% sahaja bergantung kepada minda sedar mereka. Jika setiap hari minda manusia di isi dengan cerita hayalan, maka tindakan manusia terdorong oleh cerita hayalan dan ini akan di terjemahkan dalam sistem cara hidup manusia.Maka berlakulah tindakan mereka menurut cerita hayalan.
Anak - anak kita harus di ajar dengan cara tubi, agar segala maklumat yang kita berikan akan tertanam di minda bawah sedar mereka. Jika mereka tidak di ajar mereka akan belajar mengikut apa yang mereka dengar,lihat dan ibu bapa lakukan .
Coba perhatikan kitab suci Al Quran, lihat mesej yang disampaikan kepada kita. Adalah berulang-ulang, ayat yang sama juga di gunakan untuk menyampaikan maklumat kepada kita semuanya berulang contoh surah Al Rahman. Jika Al Quran menggunakan RMP (Repetitive Magic Power) kenapa kita tidak menggunakan cara itu untuk menjana minda kita.
E + M + F + A = R Energy – Mind - Feellings – ACTIONS = Results |
Coba anda lihat bagaimana makan bersama, minum bersama, solat berjemaah bersama, memakai baju yang mempunyai warna yang sama akan menghasil sebuah ikatan tenaga, minda, perasaan, tindakan yang sama dalam mendapat hasil yang sama seperti yang anda inginkan. Apabila anda mengamal kan ini didalam rumahtangga, anda akan dapati isteri dan anak-anak anda mudah anda kendalikan. Kaedah berjemaah ini telah diajarkan kepada kita 1400 tahun dahulu. Sedangkan Nlp baru ditemukan pada tahun 1972 oleh Richard Bandler dan John Grinder.
PERUBAHAN DALAM HIDUP BERMULA DI SINI.
"Do not under estimate the Power Of Thoughts. Just as water has the power to change earths landscape, your thoughts have the power to change the landscape of your life" -Chuck Danes
Mari kita perhatikan fenomena dalam solat. Metadologinya sangat jelas perubahah harus merangkumi menyeluruh. Dari wuduknya, niat, posturenya, bacaanya, konsentrasinya, gerakanya, tertibnya, salam dan doanya. Seluruhanya dilakukan dengan cara dan teknik yang betul akan menghasilkan satu tenaga yang sangat luar biasa dalam tindakan.
Ajaibnya hanya dengan melakukan solat kita mempunyai kekuatan untuk meninggalkan pekara-pekara yang mungkar yang ada dalam kehidupan kita. Solat merupakan sebuah model pembangunan mind, body dan spritual yang sangat luar biasa dan seimbang. Hari ini solat tidak menjadi sebuah model dan kehilangan banyak makna kehidupan dalam diri kita, akibat kejahilan kita memisahkan solat dan kehidupan kita. Hasilnya kita gagal dalam kehidupan dunia dan akhirat.
Kita lihat fenomena solat dari kacamata minda bawah sedar.
Siapa kah yang ingin solat.?
Jawapanya: Anda.
Siapa kah yang ingin Khusuk dlm solat?
Jawapanya: Anda.
Siapa kah yang ingin merasai nikmat dalam solat?
Jawapanya: Anda.
Dan Siapa kah yang memikirkan urusan kerja anda dalam solat ?
Jawapanya tetap Anda.
Ini menunjukan bukti ada 2 mekanisma yang bekerja dalam diri anda.
1. Diri yang ingin solat ( Minda Sedar )
2. Diri anda yg mengganggu anda dalam solat.(Minda Bawah sedar yang sudah tercemar)
Apa bila anda dapat satukan minda sedar dan minda bawah sedar. Maksud saya minda bawah sedar berkerja sama dengan anda . Maka Servo Mechanism anda akan bekerja mengikut apa yang anda set kan dalam minda anda dan di dorong dengan The Automatic Guidance System
( suara hati / bersumber dari Asamaul Husna ). Akan bekerja untuk anda. Kursus Power of your Sub Consious Mind yang kami anjurkan berkiblatkan kaedah ini. Bila pekara ini berlaku dalam solat anda maka saya yakin segala proses kehidupan anda akan berubah. Kehidupan ini menjadi sesuatu yang sangat indah. Apa pun yang anda inginkan akan menjadi kenyataan. Anda akan faham apa yang terbaik untuk anda akan di tentukan oleh sang maha pencipta adalah Allah.
Latihan penyatuan minda sedar dan minda bawah sedarDapat anda pelajari dalam kursus Kekuatan Minda Bawah Sedar.