Mengasah Kepekaan Diri

Sewaktu saya mempelajari Ilmu Tenaga Dalam, guru saya sering berpesan agar sentiasa mengasah kepekaan diri. Kepekaan merupakan sebuah elemen yang sangat penting dalam melontar energy ( telekenisis ). Dalam klass Tenaga Dalam & Kuasa Minda Bawah Sedar saya menggunakan pendekatan ini intuk membuktikan bahawa kewujudan Energy yang menjadi bahan asas dalam penciptaan.

Setiap menusia dilahirkan dengan kepekaan getaran energy yang cukup. Kepekaan kita sering naik dan turun. Jika kepekaan kita naik satu anak tangga dan turun satu anak tangga ini dah kira ok .lah... Sayangnya naik dan turun tahap kepekaan kita tidak hanya satu atau dua anak tangga. Kepekaan kita sering mengalami ‘ terjun bebas’. Dari puncak gunung kita jatuh kejurang yang dalam. Menurut kata guru besar Daya Laduni Ustad Rahmad Nuryadin sewaktu kami berbual tentang kepekaan “ apabila seseorang itu tidak mengamalkan amalan kebatinan dan pemurnian minda, kepekaan energy akan mengalami kemerosotan”.

Kenapa ini boleh terjadi.? Kerana ‘konflik – konflik’ batin yang bergejolak dalam diri kita. Kita ingin mengamalkanya, tapi minda bawah sedar menghalang. Minda bawah sedar akan menciptakan perasaan malas, boring, sia-sia, tidak berguna mengamalkannya dan lain-lain perasaan. Adat dan protokol yang merepek, seribu macam alasan lain yang membuat kita membatalkan niat kita untuk mengamalkanya. Maka terciptalah sebuah konflik di dalam diri kita.

Timbunan konflik batin macam inilah yang membuat kita tidak peka. Untuk pengetahuan anda konflik – konflik batin ini sebenarnya tidak begitu sukar untuk diatasi, bahkan dihilangkan. Kita dapat menghapus setiap konflik yang ada di dalam diri dengan satu tekanan jari, satu perentah “ delete”, maka terhapuslah semua.

Sebelum anda melakukan pekara ini, sebelum memilih command “Delete” untuk menghapus, kita mesti tahu bagaimana terjadinya konflik didalam diri, sehingg tidak timbulnya konflik baru.

Latihan

Cukup lakukan satu kali sahaja untuk memahami bagaimana terjadinya sebuah konflik

Bahagian Pertama

Sila bengkokkan salah satu jari anda, sebengkok yang mungkin.... sakit ? perhatikan dan fokus pada rasa sakit tersebut... sehingga semakin hilang setelah hilang rasa sakit tersebut. lepaskan jari anda relaks dan santai .

Bahagian Kedua

Sekarang jari yang sudah lurus ini “ diberi perentah mental” untuk membengkokkanya.... ( teknik ini merupakan sebuah teknik asas spoon bending yang saya ajar dalam klass the ‘power of your sub consciousmind lavel 2’ bab The spoon Bending Party sebuah acara yang di sertai oleh semua peserta kursus).. perhatikan , jari anda sudah memulai membengkok ... JANGAN, jangan dibiarkan membengkok, ditahan ... perentahkan secara mental untuk membengkok... tetapi kekuatan fizikal melawan... lakukan perentah mental membengkok, gerak fizikal melawan dan menahan jari dari membengkok. Terus kan proses ini .... Tidak lama kemudian anda akan mengalami rasa sakit. Rasa sakit yang sama seperti yang anda alami dalam bahagian pertama.

Dari bahagian kedua menahan secara fizikal dan membengkok secara mental, jari anda. Kita dapat membuat sebuah kesimpulan bahawa “ konflik akan menyebabkan rasa sakit”. Namun bila dikaitkan dengan bahagian pertama, “ rasa sakit akan hilang” bila diperhatikan dengan penuh kesedaran dan fokus.

Menyedari konflik-konflik dalam diri merupakan salah satu cara paling efektif untuk membebaskan diri dari berbagai konflik dalam diri. Cara ini seolah - olah kita melakukan “select all”. Kemudian tinggal kita melakukan satu perentah “delete” untuk menghapuskan konflik diri.

Ya anda melakukan pelupusan konflik dengan satu perentah, “Niat Tunggal”, bila anda ingin melupuskan semuanya sekaligus. Niat kita menjadi modal utama, tanpa niat tunggal itu kita tidak dapat berbuat apa-apa. Kekuatan niat tunggal itulah kita namakan the ‘power of intention’. Bermulanya sebuah kewujudan dengan niat dan berakhirnya sebuah kehidupan juga dengan niat, kehidupan konflik anda dapat anda akhiri dengan kekuatan niat tunggal tersebut. Tetapi tanpa ada energy niat tunggal anda pun tidak memiliki power. Kekuatan minda bawah sedar akan mengajar anda sebuah teknik pengisian energy pada Niat Tunggal Anda.

Saat ini, kita seolah-olah membiarkan konflik di dalam diri kita tetap bersarang , kerana ada sebuah penolakan dari dalam diri kita untuk berubah. Penolakan dan keengganan itu pun sesungguhnya disebabkan oleh konflik.

Keinginan untuk medalami sesuatu, tapi ada ketentuan yang melarang diriku mempelajari sesuatu dari orang yang bijak. Ada keinginan dan ada ketentuan yang bertentangan, maka terciptalah konflik dalam batin.

Dengan penuh kesedaran, pelajarilah alasan-alasan yang menyebabkan konflik dalam diri anda, anda akan terkejut sendiri. Konflik itu disebabkan oleh sesuatu yang ingin menguasai diri kita dengan memperhambakan jiwa kita. Tidak seorang pun dapat membebaskan anda dari perhambaan itu. Bila anda tidak menghendaki hal tersebut berlaku.

Memang harus ada sedikit modal kepekaan untuk memahami bahawa saat kita di perhambakan oleh sesuatu itu dan faktur-faktur di luar diri. Perhambaan itu dilakukan dengan menciptakan konflik di dalam diri. Modal kepekaan itulah yang kita cari melalui seminar, berguru dan bermuzakarah bersama orang bijak. Apabila anda memperolehinya lakukan untuk kemerdekaan diri anda.Hidup anda akan di penuhi dengan warna warni dan anda lakukan sendiri setelah anda memperolehi kemerdekaan diri. Masih dalam rangka mengasah kepekaan diri, sekarang tibalah masa untuk melakukan anjakan paradikma anda.