Kuasa Minda Aplikasi Wang
















Setiap kehidupan di dunia ini tercipta dari tenaga, semua pekara, benda, perasaan, minda adalah tenaga dan gelombang. Menurut hukum fizik , tenaga tidak boleh di musnahkan tapi boleh berubah bentuk. Ringgit merupakan sebahagian daripada tenaga yang mengalami proses peralihan sifat dan bentuk. Ringgit juga boleh berubah bentuk dari bersifat fizikal kepada kekosongan.

Menurut hukum law of attraction ( hukum tarik menarik alam semesta ), gelombang yang sama akan menarik gelombang yang sama juga. Jika 88% minda anda berfikir kearah ringgit maka tenaga yang anda gunakan adalah ringgit. Anda mendapat hasil yang sama dengan tenaga yang anda sama anda gunakan dalam proses penciptaan ringit (mendapatkan).

Anda membazir ringgit atau anda menyimpan ringgit, bagi minda bawah sedar ianya merupakan pekara yang sama, apabila anda melibatkan emosi. Minda bawah sedar anda tidak dapat membezakan pekara yang positif atau negatif, realiti atau fantasi ia akan menjalankan secara otomatik.

Pernah kah anda minum petang besama rakan anda di sebuah kedai kopi ? Jika anda pernah cuba pasang telinga dengarkan bicara mereka, rakan-rakan anda atau pelanggan kedai kopi itu. Kebanyakan topik yang di bicarakan adalah masaalah kewangan, masaalah rumahtangga, masaalah peribadi dan lain-lain. Secara anda tidak sedar anda telah di re- programing minda anda dengan masaalah sahaja. Ini akan mempengaruh fomat dalam cara anda berfikir. Begitulah sebaliknya jika anda minum di hotel mewah. Anda mendengar tentang hal yang positif tentang perniagaan, memajukan perniagaan dan lain-lain lagi.

Latihan: Kekuatan Minda dalam menarik ringgit.

1. Law Of Attraction “LOA”. (Hukum tarik menarik ): Cara menggunakan hukum LOA adalah dengan cara melakukan sedekah dengan iklas. Memberi ringgit akan mendatangkan lebih banyak ringgit dalam hidup anda. Ketika anda bermurah hati tentang ringgit, merasa behagia bila bersedekah, sebenarnya minda bawah sedar anda berkata”saya mempunyai banyak ringgit” maka minda bawah sedar akan bekerja bersama LOA, untuk membuat segala kemungkinan anda memperolehi ringgit. Inilah rahsia sedekah dengan iklas.



2. Declaration “ Dec ” . (Pengistiharan): Dilakukan pada setiap hari di hadapan cermin sebelum anda memulakan tugas dan perniagaan anda dengan cara memegang dada anda, sehingga terasa getaran gelombang alpha 7-14hz di bahagian dada anda. Sambil anda mengucapkan “ saat ini saya apa pun yang saya inginkan menjadi kenyataan, saya semakin mempunyai banyak wang dan ringgit” ucapkan sebanyak 21x. Mulakan pada hari isnin sahaja.

3. Intention “ Int ”. (Niat) _ bukanlah sesuatu yang anda lakukan tetapi niat adalah sesuatu yang anda hubungkan. Sila hubungkan diri anda dengan ringgit. Caranya setiap kali anda berbelanja ucapkan dalam hati “ ya Allah kembalikan kepada ku 10 kali ganda” setelah anda menerima baki wang anda ucapkan” terima kasih ya Allah kembalikan saya 10 kali ganda.”. Latihan ini akan membentuk persekitaran minda untuk menerima kembali apa yang anda belanjakan. Telah di jelaskan dalam muka surat sebelum ini. Tiga latihan di atas merupakan sebuah latihan penyatuan minda yang sangat berkaitan antara satu dengan yang lain. Lakukan latihan ini selama 6 minggu, anda akan melihat hasilnya 90 % sangat luar biasa.

Masaalah kehilangan ringgit

Contoh 1: Mat tolong pinjamkan saya Rm 500.00 pada saya, minggu depan saya dapat gaji bolehlah saya bayar. Sorry lah bang saya tidak ada wang lah (dalam hati anda berkata ”he he he padan muka kau pinjam pandai tapi bayar tidak pula.”) Ketika anda mengatakan kepada teman anda, anda tidak ada wang, minda bawah sedar anda akan merakam segala yang anda ucapkan itu. Minda bawah Sedar akan cuba merealisasikan apa yang telah terakam. Hasilnya minda bawah sedar anda mencipta segala kemungkinan untuk anda tidak ada wang.

Contoh 2: Aduh sedihnya hati, anak-anak hendak bersekolah, hendak bayar sewa rumah lagi, ansuran bulanan kereta, bil eletrik dan air belum bayar belum masuk bil internet. Ketika anda mengeluh, anda melepaskan getaran negatif ke alam semesta dan kedalam minda bawah sedar anda. Alam dan minda bersifat menarik antara satu sama lain. Alam semesta menarik pekara negatif kedalam minda bawah sedar. Minda bawah sedar akan menciptakan segala kemungkinan untuk merealisasi kan pekara tersebut dalam kehidupan anda. Pemikiran dan Self talk yang bersifat emosi akan menyebabkan 60% tertanam lebih dalam lagi pada minda bawah sedar.
Tiada wang bukan merupakan satu masaalah, tetapi tiada wang merupakan kesan dari penggunaan minda yang salah, kita risaukan kesan dari masaalah bukan mencari penyelesaian dari masaalah tersebut.

Kerisauan menarik kerisauan :
Orang yang sentiasa risau didalam dirinya akan membuat orang lain melihatnya juga akan risau.

Kesedihan menarik kesedihan :
Orang yang sentiasa sedih didalam dirinya akan membuat orang lain bersedih.

Wang menarik wang:
Orang yang sentiasa bercakap tentang nyamanya memiliki wang akan menarik lebih banyak wang kedalam dirinya.

Anda mendapatkan apa yang anda fikirkan walaupun anda tidak menginginkan.