Kuasa Minda dan Kehidupan

Kuasa Minda dan Kehidupan


Seorang Ahli perniagaan yang berjaya sedang berdiri di sebuah perkampungan nelayan di Marang Terengganu. Sedang memerhatikan sebuah perahu nelayan berlabuh. Di dalam perahu itu ada beberapa ekor ikan selayang, ikan kembung dan beberapa ekor ikan anak ikan selar kuning. Ahli perniagaan tersebut memuji kesegaran ikan yang di tangkap oleh nelayan tersebut dan bertanya berapa lama waktu yang di perlukan untuk menangkap ikan tersebut.


Nalayan tersebut menjawab, “ tidak lama hanya sekejap sahaja sekitar 3 jam sahaja”. Salanjutnya Ahli Perniagaan tersebut bertanya, “ kenapa tidak tinggal di laut lebih lama lagi agar anda dapat menangkap ikan dengan lebih banyak lagi?

Nelayan tersebut menjawab, “ ikan yang saya perolehi pada hari ini adalah cukup untuk keluaga saya makan pada hari ini”.


Lalu Ahli perniagaan tersebut bertanya, “jadi apakah yang anda lakukan pada sisa waktu selebihnya?”

Nelayan menjawab saya tidur lambat, kemudian memancing sebentar, bermain dengan anak kesayangan saya, tidur siang bersama isteri saya, berjalan – jalan ke kampung saya, ke surau dan mendengar kuliah di setiap pagi Jumaat di Rusila.


Anda tahu saya seorang MBA lulusan harvard, saya dapat membantu kehidupan anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah anda harus lebih masa berada di laut untuk mendapat hasil tangkapan yang lebih banyak. Hasil keuntungan tersebut anda boleh lakukan untuk membeli perahu yang lebih besar lagi. Sehingga anda memiliki begitu banyak kapal nelayan. Apabila anda sudah memiliki kapal yang banyak, anda jangan jual kepada peraih ikan. Tapi juallah kepada kilang memproses ikan.


Anda juga boleh membuka kilang sendiri. Memiliki produk sendiri untuk di pasarkan di seluruh Malaysia. Kemudian lantiklah stokis di seluruh Malaysia. Berkembang hingga keseluruh dunia. Waktu itu anda akan menjadi sangat kaya raya.

Nelayan itu bertanya “ berapa lamakah masa yang saya perlukan untuk mencapai tahap itu”. Ahli perniagaan itu menjawab “ menurut pengalaman saya, untuk mencapai tahap tersebut anda perlukan masa 15 hingga 20 tahun”. Nelayan itu bertanya lagi “ selepas itu apa yang harus saya lakukan”.

Setelah anda mencapai tahap yang saya sebutkan di atas, inilah masa yang sesuai untuk anda menjual semua saham-saham yang anda miliki.


Anda akan menjadi kaya raya dan jutawan. Anda akan memiliki wang yang banyak. “Selepas mendapat wang yang banyak apalagi” Tanya nelayan tersebut.

Ahli perniagaan tersebut menjawab “Anda boleh tidur lambat, kemudian memancing sebentar, bermain dengan anak kesayangan saya, tidur siang bersama isteri saya, berjalan – jalan ke kampung anda, ke surau dan mendengar kuliah di setiap pagi Jumaat di Rusila”. “ anda boleh melakukan semua itu tanpa merasa pening tentang kewangan…. He he he …”


Sang Nelayan ini memiliki sebuah kefahaman tentang kehidupan yang sangat luas. Dia mengetahui dengan jelas tujuan hidupnya. Dia menjalani kehidupan yang dapat memenuhi kehidupanya anak dan isterinya, dia meluangkan banyak waktu untuk anak dan isterinya, dia merasa damai dan tenang dengan kehidupanya. Kewanganya bergantung kepada keperluanya bukan kepada keinginanya.


Ahli perniagaan tersebut seorang yang di didik dengan meterialistik. Dia harus hidup dengan mencapai sesuatu dengan pencapaian itu sendiri. Nelayan tersebut akan hidup lebih lama dan mati dengan aman damai kerana tidak ada konflik dari keinginan alam bawah sedarnya. Ketakutan menghadapi kematian adalah kerana keinginan yang belum selesai, dari hutangnya, dosanya kepada keluaga, dosa kepada anak kesayangannya yang tidak di beri perhatian. Keinginan untuk menebus kesalahan membuatkan kita takut untuk menghadapi kematian.


Ahli perniagaan tersebut akan mati dalam usia 55 tahun dan meninggal dengan perasaan sedih bahawa dia tidak pernah mencapai cita-citanya. Apa yang anda dan saya miliki merupakan sebuah alat untuk melanjutkan perjalanan kehidupan kita yang masih panjang. Ini membuktikan meraih nauasa spritual tidak hanya ketika kita berada dalam ambang ritual spritual ( termasuk urusan ibadah ). Ini meliputi keseluruhan aspek dalam kehidupan kita. Apa yang anda miliki sekali lagi bukan merupakan tujuan, hanyalah sekadar alat untuk membantu anda berjalan dalam perjalanan hidup anda.

Hakikat sebuah kehidupan

Memberi makna dalam sebuah kehidupan merupakan sesuatu yang sangat bermakna dalam kehidupan seseorang. Apakah makna dalam kehidupan anda?. Pada seseorang individu makna dalam kehidupanya berbeza. Ada yang menggambarkan mendapat kekayaan itu merupakan saat yang paling bermakna dalam kehidupanya, seperti yang di fahami oleh ahli perniagaan di atas. Sedangkan makna kehidupan yang di fahami oleh seorang nelayan adalah berbeza.

Salah satu rutin isteri saya adalah mengaji Al Quran dan mempelajari Al Quran pada setiap hari sabtu. Pada suatu hari saya mendengarkan suara Isteri saya mengaji Al Quran. Saya menghampirinya untuk mendengarkan bacaanya, saya melihat Al Quran tersebut.. ada sesuatu yang menarik perhatian saya dalam meneliti Al Quran.

Saya dapati hampir semua surah di mulai dengan bismilah… Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang . Sayang pemurah, pemurah dan sayang. Sedangkan Al Quran itu merupakan pertunjuk jalan dalam kehidupan…… emmmm. Saya membuat kesimpulan bahawa “panduan untuk hidup haruslah bermula dengan pemurah dan kasih sayang”.

Saya cuba lakukan dengan memurahkan diri dalam semua bidang dan belajar berkasih sayang dengan anak dan isteri yang sering saya tinggalkan akibat kesibukan kerja. Saya isikan setiap waktu yang terluang untuk memberi kasih sayang kepada anak dan isteri saya. Rupanya sangat mudah untuk memaknai kehidupan anda hanya memberi cinta dan mencintai. Anda akan merasa hidup ini sangat bermakna apabila tidak ada perasaan membenci dalam hidup anda.

Latihan

P/s : Apabila anda memeluk dan bermain dengan anak anda. Coba anda rasakan perasaan tersebut. Kuatkan perasaan tersebut, rasakan semakin kuat. Lihat dalam fikiran anda perasaan dan rasakan semakin kuat. .....



Kursus Hypnosis
akan di adakan
Lokasi :
Hypnosis_ Hypnotherapy Training Centre

Sek 14. PJ Pada: 24.03. 2010 Rabu

Pada: 24.03. 2010
masa: 9.00am_5.00pm
Event Organizer SERI ROHANI MAT SAYUTI
019 2667945 atau rohani7779@yahoo.com
Yuran Kursus : On Call

Termasuk Manual dan Sijil sebarang pertanyaan sila hubungi
rohani7779@yahoo.com


( sila buat Pendaftaran Kursus dahulu untuk pengesahan tempat terima kasih Dari Event Organizer )


SESI HYPNOSIS _ Tajuk Membina Motivasi & Saksiah Diri Insan Hidup Bertuhan.

( Atas jemputan Pengurusan Anak Yatim Darul Falah Marang Terengganu )

Lokasi : Impiana Resort . Kelulut Marang Terengganu.

masa: 8.00am_11.00pm
Event Organizer DARUL FALAH MARANG
019 9208312 Darul Falah


Sipnosis: Merupakan sebuah program motivasi membina keheningan dan ketenangan diri ( Mind Spa ).
Menggunakan hypnosis untuk menyampai masej kepada minda bawah sedar manusia untuk di jadikan sebagai alat untuk mencapai puncak titik hening dalam diri. Program ini merupakan sebuah yang sangat sesuai untuk di selitkan dalam mana-mana kursus motivasi yang menggunakan consiousmind sebagai alat memproses maklumat. Sedangkan hypnosis menggunakan sub consiousmind sebagai alat untuk memproses maklumat. Subconsiousmind berperanan 88% dalam mempengaruhi tindakan manusia.

Kami mengalu-alukan mana-mana badan pertubuhan kerajaan atau ngo, untuk membawa program ini sebagai pelengkap dalam kursus yang anda berikan...


Kursus Hypnosis
akan di adakan
Lokasi : Hotel Pagir Gudang Juhor

Pada: 22.05. 2010

masa: 9.00am_5.00pm
Event Organizer

EN LOKMAN BIN ABDULLAH
HP 013 7940976
Yuran Kursus : On Call

Termasuk Manual dan Sijil sebarang pertanyaan sila hubungi


Sila buat Pendaftaran kursus dahulu untuk pengesahan tempat terima kasih Dari

Event Organizer 101299008602 MayBank


atas nama Lokman Bin Abdullah


Berminat untuk menjadi Event Organizer Kami Sila Hubungi

aura_menjaro@yahoo.com

Testimoni : Pelajar

Assalamualaikum w.b.t

Pertama sekali terima kasih atas tunjuk ajar En Hanafi ketika saya berkursus hipnosis tempoh hari di IPK, Bangsar. Satu pengalaman saya nak kongsi bersama dalam ruangan blog aura menjaro.

2 hari lepas (Sabtu 27/02/2010) saya mengendalikan kursus Teknik Pintar Belajar untuk pelajar PMR Asnaf
zakat selangor. Waktu tu saya sedang mengendalikan modul Potensiku. Tengah syok sampaikan training, ada seorang peserta tu dia bercita-cita nak jadi guru. Walaubagaimanapun dia tak yakin dia boleh capai ke cita-cita dia tu n dia rasa tak ada bakat nak jadi guru. Itu yang dia rasa. Saya panggil dia kehadapan dan minta izin untuk saya bantu dia. Pelajar tu bersedia untuk membantu dan saya mula melakukan hipnosis keatas pelajar tu. Saya ikut cara hipnosis yang En Hanafi ajar tempohari dan alhamdulillah menjadi. Lepas tu pelajar tu rebah sementara selepas dihipnosis. Saya pun tak sangka begitu kuat saya berikan sugestif kepada minda bawah sedarnya. Saya gunakan ayat " Mulai saat ini bila saya melihat guru sedang mengajar saya, semangat saya berkobar-kobar untuk menjadi seorang guru". Berulang kali saya gunakan ayat ini, hingga dia rasakan bersemangat dan selepas tu saya bangunkan dia dari hipnosis. lepas tu di share pengalaman sebelum dan selepas di hipnosis. Alhamdulillah, dia rasa confident untuk capai cita-cita jadi seorang guru.

Terima kasih, En Hanafi

Mohd Mustaqiim, Trainer Smart Excel Consultant 019-2044036