Kuasa minda dan Kambing Hitam
Apakah anda memiliki impian yang ingin anda capai dalam hidup anda? target-target penting yang ingin anda capai dalam hidup anda dimana untuk memulainya saja anda sangat bersusah payah? Atau target-target yang sudah anda mencuba beberapa kali untuk meraihnya namun selalu saja gagal. Sehingga anda hampir berputus asa untuk mengejar segala impian anda. Saya bahagikan impian ini menjadi dua bahagian. Pertama Impian luaran iaitu impian yang bersifat meterial atau impian bersifat kebendaan, termasuk rumah, mendapat pekerjaan yang baik, duit, kereta mewah dan lain lain.
Kedua impian dalaman iaitu impian pada perubahan sikap dalaman anda. Seperti Tidak pandai bergaul , tidak tahan dengan tekanan kerja, cepat marah dan panas baran, tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, terlau banyak berfikir unsur negatif, cepat bosan, kurang selesa dengan orang asing, selalu berasa tidak selamat dimana-mana, tidak mempercayai kepada orang sekeliling, tidak percaya pada kemampuan diri sendiri, takut kpd bayang-bayang yang tidak pernah wujud dan mcm2 lagi.
Apakah anda ingin mencapai impian-impian anda?. Baik impian dalaman maupun impian luaran semuanya boleh di capai asalkan ada kemahuan disitu ada jalan penyelesaian. Apa yang menjadi masaalah adalah anda mencari kambing hitam untuk di persalahkan. Anda terlalu menyalahkan diri anda sendiri. Anda melihat diri anda terlalu hina dan jijik. Anda telah menjadikan diri anda sebagai kambing hitam yang harus di korbankan.
Mengenal diri
Diri manakan yang membuat pilihan untuk di persalahkan? Diri A atau diri B. Dimana letaknya diri A dan diri B?. Siapakah diri A yang mengkambing hitamkan diri B? Anda sekarang berada di dalam posisi mana diri A atau diri B? Semua persoalan ini dapat anda jawab apa bila anda mengenal diri anda sendiri.
Apakah anda sering berdoa kepada Allah semoga impian untuk berubah menjadi kenyataan ?. Renungkan sejenak, pada posisi diri manakah anda berada pada saat anda berdoa. Rasakan anda menjadi diri anda yang sedang berdoa. Anda menjadi pemandu yang membawa tubuh badan anda sebagai diri B kearah impian anda.
Impian yang tidak terlaksana merupakan kesan dari cara diri A mengendalikan diri B. Anda kesali adalah kesan bukan masaalah yang sebenar. Masaalah utama adalah diri A bukan kesan. Perbaiki diri A anda akan melihat kesan juga akan berubah. Bila anda fokus pada kesan anda akan memberi tenaga kepada kesan tersebut menjadi lebih mempengaruhi diri anda. Jangan fokus pada kesan tapi fokuslah pada diri anda.
Cara untuk fokus pada diri dan mempengaruhi kepada kesan pada diri anda.
Pekara yang paling utama untuk mencapai impian anda, adalah dengan cara meletakan diri A dan B sebagai sepasang suami isteri yang saling berkomunikasi antara satu sama lain. Pendapat yang 100% sangat salah bila mengatakan perubahan dalaman akan mempengaruhi perubahan luaran. Sebab perubahan luaran juga akan dapat mempengaruhi perubahan dalaman.
Contoh: Saya mempunyai seorang teman yang kaki perempuan, dia mempunyai tradisi memakai kopiah kemana sahaja dia pergi. Time dia mengorat perempuan dia akan masukan kopiah di dalam saku seluarnya. Bila saya bertanya kenapa? Dia akan menjawap “ dok molek pakai kopiah bila nak mengorat wanita”. Ini menunjukan perubahan pada luaran juga mempengaruhi perubahan dalaman.
Rahsia pada pencapaian impian dalaman dan luaran adalah bila anda menyedari luar dan dalam merupakan sebuah kesatuan dan tidak pernah berpisah. Perubahan pada luaran akan mempengaruhi pencapaian dalaman, begitu juga sebaliknya perubahan dalaman akan mempengaruhi pada penampilan perubahan luaran.
Manusia merupakan sebuah makhluk tuhan yang bersifat holistik, satu perkara yang kecil atau besar berlaku akan mempengaruhi perubahan pada sikap dan kesan tindakan. Orang bijak selalu berfikir sebelum bertindak tetapi orang bijak bertindak akan membuat orang lain berfikir.
Solusi pertama ( Pencapaian impian Dalaman )
Sering melakukan komunikasi dengan diri sendiri. Contoh 1 : Jika anda ingin bangun tidur, katakan kepada diri anda “ hoi cepatlah bangun,” dan anda akan mendengar diri anda memberi alasan, jangan mendengar alasan dari diri anda, katakan lagi “ hoi kenapa kamu susah sangat ker nak bangun pagi?” anda akan lihat perubahan kepada diri anda perlahan lahan. Kaedah ini sering saya gunakan untuk bangun solat subuh atau bangun untuk solat tahjud.
Contoh 2 : sering bertanya kepada diri sendiri untuk menyelesaikan apa-apa masaalah misalnya anda bernama Ahmad katakan “ Ahmad ini ada sebuah peluang perniagaan , boleh tak aku join, boleh tak aku join, boleh tak aku join” terus bertanya tetapi ingat jangan mencari jawapan . Kerana jawapan yang akan anda perolehi hanyalah rekayasa dari minda anda sendiri. Yang penting anda akan mendapat jawapan jika anda terus bertanya, bertanya dan bertanya kepada diri anda sendiri. Inilah pengalaman saya yang sangat beharga dalam menyelesaikan sesuatu masaalah.
Anda tidak akan tahu bagai mana anda tahu jawapanya, yang jelas masaalah anda selesai.Nanti jika ada masa dan ruang waktu saya akan menulis tentang cara kerja minda bawah sedar dalam menyelesaikan masaalah anda.
Solusi kedua ( Pencapaian impian luaran )
Air merupakan sebuah mekanisme yang sangat luar biasa. Saya tertarik sebuah pengalaman guru saya Pak Yannurindra pada satu ketika dulu PakYan telah mengalami stress berat akibat bebanan hutang yang banyak . Beliau dapat menyelesaikan masaalah hutang dengan cara menggunakan media air sebagai alat untuk mencapai Impian Luaran beliau.
Hukum LOA mengatakan gelombang yang sama akan menarik gelombang yang sama. Air menarik air , api menarik api, angin menarik angin ( gelombang jisim ). Marah menarik marah, cinta menarik cinta, sakit menarik sakit ( gelombang jirim ). Berpandu kepada hukum Loa ini kita buat kesimpulan bahawa gelombang yang sama sangat mempengaruhi gelombang lain yang sejenis denganya.
Air merupakan penciptaan Allah yang sangat luar biasa. Air sangat sensitif dengan gelombang di persekitaranya. Misalnya air akan bertindak balas dengan gelombang yang sangat laju. Gelombang yang paling laju di dunia ini bahkan melebihi kelajuan cahaya adalah gelombang niat.
Setiap kali anda mandi niatkanlah untuk mencapai segala impian anda. Insyaallah 70% berhasil manakala 30% bergantung kepada energy kekuatan niat yang anda pancarkan. Apa pun Allah jadikan sandaranya. Air akan berubah sifatnya jika di pancarkan gelombang dengan kelajuan tinggi secara berterusan.
Contoh: Jika anda sering membaca bismilah setiap kali makan dan minum. Akan mempengaruhi cara anda berfikir dan bertindak. Kesanya hasil yang akan anda perolehi.
Metodenya
Molikeu air akan berubah setiap kali anda berniat, anda bercakap, setiap kali anda menggunakan Handphone, Tv, radio dan apa sahaja yang memancarkan gelombang atau tidak air tetap akan berinteraksi dengan persekitaran anda. Menyedari tentang sifat air ini maka kita dapat mengambal manfaatnya dengan cara melakukan saranan jiwa sewaktu kita mandi. Banyak ahli sains mendapat ilham untuk menyelesaikan masaalah mereka sewaktu mereka mandi antaranya Albert Einstein dapat menyelesaikan sebuah masaalah matematik yang rumit sewaktu beliau berendam dalam bilik mandian.
1.Sediakan sebuah baldi yang berukuran sederhana atau besar teserah anda.
2.Mandi harus di lakukan pada jam 12.00 tengah malam atau lebih. Sebab interaksi air dan alam semesta berlaku pada waktu kelajuan gelombang di waktu ini.
3.Mandi lah seperti biasa tetapi setiap siraman air harus anda berniat contoh “ saat ini saya semakin sabar atau semakin baik” atau anda boleh berniat “ aku semakin power semakin hebat, semakin luar biasa” terserah kepada anda. Tetapi jangan berhenti sebelum sampai 3 minggu. Anda lihat sesuatu yang luar biasa berlaku dalam hidup anda.
4. Cara ini akan lebih berkesan apabila anda gunakan sebelum solat tahjud.
5.Ibu bapa , suami isteri sangat digalakan menggunakan teknik ini untuk menarik kasih sayang dan menangani kedegilan anak anak. Sangat berkesan hampir 98% pesakit saya berhasil saya bantu dengan teknik ini. Terutama masaalah yang melibatkan dunia meterial seperti wang , harta, rumah dll.
Walau bagaimana pun saya mempunya cara yang tersendiri dalam melakukan teknik ini. Sila hubungi saya untuk mendapat keterangan yang lebih lanjut aura_menjaro@yahoo.com
Kursus Hypnosis
akan di adakan
Lokasi :KUALA LUMPUR
(alamat kursus dan peta)
Pada: 19.12 2009 ( Sabtu )
masa: 9.00am_5.00pm
Event Organizer Nor Akmaliza
016 2965644 & 012 9642466
Yuran Kursus Rm 350.00
sebarang pertanyaan sila hubungi
aura_menjaro@yahoo.com
( sila buat Pendaftaran Kursus dahulu untuk pengesahan tempat terima kasih Dari Event Organizer )
Salamat mencuba.