Kuasa Minda & Mata Batin


MEMBUKA MATA KETIGA
'THIRD EYE'
( Pembukaan Indra Ke Enam )




A
nda melihat dunia luar dengan menggunakan mata fizik anda, imej yang di pancarkan pada retina mata merupakan aktiviti neurotransmitter atau rangsangan eletrik biologi, merupakan alat untuk otak berkomunikasi dengan mata. Emej yang terbentuk adalah terbalik. Otak mempunyai kemampuan untuk mencerna imej tersebut dalam bentuk seperti apa yang kita lihat pada hari ini.

Kita lupa bahawa manusia memiliki satu lagi mata. Telah di kenali manusia sejak zaman dahulu lagi, cuma kita tidak menyedarinya dengan minda yang terbuka. Ahli sains menamakanya 'Pineal Gland' ahli kerohanian menamakanya 'mata batin'. Dengan mata ketiga ini juga kita melihat dunia dalam dan luar diri kita dengan lebih jelas bahkan melampaui penglihatan dimensi ketiga. Mata ketiga terletak pada tengah tengah otak kita.

Fungsi sebenar kelenjar misteri masih menjadi penelitian dan kajian ahli philosophers dan Spiritual diseluruh dunia. Orang Yunani Kuno percaya bahawa pineal gland atau mata ketiga ini mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan kecerdasan, menurut kepercayaan mereka disinilah terletaknya jiwa yang merupakan pusat pengendalian diri.

Mata ketiga ini dapat di aktifkan dengan meningkatkan kekuatan eletrik biology, cahaya, bunyi dan mengendalikan irama gelombang otak. Mata ketiga ini bekerja secara harmoni bersama kelenjar hypothalamus , bertanggung jawab mengendalikan fungsi tubuh bertindak sewaktu lapar, keinginan seksual, jam biologi dan suhu badan. Bila mata ketiga terbuka anda akan merasakan ada sedikit tekanan pada bahagian belakang kepala. Menurut kajian ahli sains, tekanan dan terbukanya mata ketiga ini berlaku apabila anda menghubungkan otak dengan gelombang-gelombang tertentu ( Alpha dan Theta).

Penemuan tentang kewujudan mata ketiga dan fungsinya merupakan sebuah pengetahuan baru bagi ahli psysiological. Sedangkan penemuan ini telah lama berkembang menjadi sebuah pelajaran bagi tradisi sufi, mistik dan esoterik, menurut tradisi ini hubungan antara pertengahan otak hingga kekawasan dua alis mata merupakan jendela antara dua dunia, dunia rohani dan dunia fizikal. Ini dapat di lihat dengan jelas dalam ibadah solat.

Dengan mempertimbangkan kekuatan dan hubungan mata ketiga dengan alam kerohanian yang boleh di capai oleh manusia. Maka kita melihat betapa pentingnya mata ketiga in
i di beri perhatian utama, untuk memperolehi kemampuan kekuatan supernatural. Mata ketiga dapat melihat sesuatu di sebalik mata yang menjadi panca indera kita selama ini.

Kelenjar pineal atau mata ketiga mengandungi peta untuk otak bekerja dengan sempurna. Terutama dalam membentuk layar batin dalam minda. Membantu minda bekerja dalam bentuk visual. Pembentukan layar batin ini merupakan sebahagian dari fungsi yang harus ada dalam kehidupan manusia. Infomasi yang di sampaikan dari retina ke hypothalamus di namakan retinohypothalamic tract.

Ia membawa in
fomasi kitaran cahaya dan kegelapan kepada wilayah hypothalamus, dalam satu pusingan yang lengkap proses ini di namakan suprachiasmatic nucleus (SCN). Dari SCN, isyarat saraf akan bergerak menghantar infomasi pada saraf pineal (sympathetic nervous system) kepada pineal gland ( mata ketiga ). Isyarat ini akan memberi kesan kepada pengeluaran melatonin. Apabila isyarat ini berhenti (pada waktu malam dimana isyarat cahaya tidak begitu kuat untuk merangsangkan kelenjar hypothalamus), Ini akan memberi kesan kepada rangsangan jam biologi dalam kehidupan manusia.


Proses merangsangkan melatonin pada mata ketiga ini masih menjadi misteri dan dalam pengkajian. Tiada siapa pun yang tahu tentang hubungan antara melatonin dengan SCN. Pineal gland ( mata ketiga ) akan mengeluarkan melatonin, sewaktu anda melakukan relaksasi dan visualisasi. Tubuh badan kita akan mengeluarkan electromagnetic energy, bio eletrik energy dan bertindak balas dengan tubuh fizikal_ membentuk medan tenaga di sekelilingi kita begitulah bagaimana pineal gland bekerja.

Apabila pineal gland ini aktif atau terbuka ia akan membentuk jalur komunikasi kerohanian, berhubung dengan dunia batin. Hubungan antara kelenjar ini dengan pusat tenaga yang sangat kuat. Hubungan ini berlaku melalui ubun-ubun atau cakra mahkota anda. Sebagai contoh cuba anda perhatikan keadaan seorang bayi yang baru lahir, anda akan dapati di bahagian ubun ubun bayi tersebut ada bahagian lembut, di situlah merupakan hubungan antara bayi dan alam kerohanian berhubung. Hubungan ini terbentuk dari alam kandungan lagi
.
Apabila bayi tersebut mula meningkat dewasa hubungan tersebut terhenti akibat penggunaan mata fizik yang berlebihan. Bayi mengenali dunia luar menggunakan mata fizik tersebut. Energy yang sepatutnya di gunakan pada mata ketiga telah di ambil alih oleh mata fizik. Akibatnya bayi hanya di asuh dan di didik melalui apa yang dia lihat, dengar, sentuh, cium dan rasa. Panca indera luaran ini saja yang membentuk sifat dan cara berfikir manusia.

Contoh:
Pernahkah anda melihat orang buta, ? Perhatikan bagai mana intuisi orang buta berkembang menjadi lebih peka dari orang biasa. Ini di sebabkan penggunaan mata fizik yang kurang. Maka energy di gunakan pada 'indera dalaman' maka indera dalamanlah
yang lebih bekerja dari indera luar. ketajaman suara hati dan mata hati mereka sangat tajam.

Adalah amat rugi jika pengetahuan ini tidak anda manfaatkan dengan baik. Keseimbangan antara indera dalaman dan indera luaran merupakan sesuatu yang wajib ada pada setiap manusia yang ingin berjaya dalam kehidupan dua dimensi ( alam dunia dan alam rohani ). Indera dalaman dapat di aktifkan dengan berbagai cara, melalui mind metode atau kerohanian bukan menjadi soal yang penting hasil dan tujuanya. Anda dapat membuat sebuah penilaian dan keputusan serta tindakan bergantung daripada maklumat yang anda perolehi dari kedua indera tersebut.

Jika keputusan yang hendak di ambil bersifat fizikal,
anda di sarankan menggunakan indera luaran. Misalnya menentukan sebuah perniagaan yang harus anda pilih, lihatlah dulu bukti bukti kejayaan yang telah di perlihatkan kepada anda.

Jika keputusan yang ingin di ambil bersifat dalaman,
misalnya kejujuran, kepercayaan, tanggung jawab seseorang bahkan menentukan pasangan hidup anda. di sarankan anda mengindera dengan indera dalaman anda. lihat bukti kerohanian anda, lihat melalui mata ketiga anda, pendengaran batin anda, suara hati anda dengan jelas. barulah anda melakukan sebuah tindakan dan keputusan.

Lebih lebih lagi jika kedua dua indera anda bekerja secara serentak. Anda akan mendapatkan maklumat tersebut melalui kedua dua indera sekaligus. Hubungan kerohanian ini berlaku apabila anda melakukan relaksasi dan visualisasi minda.

Latihan membuka mata ketiga:

1. Relaksasi minda, jiwa dan fizikal anda. kendurkan seluruh tubuh badan anda.
2. Niatkan dalam hati anda " saat ini saya semakin rilek semakin tenang, semakin tenang"
3.Lakukan pernafasan ZMP ( teknik dan cara dapat anda perolehi dengan email aura_menjaro@yahoo.com ) .

P/S : Pernafasan ZMP merupakan sebuah teknik pernafasan yang sangat luar biasa dapat membangkitkan tenaga eletrik bio dalam jangkamasa yang sangat singkat. (15-30 min). Pernafasan ini juga menjaro2u.com ajarkan dalam kursus "The Power Of Your Subconsious Mind".

4.Dengarkan CD 3RD eye Stimulation.
5. Sambil mendengar CD tersebut goyang kan badan ke kiridan ke kanan dengan lembut. Seperti orang sedang berzikir. Bertujuan untuk seimbangkan belahan otak kiri dan kanan dan mempermudahkan perjalanan eletrik Bio ke dalam saraf pineal (sympathetic nervous system). Lakukan terus menerus sehingga anda merasakan ada renjatan eletrik berkuasa rendah di bahagian mata ketiga anda.
6.Apabila aliran eletrik naik kebahagia mata ketiga. Anda akan melihat layar batin yang beranikan warna. Warna layar batin anda bergantung pada emosi yang anda pancarkan. Seperti mata fizikal anda yang berinteraksi dunia luar menggunakan isyarat eletrik. Begitu juga lah mata batin anda bekerja. Isyarat eletrik sangat penting di bangkitkan untuk memperjelaskan penglihatan mata batin anda, dengan mendengarkan CD 3RD eye Stimulation dan melakukan latihan ini penglihatan anda akan mencapai seperti screen TV. Selamat mencuba.

Saranan membantu Pembukaan Mata Ketiga

CD 3RD eye Stimulation

1. Bertujuan untuk membuka mata batin.
2. Melatih otak memproses maklumat dalam bentuk visual
3. Membantu pelajar berfikir dengan otak kanan.
4. Membina Imaginasi Cemerlang.
5. Menggunakan kuasa imaginasi untuk mencapai matlamat.

Cara cd ini bekerja:

Gelombang bunyi yang di hasilkan dari cd ini di salurkan pada kedua belah telinga anda. Penyaluran gelombang bunyi di lakukan dengan menggunakan 2 jenis gelombang yang berbeza.

Misalnya, jika 300Hz gelombang anjalan dimainkan di telinga kanan, dan 305Hz gelombang anjalan di telinga kiri, otak kemudian akan menghasilkan nada ketiga yang bergema pada 5Hz. Ini di ciptakan oleh otak manusia untuk seimbangkan gelombang tersebut ( 5hz merupakan perbedaan antara kedua nada yang di mainkan ).

Nada gema ketiga dihasilkan dengan baik dari kedua belahan otak kiri dan kanan akan berjalan bersaman untuk seimbangkan nada tersebut.

Rakaman di persiapkan dengan sempurna berisi beberapa lapisan nada, membantu penyaluran nada pada kedua belahan otak yang sangat komplek dan sentiasa berkembang. Bagi menyelaraskan dan seimbangkan dengan nada tersebut.

Maklumat CD ini boleh anda perolehi dalam ruangan

anika produk

http://menjaroproduk.blogspot.com/