Kuasa Minda dan Kawal Mimpi

Apa itu mimpi

Bahagian 1

Malisa : Semalam saya bermimpi di patuk seekor ular berbisa apakah maksudnya?

Pak Belalang: OOOO itu tandanya ada orang ada orang mencintai dan ingin melamar kamu.

Secara kebetulan selepas bermimpi pada hari tersebut beliau telah di pinang seseorang. Tidak lama kemudian beliau berkahwin. Sehinggalah pada saat artikal ini ditulis Malisa berada di hospital melahirkan anak yang pertama. Mereka pasangan suami isteri hidup aman dan damai di sebuah perkampungan nelayan di Baserah Kuantan pahang.

KEBETULAN


Suhaida : Semalam saya bermimpi gigi atas saya tertanggal apa maksudnya pak belalang?

Pakbelalang: Oh itu tandanya ada saudara atau keluaga yang terdekat akan terima musibah.

Kebetulan pada 23.12.08 saya menerima jemputan tahlil arwah dari beliau. Mangsa merupakan salah seorang yang terlibat dalam kemalangan ngeri.

KEBETULAN


Diatas merupakan sebuah kisah kebetulan dan kebarangkalian tentang mimpi. Fenomena ini mungkin pernah terjadi dalam kehidupan anda. Sebagai landasan ilmiah ingin saya sebutkan disini. Bahawa mimpi merupakan sebuah pesanan dari alam bawah sedar kepada kita. Mimpi merupakan sebuah tanda kebesaran Allah al Alim kepada kita. Mimpi merupakan pesanan alam batin kepada kita. Asalkan kita peka dan memahami maksud yang tersirat tersebut kita dapat menangkap segala kemungkinan yang terjadi pada diri kita.


Isyarat ini merupakan isyarat biasa yang kita pernah lihat pada alam semesta. Bezanya mimpi merupakan pesanan batin dan Isyarat Alam semesta merupakan pesanan zahir. Contoh jika anda melihat awan hitam di kaki langit itu tandanya hari mau hujan. Tapi belum tentu hujan. Begitulah juga jika bermimpi segala kemungkinan akan berlaku pada anda tapi belum tentu berlaku.


Mimpi merupakan landasan atau peta yang diciptakan oleh minda bawah sedar anda yang nanti akan di jalankan oleh minda sedar anda. Maka terbentuklah sebuah tindakan.Saya berikan sebuah fenomena mimpi agar anda mudah memahaminya. Kita pada masa kecil dahulu anda selalu kencing di atas tilam. Sebenarnya saya ingin anda ingat kembali sejarah anda kencing di atas tilam. Apakah anda langsung ajer kencing?. Jawapannya tentu tidak bukan.


Minda bawah sedar menciptakan sebuah jalan cerita yang sesungguhnya berakhir dengan kencing diatas katil. Anda sebenarnya telah di hipnotiskan oleh minda bawah sedar anda dengan sebuah jalan cerita yang berakhir dengan Kencing di atas katil.Akhirnya anda di marahi oleh ibu anda kerana kencing diatas katil.


Anda sebenarnya mengikuti setiap arahan dan pesanan dari minda bawah sedar anda untuk kencing diatas katil, pesanan dan saranan yang diberikan oleh minda bawah sedar anda adalah melalui mimpi. Mimpi terdiri dari VAK- GO iaitu lima pancar indera kita. Maka sebab itulah saranan dari sebuah mimpi menjadi satu saranan yang sangat kuat dan dijalankan oleh minda sedar tanpa banyak soal. Minda bawah sedar anda tidak perduli samaada mimpi anda akan berakhir dengan hasil yang baik atau buruk. Jika anda belajar bagaimana mengawal mimpi anda anda dapat belajar mengawal tindakan anda. Ubah skrip minda dalam mimpi maka anda akan mengubah tindakan dan hasil yang akan di jalankan oleh minda sedar anda.


Kursus Aura Therapy akan di adakan
Lokasi :Kuala Lumpur .
Peta & Lokasi
Pada: 4.1.2009 (AHAD )
masa: 9.00am_5.00pm
Event Organizer Nor Akmaliza
016 2965644 & 012 9642466
Yuran Kursus Rm 475.00
( sila buat
Pendaftaran Kursus dahulu untuk pengesahan tempat terima kasih Dari Event Organizer )