Kenali sifat fikiran anda

Kuasa Minda Bawah sadar anda

Kenali sifat fikiran anda



Pada suatu hari pembantu rumahtangga Puan Ramona ditugaskan untuk membeli ubat sakit kepala. “Cepat sikit ya, kepala saya sakit sangat ni. Kamu beli di kedai depan ajer... jangan jauh-jauh”. Setelah di tunggu selama satu jam berikutnya, si pembantu masih belum tiba. Akhirnya Puan Ramona membeli sendiri ubat sakit kepala tersebut. setelah mengabil ubat tersebut dan berehat. Empat jam kemudian beliau pun sembuh. Anehnya penbantu beliau masih belum pulang.



Tidak beberapa lama kemudian pembantu beliau pun tiba. Bila melihat pembantunya tiba. Sang Majikan ini terus meradang sambil berkata.“ kamu ni bikin orang marah jer (dengan nada setengah bergetar di leher) “ Kamu kemana lambat sangat ni beli ubat sakit kepala” ?



“Begini puan” (dengan suara yang tercungap-cungap seperti orang yang kehausan air ‘lemon tea’). Si pembantu menjawab, “Saya fikir ubat di kedai tersebut boleh tamat tempoh, jadi saya membelinya di farmasi ini ubatnya.”_ jawab pembantu. “Dari farmasi....? siapa suruh kamu kesana.? Kalau masaalah tamat tempohnya boleh dilihat pada kotaknya. Saya tidak faham dengan kamu ini. Tak kan ke farmasi mengambil masa sehingga lima jam” kata Puan Ramona.



“Dari farmasi saya pergi ke klinik” Kata pembantu lagi. “Saya fikir jika ibu masih belum belum sembuh hingga petang nanti, puan harus pergi ke Klinik, jadi saya terus mengambil nombor giliran untuk puan sekali” Jawab pembantu dengan bersungguh-sungguh.

“ kamu tunggu di Klinik sampai lima jam ker”? Tanya Puan Ramona. “Tidak puan di situ tidak begitu lama”. “Habis tu kamu kemana lagi” tanya Puan Ramona lagi....



Pembantu: “Dari Klinik saya terus ke masjid”

Puan Ramona: “ Kenapa kamu ke masjid pula”?

Pembantu: Saya ke Masjid mencari Pak Imam

Puan Ramona: Kenapa kamu mencari Pak Imam

Pembantu: Saya fikir kalau Puan tidak sembuh juga, terus meninggal, harus ada persiapan kain kafan dan kelengkapan lainya, jadi Pak Imam tahu tentang selok- belok yayasan yang akan menguruskan pengkebumian puan.

Puan Ramona: Gila kamu, tidak waras...(sambil menekan kasut tumit tingginya diatas paha pembantunya).. kamu doa kan saya mati yer? Keluar dari sini.

Pembantu : Kenapa puan marah saya ? saya hanya buat persiapan sesuatu untuk kebaikan puan juga.


Ada yang mengejar harta benda, ada yang mengejar kedudukan, ada pula yang mengejar spritual dan ada yang mengejar syurga dunia. Dalam proses kejar mengejar ini kita tidak pernah hidup, kehidupan melewati kita begitu sahaja, tanpa menyentuh jiwa kita, tanpa menyegarkan batin kita. Kita telah kehilangan sebuah makna kehidupan. Kehidupan berlalu begitu sahaja dengan sia sia.



Kegelisahan dan kecemasan mewarnai kehidupan kita selama ini, warna – warna suram mewarnai kehidupan kita, tidak bercahaya sama sekali. Kadang-kadang kita sakit, kadangkala kita menyakitkan dan kita disakiti. Kehidupan kita menjadi satu penyakit.

Seperti pembantu rumah Puan Ramona_ memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang belum tentu terjadi, membuatkan kita kehilangan hari ini. Kita risau kan hari esok dan menyesal hari kemarin . kita kehilangan hari ini. Hari ini akan menentukan hari esok.

Mind kita terlalu penuh dengan fikiran-fikiran yang sebenarnya tidak perlukan. Kegelisahan kita, kecemasan kita semuanya disebabkan oleh fikiran-fikiran liar yang sebenarnya tidak diperlukan.



Seorang ahli Sufi Jabbar memberikan sebuah latihan yang indah sekali untuk minda. Muridnya disuruh berbual, meracau, merepek selama beberapa jam setiap hari. Mereka harus mengeluarkan apa sahaja suara dan harus non stop (tanpa henti). Setelah beberapa hari mengeluarkan suara-suara seperti itu. Akhirnya mereka menjadi tenang dan relaks. Dalam relaksasi yang amat mendalam itu, dalam keheningan itu, mereka akan menemukan jadi diri mereka.


Latihan mengeluarkan sampah minda












1. Berdiri santai.

2. Mata dipejamkan.

3. Selama 45 minit. Keluarkan suara-suara. Atau sebutkan nama asmaq –asmaq Al husna, berterusan selaju yang mungkin. Tapi maknanya harus jelas, sebutanya harus betul.

4. Selama 45 minit yang berikutnya sebutkan lagi. Tapi di dalam hati dengan kelajuan yang sangat tinggi.

5. Apa bila anda mengucapkan dengan bersuara mind anda akan terlibat. Tujuan untuk melepaskan mind tidak akan berhasil. Semakin anda

menggunakan suara dalaman ( suara Hati ) mind anda akan letih. Kekuata Hati anda akan meningkat_ hasilnya tubuh anda akan bergerak sendiri dengan gerakan yang lembut. Teruskan ucapkan di dalam hati jangan berhenti.

6. Getaran getaran dari zikir yang anda sebut kan dalam hati dengan kelajuan tinggi akan menjadi semakin kuat.

7. Zikir-zikir tersebut akan memancing keluar segala sampah-sampah dalam minda anda.


Langkah kedua.



Selama 20 minit berikutnya, berbaringlah di atas lantai yang tidak beralas.

1. mata tetap tertutup, relaks dan santai.

2. Tidak perlu memerhatikan nafas, tidak perlu melakukan apa pun santai sahaja. Latihan ini kedengaranya sangat lucu sesungguhnya sangat bermanfaat untuk pesakit histeria. Anda dapat memisahkan diri anda dari sampah sampah minda. Anda akan berhasil membuka diri anda dengan tenaga ilahi.Anda akan merasakan pekara ini pada sepuluh minit yang terakhir.

3. Apabila terbebasnya sampah dalam minda anda, anda akan merasakan energy ilahi mengalir dan mengisi dalam diri anda. Hubungan anda dengan ilahi terputus kerana anda berfikir bahawa anda jauh dari ilahi. Sedangkan ilahi tidak pernah berpisah dengan diri anda bahkan lebih hampir dari urat nadi anda di leher.

4. Biarkan enery ilahi mengalir keseluruh tubuh anda. Bukan mata anda dan anda akan melihat energy ini mewarnai seluruh kehidupan anda dengan cahaya ilahi.